Salam. Just nak luahkan rasa, sebab aku rasa itulah healing yang terbaik.
Benda pertama yang aku sebut, “Alhamdulillah, aku kenal dia sebagai perempuan yang baik”.
Seorang perempuan yang aku tunggu selama bertahun-tahun akhirnya menjadi isteri orang. Seorang perempuan yang menjaga diri sewaktu pertunangan, daripada lelaki-lelaki luar yang tidak ada kaitan.
Ceritanya banyak details, tapi aku tak berminat untuk jadikan cerita ni fitnah kepada diri aku, diri dia atau hubungan dia.
Lelaki dia kenalan aku, dan entah iya entah tidak ada takut cerita yang aku akan ceritakan tersama pula dengan cerita dia akan ceritakan pada laki dia, tak elok untuk dibaca.
So aku just nak cerita dari sudut aku sahaja, betapa aku bersyukur Allah jaga aku, perbuatan aku, pemikiran aku daripada normalisasi dosa dan fitnah nafsu.
Aku dah minat kat dia dari pandang awal pertama, bukan pandangan pertama, bukan pandangan awal, tetapi awal pertama aku dah terlintas, “jodoh aku ke ni?”.
Haha hati kanak-kanak zaman persekolahan rendah baru mula nak mengenal apa itu degupan hati yang seolah tiba-tiba mati melihat bidadari.
Kami sertai pertandingan itu ini sama-sama, tidak dirancang dan tidak merancang, kebetulan. Dia minat benda sama yang aku minat.
Sampailah lepas dapat result SPM, dia ada mesej tanya khabar aku, aku dapat berapa A’s, aku nak jadi apa, nak sambung course apa, sambil dia cerita dia punya side nak jadi apa.
Well, aku rasa naive dan innocent juga masa tu, sebab biasa kitorang takkan contact melainkan tentang program/pertandingan yang kitorang join je. Ia agak tiba-tiba. Tapi aku dah set aku akan tanya dia selepas aku habis belajar atau dapat kerja.
Ditakdirkan aku fly ke luar negara, untuk 4 tahun perjalanan degree. Agak boros dan tidak financially intelligent, aku tak pernah save pun duit untuk apa-apa. Aku telaah, mungkin tahun akhir baru aku simpan duit, dan tanya dia.
Takdir datang menjelma, aku ditimpa masalah kewangan di hujung tahun 3. Tahun sebelum aku patut tanya dia.
Hati naif seorang manusia yang seolah disantau ketamakan kehilangan duit puluhan ribu hasil pinjam kawan. Aku kan takde savings. So bermulalah episod aku catu duit untuk bayar hutang kawan-kawan.
Aku tak lagi boros macam sebelum ni, aku dah sampai cekung, makan sekali sehari, kerana bagi aku tak layak orang berhutang hidup mewah walaupun lebih sikit daripada keperluan.
Kalau duit aku habis kerana membayar hutang, satu kewajipan yang jatuh pada diri aku, aku pasti Allah akan gantikan rezeki itu dengan benda lain.
Dalam episod ini, aku tak lagi terfikirkan siapa-siapa, fikiran aku untuk simpan duit di akhir tahun juga dah hilang, aku yang sepatutnya buat umrah tahun akhir ini juga tak kesampaian.
Bagi aku, takpelah benda sunat, dahulukan yang wajib. Sepatutnya buku aku bawa balik lebih 4 kargo, sekadar jadi 2, itupun buku yang aku dah kumpul daripada tahun sebelumnya.
Lepas habis belajar, aku sambung belajar sedikit lagi untuk penuhi kontrak. Masa ni duit tak banyak macam time belajar luar.
Aku pun sekadar mampu melihat akaun dia semasa ke semasa menelaah sendiri dia dah ada orang atau belum. Hutang masih tidak habis, jadi aku fikir, takpelah, habiskan benda wajib dulu, kalau terlepas pun aku redha.
Selepas habis belajar dan setahun bekerja dalam fasa PKP, Alhamdulillah, selepas hampir 1,000 ringit sebulan duit aku transfer untuk membayar hutang, hutang aku langsai.
Aku ibarat anak kecil yang baru mendapat biasiswa bulanan, terasa mewah dan kaya-raya. Aku excited gila sebab time ni baru aku boleh nak tanya si dia, sebab aku baru sahkan dengan diri aku, ya aku mampu.
Dalam fasa PKP, ada benda yang berlaku sampai aku delete akaun lama aku, yang menyimpan bertahun-tahun memori, jadi aku terpaksa mulakan akaun baharu.
Letak nama aku, gambar aku yang paling jelas, supaya tak dikira scammer. Aku send request friend kepada dia. Tak sampai 2 minit, “link is not reachable”. Aku refresh banyak kali, walaupun sekali sudah cukup memberitahu aku aku dah diblock oleh dia.
Ucapan pertama aku, “Alhamdulillah, maknanya dia ada orang”. Alhamdulillah aku dalam hati kerana aku kenal dia seorang perempuan yang baik, solehah dan sedang dicabar dalam pertunangan dia.
Dia dah ada orang, dan aku sekadar fitnah yang datang untuk menjadi kisah golak ujian sebuah rumahtangga. Aku bangga dengan dia, sebab dia berjaya.
Pada masa sama, aku bangga dengan diri aku, sebab aku berjaya, menjaga keredhaan hati, menjaga husnuzhon diri, percaya pada takdir Allah.
Sekarang dia dah berkahwin, dan itu adalah takdir Allah, yang aku percaya adalah terbaik untuk semua orang. Bukan terbaik untuk dia sahaja, tapi terbaik untuk diri aku juga. Tak ada benda yang Allah buat melainkan untuk menunjukkan kebijaksanaan Dia.
So back to the story, titled “Bangga dengan diri sendiri”, apa kena mengena ya?
Aku dah baca banyak cerita orang yang kecewa dengan diri, kecewa dengan pasangan, kecewa dengan tunang, kecewa dengan wanita impian, tapi reaksi mereka bagi aku, tidaklah apa yang sebaiknya.
Aku bangga dengan diri aku sebab aku walaupun minat dekat dia dari dulu, aku tidak pernah minta untuk berkekasih, baik menulis surat ataupun bercakap tak tentu hala, jauh lagi berpegangan tangan.
Segala percakapan kami hanyalah dalam ruang lingkup aktiviti dan benda-benda yang perlu dibuat bersama, bukan datang daripada nafsu atau kemahuan. Sebab itulah aku katakan, pelik juga dia bertanya khabar lepas SPM.
Aku bangga dengan diri aku, kerana aku tidak normalisasi apa yang orang buat pada diri aku sendiri. Aku tak normalisasi stalk-stalk untuk melihat perempuan lawa, melainkan sekadar mahu melihat samada sudah berpunya atau belum.
Aku tak scroll instagram untuk bercakap tentang bentuk tubuh wanita atau jadikan lawanya muka perempuan tertentu sebagai modal bercakap di warung tepi jalan.
Aku bangga dengan diri aku, sebab aku tidak terlibat dengan gejala OTP atau mesej bermesej yang keterlaluan. Aku tidak mampu untuk bayangkan bermanja-manja dengan orang yang belum tentu, bukan muhrim, siap panggil sayang, papa, daddy, mummy.
Last sekali aku bangga sebab aku tahu aku tak mampu dan aku buat cara tak mampu. Aku tak mampu untuk halalkan dia, jadi aku tak proceed untuk halalkan.
Aku tahu aku tak mampu jaga hati aku daripada membayangkan benda-benda dosa tentang dia, jadi aku tutup terus ingatan tu dengan aku tangguhkan pertanyaan. Aku tak mampu untuk bertunang bertahun-tahun, jadi aku decide untuk tanya dia bila aku paling ada kemampuan.
Akhirnya, aku bangga kerana apabila aku dapat tahu dia dah berjodoh, perkara pertama yang aku ucap, “Alhamdulillah, aku bahagia untuk dia”,
Yang bukan sekadar ucapan hujung lidah dalam mencuba untuk move on, tapi dari hati aku sendiri, kerana aku yakin wanita baik dan solehah layak mendapat kebahagian terbaik di dunia dan akhirat.
Aku dah buat yang terbaik untuk menempuh cubaan dunia yang Allah takdirkan, tak ada satu benda yang berlaku dalam hidup ni yang bukan ujian Allah,
Jadi sekalipun orang tak tahu, dia tak tahu cerita, atau sekadar aku yang mengetahui sedih dan hiba, aku tetap gembira kerana Allah dah tahu, dan itu sudah cukup.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Sekarang aku dah hampir melupakan, dan moga dengan confession ni, aku lebih melupakan, kerana aku taknak diri aku menjadi hina memikirkan tentang isteri orang.
Aku mahu menjaga hati aku dan pemikiran aku daripada zina dan nafsu. Aku mahu sibukkan diri dengan perkara yang aku dah disibukkan sebelum ini, karier.
Doakan aku capai cita-cita menjadi software engineer. Aku target gaji 10k sebelum umur 30, itu pun dah cukup.
Terima kasih baca confession ni, sekadar nak luahkan, ambil sebagai iktibar semua, dan moga menjadi cerita yang aku akan sembangkan kat syurga nanti. Aamiin.
– Remi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit