First post of all, thank you admin kalau post ni tersiar. Moga cerita ni ada pengajarannya pada student2 lain yang suka pergi gedung tekstil. Biasanya yang suka buat bisnes online.
Aku student kat area Shah Alom. Sebelum ni aku biasa beli kain kat area rumah aku kat negeri lain. Aku pun pergi satu gedung tekstil kat sini. Aku rasa korang pun mesti tahu mana dah kalau aku cakap pekerja dia lagi ramai dari pelanggan. Yang kadang-kadang aku rasa rimas betul tapi pakkal je sebab kain yang aku nak tu ada kat situ, aku gagahkan juga la pergi.
Mungkin sebab aku datang dengan pakaian yang biasa biasa dan bukan mak mak yang biasa borong kain untuk raya, bila dorang tanya aku cari apa, aku cakaplah kain untuk tudung, kain chiffon. Lepas dorang tunjuk tu dorang terus blah. Setakat 4 5 keping tudung kau beli berapa lah sangat komisyen dorang dapat. Aku ok je. Jenis tak suka orang ikut or dictate mana aku nak pergi.
So start lah cerita, orang yang tolong potong kain yang aku nak tu, bangla. Masa mula-mula ok je, dia siap bagi diskaun. And peramah gila tanya nama, belajar mana semua. Tengah aku dengan member syok belek kain lain, tiba-tiba dia hulur kad. Dia bagi kad in case kalau nak tempah baju kurung or jubah. Dia suruh simpan cepat-cepat kad tu dalam beg taknak bagi orang nampak. Oh bagus ni dorang ada kuncu-kuncu buat side income. Ok lagi. Lepas tu, dia bagi no telefon dia, kata apa apa hal call kalau nak cari kain lagi..bagus ni dapat diskaun lagi dalam hati aku.
Dia suruh aku miscal, aku pun ok la. Member aku pun dia suruh miscal juga tapi member aku tak bagi no dia. Dia kata nanti amik dari aku. Nasib kawan aku tu selamat. Time kiteorang jalan jalan sebab dia nak tunjuk kain, ada lah makcik and hakak situ yang pandang semacam and siap cakap, “haaa ikutlah dia” Aku dah macam kenapa dia cakap macam tu. Tapi takpa lah. Husnuzon je. Lepas bayar then settle aku nagn member pun chow.
Petang tu jugak dia ws. Aku pun rilek je lah. Tak reply. Aku beli kain tu hari khamis. Hari ahad pukul 3 pagi dia ws, call and text benda2 yang tak patut. Korang faham kan? Kena pula aku jenis yang cepat tersedar dari tidur. Aku terus block number dia. Scary jugak lah. Aku baru ingat nak pergi beli lagi. But since jadi macam ni, buat aku jadi takut in case terserempak dengan mamat tu, even bangla bangla lain. Aku rasa benda ni buat aku takut pada dorang.
Pengajaran dia yang aku boleh kongsi, kalau korang pergi gedung tu, carilah hakak hakak. Tapi tu lah, hakak- hakak ni kadang kadang diorang tengok kau dulu. Kalau kau ada gaya, doarang datang entertain. Kalau kau selekeh, dorang sambung gosip dengan member dia. Tapi usahaknalah untuk cari kaum hawa juga sebolehnya. Takpa lah kalau hakak-hakak tu muka masam or tak bagi diskaun. Tahan je lah sikit monyok diorang tu daripada bangla-bangla ni. Kalau kau ada rezeki and bertuah, kau akan dapat hakak yang baik. Aku yakin benda ni bukan pertama kali berlaku dan bukan kat sini je. Sebab tu lah agaknya makcik promoter tu sindir aku time aku ikut bangla tu tengok kain lain. Aku dah buat satu generalisation pada bangla bangla ni actually. Memang tak lah lepas ni aku pergi situ lagi. Aku rasa aku patut share benda ni sebab aku taknak benda ni jadi kat orang lain, lagi-lagi student macam aku. Sekian. Wasalam.
– budak jahit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit