Pertama, terima kasih admin kerana approve dan siarkan kisah ni.
Ya aku masih belajar menghabiskan ijazah di satu universiti. Satu cerita yang aku ingin kongsikan dengan semua tentang masa dengan keluarga. Masa dengan keluarga sangat penting. Baru sekarang aku sedar tentang perkara ni.
Hendak memula kan cerita, sejak kecil aku dibiasakan untuk berdikari, hidup sendiri, semuanya sendiri. Terima kasih kepada kedua mak ayah sebab ajar aku berdikari sampai tahap ni. Aku dihantar ke sekolah asrama pada umur 13. Mesti ramai yang masuk sekolah asrama dulu. Aku gembira sebab aku boleh jauh dari rumah. Aku tak pernah rasa homesick, dari form 1 hingga form 5. Tak pernah langsung homesick. Habis form 5, kerja dan masih tak luangkan masa dengan keluarga. Yes tu salah aku.
Masuk universiti, aku masih macam dulu, tak ada rasa homesick, aku selalu balik kampung tapi aku tidur rumah kawan. Tak selalu ada dekat rumah. Jumpa mak ayah pun kadang kadang je. Masa tu, kawan segalanya. Kawan lah tempat mengadu bukan mak bukan ayah. Ya, tu kesilapan aku.
Sekarang dah almost 4 tahun aku duduk sendiri. Aku tak kawin lagi, aku tak ada komitmen apa apa tapi aku pilih untuk duduk sendiri tak duduk dengan family. Aku belajar dan bila balik kampung, aku duduk sendiri dan kurang masa berjumpa dengan mak ayah. Ya, itu kesilapan aku. Jarak rumah aku dengan rumah ayah hanya 10km tapi still, aku tak balik kampung selalu. Bila perlu sahaja. Sebagai contoh, hari raya, ada kenduri. Aku tahu mak ayah nak sangat aku balik, tidur rumah diorang. Aku bukan jahat sangat tak balik langsung. Ada masa free, aku tetap balik spend sehari dua hari.
Yes, tu silap aku.
Kalau nak dijadikan cerita, aku dididik macam ni sejak kecil dan aku sedar kesilapan aku menilai sesuatu. Masa diploma, aku selalu gak kena tegur asyik balik balik tak study dekat kampus. Waktu umur rebel, sampai habis aku rebel, sampai habis diploma aku rebel. Tak ikut cakap mak dengan ayah.
Sekarang aku tengah degree dan almost setiap minggu ayah akan call, tanya balik atau tak. Degree, aku kurangkan balik, aku stay dekat kampus habiskan masa nak study. Nak dijadikan cerita, since aku masuk degree, mak ayah selalu sangat call tanya balik tak. If aku tak balik, aku mesti beri satu alasan kukuh. Dan malas bukan alasan yang kukuh. Umur dah meningkat dan aku mula sedar, betapa pentingnya masa dengan family.
Aku banyak buat mak ayah aku terasa tentang luangkan masa dengan diorang. Mak ayah ajar aku untuk berdikari tapi bukan sampai tak luangkan masa dengan diorang. Umur 22 baru aku sedar. Aku cuba ubah, setiap minggu aku balik, kalau tak dapat balik aku call dulu bagitahu aku tak balik minggu tersebut.
Kenapa aku cerita semua ni? Sebab baru sekarang aku sedar masa tu tak tunggu kita. Even kita keep track tentang masa, masa tu tak tunggu kita. Kita tak tahu siapa pergi dulu. Dulu pakcik aku meninggal dunia accident dan aku tak sempat nak tengok pengebumian dia. Masa sampai tanah kubur, dah settle semua. Masa tu aku tersedar, Tuhan nak tunjuk dekat aku betapa penting masa dengan keluarga. Selagi sempat, balik lah jumpa mak ayah.
Duit bukan masalah, masa bukan masalah. Berkat. Kalau berkat, rezeki akan datang, masa tu akana cukup.
Maaf jika cerita tunggang terbalik.
Terima kasih sebab membaca
– Salleh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit