Assalamualaikum. Saya berharap confession ini disiarkan. Saya sangat buntu sekarang dan mengharapkan pertolongan dari anda semua.
Marilah saya bercerita serba sedikit mengenai diri saya. Saya Murni, seorang penjawat awam telah mendirikan rumahtangga. Suami saya berniaga. Kami tinggal di sebelah pantai barat malaysia.
10 tahun yang lalu, saya pernah membeli satu lot tanah banglo dengan pak saudara saya. Saya gelar kan pak cik A. Lot banglo tersebut, masih berhutan dan ada parit kecil di dalam tanah lot tersebut.
Saya beli pun kerana saya kesian dekat pak cik A kerana dia amat memerlukan duit waktu itu.
Semasa membeli tanah tersebut, kami tak menggunakan khidmat juruukur untuk mengukur tanah. Pak cik A hanya menunjukkan kawasan tanah tersebut kepada suami saya. Suami saya pun bersetuju untuk membeli tanah tersebut melalui loan yang dibuat oleh saya.
Tahun berganti tahun, akhirnya kawasan tanah kami tu makin banyak banglo yang dibina. Kami pun mengambil keputusan untuk membina banglo di tanah lot tersebut memandangkan kewangan saya dah stabil dan suami saya ada simpanan RM100k.
Semasa proses mengukur tanah, kami mengambil khidmat juruukur pejabat tanah. Suami saya hampir berbalah dengan juruukur tersebut kerana tanah yang ditunjukkan oleh pak cik A bukan lah tanah kami.
Tetapi, juruukur mengatakan lot tanah kami bersebelahan dengan tanah pak cik A tunjuk. Tanah tersebut sangat cantik. Hanya perlu tarah pokok sahaja.
Suami saya rasa tak sedap hati. Tetapi, bila juruukur pejabat tanah sendiri yang ukur, yang sudah pakar dalam bab mengukur, tak akan kita nak mempertikaikan. Akhirnya, kami teruskan membina banglo impian kami.
Bulan berganti bulan, banglo kami hampir siap 90%. Semasa suami saya pergi ke site sekejap, tetiba datang seorang lelaki yang tak dikenali. Dia mengatakan tanah itu milik dia.
Nak gugur jantung suami saya mendengarnya. Suami pun telefon pejabat tanah tersebut. Semua meyakinkan bahawa,
Itu memang tanah kami. Mereka siap mengatakan, mereka takkan tersilap satu lot tanah. Suami saya meminta mereka untuk mengukur sekali lagi.
Akhirnya, nasib buruk menimpa kami. Banglo yang kami bina seratus peratus ditanah orang lain. Suami saya nak pengsan mendengarnya. Saya menangis macam kucing hilang anak. Masing- masing terkedu.
Tukang buat banglo semua terdiam, tak tahu nak cakap apa. Kami terpaksa memberhentikan projek kami sehingga mendapat kata putus dari pejabat tanah.
Apa yang paling merisaukan saya ialah suami saya. Dialah yang paling banyak mengerah tenaga dalam menjayakan pembinaan banglo tersebut. Semua saya serah kepadanya.
Suami saya ada tahap trauma dan fobia yang melampau. Dia pernah terkena penyakit kencing tikus dan duduk dalam icu.
Sampai sekarang bila jumpa tikus dia akan trauma dan berusaha membunuh tikus yang dijumpanya. Cara pandangannya terhadap tikus amat menakutkan.
Moto beca nya yang digunakan untuk mengangkut barang niaga, pernah kena curi. Sampai sekarang, dia akan mengunci moto becanya sampai tiga mangga, walaupun di mana- mana.
Jika dia dengar bunyi seakan- akan orang menceroboh rumah segera dia membuka pintu rumah melihat keadaan disekeliling rumah walaupun pintu pagar kami berkunci.
Sekarang, bila dah jadi macam ni, suami saya tak dapat nak tidur malam. Sentiasa fikir pasal tanah tu. Dia rasa tak kuat. Rasa lemah. Saya risau sangat dia depression.
Mohon lah bantuan kawan- kawan.
– MURNI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit