Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Andai kata confession ni disiarkan, terima kasih saya ucapkan kepada admin dan para pembaca sekalian.
Untuk perkenalan, saya wanita berumur 20-an. Masih muda tapi tidaklah terlalu muda. Saya merupakan anak tengah dalam adik beradik saya.
Apa yang saya cuba ceritakan disini adalah sikap ibu bapa saya yang suka bandingkan saya dengan adik beradik lain. Saya tidak mengerti kenapa harus ada parents yang berperangai begitu. Setiap ada lain lain, dan ada rezeki masing masing, ada jalan cerita masing masing. Kenapa perlu bandingkan diantara satu sama lain.
Sejak dari kecil saya terpaksa mengalah dengan adik beradik yang lain. Saya perlu mengalah dengan kakak dan adik saya. Umur kami tidak jauh beza, hanya setahun dua. Ini menyebabkan sejak dari kecil kami berebut kasih sayang dalam tak sedar.
Dan perkara ini betul betul memberi kesan yang mendalam pada diri saya. Saya perlu mengalah dengan 2 orang dan akhirnya saya diabaikan. Mungkin parents saya tak perasan akan perkara ini. Saya tak salahkan mereka langsung dalam hal ini.
Cuma semakin saya membesar, saya menjadi amat sensitif dan mudah terasa hati walaupun dalam perkara yang kecil. Dalam tempoh saya membesar, saya akan ingat semua perkara yang saya rasa ia menyakitkan hati saya.
Saya menjadi terasa apabila ibubapa saya membanggakan kakak dan adik saya, akan tetapi kejayaan saya ataupun mencapaian saya hanya dipandang sebelah mata.
Setiap kali mendapat keputusan dalam mana mana peperiksaan tidak lah terlalu teruk dan masih dalam kategori yang boleh dibanggakan. Masuk uni, tamat belajar dan sebagainya. Tapi kejayaan tersebut hanya dipandang sebelah mata.
Saya baru sahaja tamat belajar, dan mendapat kerja sambilan. Bukanlah dalam bidang profesional tetapi cukup la untuk saya menampung hidup saya. Kalau dikirakan gaji saya agak banyak.
Pendapatan sebulan boleh mencecah 2.5k. Lebih kurang saja kalau saya kerja di syarikat besar pun. Akan tetapi perkara itu masih dianggap saya tiada kerja. Duduk rumah jadi pemalas. (Saya tidak bekerja waktu ofis hour dan hanya memerlukan beberapa jam saja saya berkerja dalam tempoh tertentu)
Saya masih dianggap pemalas, tidak tahu apa apa dan tidak berguna. Kalau diikutkan ijazah saya layak pegang jawatan sebagai pegawai tapi saya tidak pandang benda itu satu kemestian bagi saya, perlu kerja di ofis, pegawai kerajaan dan sebagainya. Apa yang penting dalam hidup ini adalah mencari rezeki yang halal dan berbakti pada masyarakat dengan ilmu yang saya perolehi.
Dan dengan itu saya masih dibandingkan dengan kakak dan adik saya. Kakak saya bekerja di sebuah syarikat swasta tapi bukanlah dalam jurusan yang dipelajari di uni dulu yang dibanggakan sangat oleh ayah saya. Adik saya membantu ayah saya menguruskan bisnes kecil kecilan.
Saya tidak kisah pun apa kejayaan yang mereka perolehi kerana saya tahu setiap kejayaan itu datang atas hasil usaha mereka. Dan saya pun berusaha untuk capai apa yang saya mahu, tetapi benda itu semua masih dipandang sepi oleh mak ayah saya dan masih dibandingkan saya masih lagi tidak bermanfaat untuk mereka.
Untuk tahun baru ini saya cuba positifkan diri saya. Cuba bangkit semula untuk diri saya. Akan tetapi saya menjadi sedih dengan setiap apa yang keluar dari mulut kedua dua ibubapa saya. Saya menjadi terasa hati.
Bukanlah saya mahu derhaka terhadap kedua dua ibubapa saya tetapi apabila terlalu kerap dibandingkan dan diperlekehkan, saya menjadi sedih. Sedangkan saya juga berusaha untuk membahagiakan mereka, membantu mereka dari segi kewangan dan menjaga mereka dengan duduk di rumah ni.
Waktu kerja saya fleksible dan saya mempunyai masa untuk membuat kerja kerja rumah kerana kedua ibubapa saya masih bekerja. Saya cuba menjadi seorang yang positif tapi terlalu banyak unsur negatif disekeliling saya.
Nasihat saya kepada diri saya dan semua ibubapa diluar, jangan la terlalu kerap membandingkan anak anak kerana ia akan memberi kesan yang mendalam dalam hati mereka sepanjang mereka membesar.
Setiap anak telah ditetapkan rezekinya, jalan ceritanya dan kelebihan masing masing. Setiap orang tidak sama, perjalanan hidup seseorang itu tidak akan pernah sama walaupun dalam keluarga yang sama dan rumah yang sama.
– Anak tengah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit