Bangkit Daripada Skizofrenia

Assalamualaikum pembaca budiman… Moga kalian bahagia dalam limpahan rahmat dan rezeki..

Setiap orang jalan hidupnya tidak sama.. bahkan dalam adik beradik atau kembar pun secara fizikal dan emosi juga masakan sama sepenuhnya…

Mungkin ada yang seperti hampir sama tapi tak sama, jadi dari kisah aku ni harap dapat terima dengan fikiran waras dan prihatin, kerana aku ingin bercakap tentang penyakit mental… Yang paling serius, skizofrenia.

Sebelum kena penyakit ni, aku tak tahu pun penyakit mental ni ada rawatan hospital psikatri..

Sebagai seorang yang pernah berkali2 masuk wad ni di awal sakit dahulu, aku kagum kerana ada wad yang diselia doktor dan jururawat kepada orang2 yang tak betul.

Semasa aku pernah di rawat aku anggap diri ni dah tak ada masa depan. Gelap. Tapi sekarang bila kukenang kenangan di itu, yang boleh dikata sejarah hitam.. aku bersyukur ada pengalaman itu…

Pengalaman itu mengajar aku untuk tidak memandang rendah orang gila… Mereka bukan buat2 gila sebab fikiran mereka dah rosak kerana bercelaru dan keliru..

Tapi, aku orang yang paling sensetif bila ada orang lain sebut gila… Walau dituju pada orang lain, aku terasa, apatah lagi jika memang sebut gila pada aku… Sebab aku rasa ya, aku pernah gila.

Perasaan negatif ni sangat teruk… Nak merawatnya bukan sekadar dengar motivasi berjuta kali… Kalau dah jenis jiwa negatif, tak mudah untuk berubah melainkan kehendakNya.. itu aku, orang lain aku rasa sangat positif..

Punca aku kena sakit mental kerana tekanan… Tak boleh terima hakikat…. Hati rapuh dan sedih berpanjangan… Murung… Tak mengurus diri… Hilang matlamat dan menzalimi diri…

Ni kisah lama… Panjang jika nak dihurai segala… Jika diingat ia seperti masih segar walau aku selalu pesan untuk tutup dan jangan buka kisah2 dukacita silam… Tapi, kenapa benda tu masih ada dalam memori.. Allah, hebatnya kuasa ingatan…

Secara peribadi aku memang seorang pendiam, pemalu.. sangat berbeza dengan karektar kakakku yang ceria dan mulut murai… Tapi, aku pengawas sekolah… Bukan sebab aku cantik pandai ampu tapi sebab aku boleh dapat no 1.

Waktu tu, aku terlalu fokus peperiksaan… Aku memang nak dapat yang terbaik, tapi sebenarnya… Tak seimbang… Aku tak pandai memasak. Tak tolong ibu masak dengan alasan belajar…

Tak sangka… Aku yang sangat bercita cita tinggi masuk universiti… Masuk wad psikatri, kau ada.

Dalam tingkatan 4 aku kemalangan… Koma, masuk besi tangan kaki, setahun dirawat di hospital… Sedih dengan pengorbanan besar ibu ayah…

Aku yang sangat mahu berjasa pada mereka tetapi kini ku rasa gagal, aku sangat kecewa… Langsung tak bersekolah tingkatan lima… Dan hampir tidak mahu ambil spm kerana kecewa..

Tapi aku fikir… Teruk sangat bunyinya tak ada spm… Sekadar bersandar dengan sijil pmr nak jadi apa… Jadi ambil juga sebagai calon persendirian di sekolah lain dengan bertongkat…

Aku sebenarnya malu dengan kawan2 dan cikgu. Malu gila. Tak boleh jumpa. Aku tak nak orang datang melawat…

Aku mula benci orang yang akhirnya aku benci ibu ayahku.. teruk betul pemikiran aku bila hati kita sangat kecewa… Sehingga kawan2 sekolah tak tahu cerita aku hidup aku… Aku yang mengunci diri…

Sehingga keadaan sudah parah.. histeria keluar rumah tanpa pakaian… Merasakan semua orang jahat…semua orang nak bunuh aku… Aku bercakap benda2 yang sangat merapu…

Polis datang tenagkan, entah apa dia umpan aku aku ikut ke balai ditemani ibu saudara kerana aku tak suka ayahku… Aku rasa nak bunuh dia dah ambil lesung kejar ayah… Dari balai ada ambulans ambil aku hantar ke hospital… Masuklah wad psikiatri.

Dari keadaan yang sangat agrasif aku boleh tenang seketika memikirkan adakah ini mimoi, aku masuk alam jin ke atau sebenarnya aku dah mati ni bukan dunia…

Sebelum masuk ke wad… Berkali2 telah dibawa berubat dengan ustaz tapi tak menjerit pun waktu tu… Aku buat bodoh je. Dan ustaz tu kata aku ada saka.

Ibu ayah aku sangat usaha nak ubati aku… Sehingga dia tolak tepi tentang malu kerana aku begini… Pengorbanan kasih pada anak, bukan sakit biasa…

Adik beradik juga menanggung malu waktu itu… Tapi mereka mampu terus sambung belajar tinggi dan kini sudah menjawat jawatan besar… Alhamdulillah.

Setahun juga keluar masuk wad hingga aku sayang pada dr dan petugas di situ… Tapi bila aku dah keluar wad. Aku malu kalau aku terjumpa mereka…

Aku dibekalkan ubat dikatakan mesti makan seumur hidup. Aku cuba dua tahun sahaja kemudian nekad tak ambil.

Jiwa aku selalu gelombang. Waktu sakit sebelum rawatan aku rasa nak bunuh diri berkali. Rasa nak terjun tingkap tingkat dua dah keluar kaki tapi tahu pula takut…

Fikiran keliru seperti terdengar pokok bersuara binatang bercakap atau binatang tu sebenarnya manusia… Tak waras kan waktu tu. Berkurung di rumah dan pernah mengamuk tapi kemudian boleh tenang dan fikir kembali.. kemudian celaru lagi.

Benda ni yang aku kena lawan bab celaru atau hati sempit dan fikiran serabut… Bila makan ubat dia tenang macam fikiran kosong tak fikir masalah… Tapi aku tak nak bergantung ubat.

Banyak tahun aku tak keluar rumah. Jika ada saudara atau kawan datang aku menyuruk dalam bilik walau hati nak sangat jumpa mereka tapi aku malu… Aku takut… Tapi sangat tersiksa dengan perasaan cemas dan malu itu…

Aku anggap kesakitan itu sebagai kifarah untuj aku kembali bertaubat. Perkara yang buat aku menangis setiap malam sebab rasa sangat berdosa adalah kepada ibu ayah… Sangat sedih yang mendalam…

Dan perkara lain yang aku sedih. Aku rindu kenangan indah zaman sekolah dengan kawan dan guru… Aku menyepi dan tak mahu menonjol diri… Jadi, sekarang tidak hairanlah kenapa kawan sekolah dulu dah boleh jadi doktor, peguam, pensyarah, pengarah….

Sebab mereka tak macam aku yang terperuk bertahun tak mahu melangkah kerana puncanya kecewa dan sedih dengan nasib diri… Sedangkan sangat banyak oranh di luar sana diuji dengan lebih dahsyat boleh bangkit dan positif… Jadi, salah aku.

Bab tak makan ubat… Ambil masa akhirnya aku ok. Dah rasa diri normal dan mampu fikir seperti netizen yang lain… Cuma memang ada penyakit kurang keyakinan diri, takut berhadapan dengan orang dan sulit menyelesaikan kerja harian…

Jadi kalau tengok orang yang sangat tak pandai mengemas atau mengurus masa sebenarnya, ada gangguan mental…

Jadi, masalah sakit mental ni dah jadi penyakit kedua tertinggi di malaysia atau dunia selepas jantung bukan covid…

Bertuah mereka yang tak ada sakit ni tapi jangan hina sangat orang ada sakit macam ni… Dia tak minta… Tapi mungkin atas silap sendiri ada perbuatan yang Allah murka.. jika yang ambil dadah atau arak dan jadi tak betul, itu memang salah sendiri..

Antara ubat nak hati tenang.. baca quran dan maknanya.. ya ni ubat aku. Aku stress aku buka tafsir… Aku stress aku duduk di masjid… Tenang. Allah bagi tenang dan waras.

Mungkin ada orang yang rasa takut nak berkawan dengan orang sebegini, aku faham. Aku pun matikan niat nak berkahwin kerana aku tak mahu pasanganku kecewa…

Kisah ni mungkin 5 peratus sahaja dari keseluruhan pengalaman silam sepuluh tahun lalu… Aku cuba positif, dan pedulikan kata dan fikiran orang…

Aku ada ibu ayah yang sangat ambil berat untuk aku usaha kembali jadi manusia yang dapat memberi bahagia dan syurga buat mereka.

Terima kasih sudi membaca, sila sudikan komen agar ku rasa masih ada yang sayang… Maaf kalau ada yang serabut baca kisah ni.

– Maarya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *