Bangun Setelah Jatuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Hai saya Fana dan Minta maaf jika penulisan saya tidak teratur dan kurang faham.

Saya tertarik dengan confession dari Cik T… (https://iiumc.com/aku-penghidap-diabetis/).

Tujuan saya buat confession ini untuk memberi semangat kepada insan yang senasib dengan saya dan begitu juga Cik T. Saya sudah membaca confession dari Cik T.

Beliau menyatakan beliau mengidapi Diabetes pada usia muda. Begitu juga saya, baru berumur 28 tahun dan sudah ada penyakit diabetes pada awal tahun lepas.

Pertama kali saya dapat berita saya ada penyakit diabetes ini semasa saya buat medical checkup untuk memohon kerja.

Pada awalnya seakan kelam dunia dan masa depan saya. Sama juga anggapan saya seperti Cik T. Saya sukar ada jodoh, malu dengan orang keliling, keluarga, kawan-kawan dan macam-macam lagi la saya berfikir.

Sangat sukar untuk terima ujian ini. Tapi sampai bila saya perlu rasa kecewa kerana saya rasa ia berpunca dari diri sendiri. Tidak menjaga makan minum dan selesa dengan kehidupan kurang sihat.

Pada awal berita penyakit ini, saya rahsiakan dari keluarga saya sebab saya terlalu sedih. Allah saja yang tahu kesedihan ini.

Saya cuba fikir positif, setiap apa yang berlaku ada ujian. Saya cuba cari ayat-ayat positif dan buku yang boleh memberi motivasi dalam diri saya. Saya cuba bantu diri sendiri untuk bangun dari kesedihan ini.

Akhirnya, saya terima semua ni dan cuba bercerita kepada keluarga.

Kadang saya sedih bila orang bersembang hal-hal kesihatan. Sebab saya sakit pada umur muda. Saya tahan ja rasa sedih. Sabarlah wahai hati, saya kena kuat untuk diri saya sendiri.

Selain itu, makan minum pon kena jaga untuk stabilkan gula. Saya pun cuba kuatkan diri untuk kurangkan makanan manis.

Semua saya buat untuk diri sendiri walaupun kadang-kadang ada juga tidak tahan. Haha. Cuma kalau teringin sangat makan sikit sahaja jangan berlebihan.

Selain itu, dalam hendak bangun dari sedih ini ada juga perasaan yang macam-macam. Sampaikan saya berfikir tidak ada jodoh. Takut nak kawin. Bolehkah pasangan saya terima saya.

Saya seumur hidup tidak pernah ada pasangan hidup. Mungkin saya tidak selesa untuk couple mana- mana lelaki.

Bagi saya tujuan saya untuk belajar saya akan belajar. Fokus saya pada satu tu sahaja.

Jadi, saya masuk universiti pon bila ada yang cuba bertanya hendak berkawan dengan saya. Saya akan menolak. Bukan jual mahal tapi saya takut untuk memulakan hubungan takut dikecewakan.

Sampaikan mak saya pon ada bercerita pada jiran, dia risau saya tidak ada jodoh.

Untuk makluman semua, fizikal badan saya adalah gemuk. Itu adalah satu faktor juga saya takut untuk berkahwin. Risau orang tidak dapat terima saya dengan keadaan masalah kesihatan dan gemuk.

Berbalik kepada topik penyakit saya, Alhamdulillah rezeki allah ada dimana-mana. Ia akan sampai kepada kita tepat pada waktunya. Saya dapat kerja walaupun berpenyakit.

Jadi saya akan buat sebaik mungkin untuk bekerja. Saya tidak mahu penyakit saya penghalang untuk saya berjaya. Dalam sedar tidak sedar beberapa bulan saya bekerja, saya bertemu jodoh saya.

Pada awalnya saya layan acuh tak acuh saja. Sebab saya takut untuk berkahwin dengan keadaan saya sekarang.

Tapi soalan pertama saya tanya pada pasangan saya, adakah awak terima saya jika saya ada penyakit. Tanpa was-was dia menjawab “Saya terima seadanya dan akan jaga awak sebaik mungkin”. Berbunga-bunga hati. Haha.

Tak lama kemudian saya berkahwin dengan jodoh saya sekarang. Tengok Allah dah tetap yang terbaik untuk kita.

Cik T jangan risau la. Akan ada jodoh yang datang. Saya pon kadang tak sangka akan berkahwin. Cuma sekarang saya risau jika penyakit ini menghalang saya untuk memiliki cahaya mata.

Sedih bila fikirkan hal ni. Tapi saya tetap berdoa semoga Allah beri saya peluang untuk memiliki zuriat dari rahim saya sendiri. Yang sihat dan soleh solehah.

Disamping itu juga, suami selalu beri kata- kata semangat dan sentiasa menasihati saya ketika saya sedih memikir masalah kesihatan saya ni.

Saya percaya sesiapa pon akan sedih apabila memikir nasib diri. Walaupun kita cuba motivasikan diri kita dengan perkara positif. Akan ada juga secubis perasaan Negatif yang menguasai diri.

Jangan risau wahai semua yang senasib macam diri saya dan juga Cik T.

Harungilah semua ni dengan sebaik mungkin. Jika jodoh lambat, kita bahagiakan orang yang terdekat kita sama ada ibu bapa atau keluarga.

Kita kena bersyukur dengan apa yang ada di depan kita kerana tanpa sedar itu juga rezeki yang allah berikan tanpa sedar.

Kesimpulannya, cuba berfikir positif dalam apa jua masalah kita hadapi. Cubalah cari kawan yang positif dan mereka ini lah yang akan bantu kita walaupun sedikit.

Malah, jangan lupa juga kita pada tuhan yang satu satunya menetapkan ajal jodoh rezeki dan perjalanan kita. Berdoalah dan menangislah kepadanya kerana allah sentiasa ada dengan kita dimana kita berada.

Saya berdoa semoga sesiapa yang bernasib dengan saya akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan diberi jalan disetiap ujian. Begitu juga Cik T, semoga ada jodoh untuk awak. Hihi.

Saya harap semua doakan saya untuk dapat cahaya mata yang sihat dan soleh solehah.. Hihi..

Terima kasih kerana sudi membaca walaupun tiada apa sangat pun cerita saya.

Ikhlas,

– Puan Fana (Pengidap Diabetes Type 2) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *