Sebagai seorang manusia normal, saya menjalani tidur yang cukup iaitu tidur 6 jam mencukupi dan jarang tidur lewat malah tiada sebarang masalah kesihatan mental seperti depression atau anxiety.
Saya seorang remaja yang sihat dan normal tanpa sebarang masalah kesihatan fizikal atau mental.
Saya mengalami peristiwa ini hampir sekian lamanya. Peristiwa bangun tetapi tidur adalah jarang berlaku tetapi hampir kerap berlaku kepada saya dan ia bergantung kepada beberapa faktor
Antaranya,
1. Cara saya tidur.
Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum tidur yang normal saya akan baring mengiring ke kanan dengan kepala diatas bantal dan badan bersedia untuk tidur.
Namun, sekiranya saya tidur dalam posisi badan yang tidak sesuai dan tidur secara tidak sengaja ia akan mengundang kepada masalah ini.
2. Sebelum saya tidur,saya akan berfikir tentang sesuatu atau berangan sehingga tertidur.
3. Saya tersangat mengantuk kemudian set dalam otak untuk tidur sekejap then bangun balik.
Saya akan mengalami situasi dimana:
1. Saya sudah sedar dari tidur tetapi badan tidak boleh bergerak langsung. Pada mulanya,saya ingat saya mengalami ‘sleep paralyse’ walhal tidak kerana saya tidak terasa dihimpit sama sekali.
Saya cuma berada dalam keadaan badan tidak boleh bergerak namum mata dan telinga masih boleh menangkap apa yang berlaku disekeliling.
Saya boleh melihat walaupun mata tertutup,saya boleh mendengar bunyi yang berada sekitar saya.
2. Saya sedar dan boleh berfikir dengan baik cuma saya tidur.
Ia seolah-olah seperti saya sedang berpura-pura tidur dengan keadaan seperti saya sedar dan boleh untuk berfikir, mendengar dan melihat namun badan saya tidur.
Ia akan berterusan sehingga bila-bila sekiranya saya tidak membuat apa-apa tindakan.
Jadi menguatkan lagi firasat saya yang ia bukan masalah sleep paralyse kerana sleep paralyse berlaku untuk beberapa tempoh sahaja.
Apa yang saya lakukan untuk mengatasi masalah itu :
1. Saya akan pejam semula mata dan paksa diri untuk tidur.
2. Tarik dan hembus nafas berkali-kali supaya badan sedar.
3. Paksa badan untuk bergerak walaupun agak payah kerana ia akan menyukarkan kadar pernafasan saya.
4. Cuba untuk berangan dan paksa diri untuk bermimpi sesuatu sehingga sedar. Kedengaran pelik, tetapi ia benar.
5. Baca bismillah semampu mungkin.
Saya tahu ia kedengaran pelik dan agak tidak masuk akal, percayalah. Saya sudah banyak kali beritahu kepada orang sekeliling tetapi mereka hanya berkata,
“Perasaan je Tuh”,
“Pelik-pelik je kau nih”,
“Merepek ke apa?”,
“Mainan tidur je Tuh”
Dan banyak lagi.
Kalau sesiapa yang mengalami situasi yang sama, tolonglah share supaya saya dapat sedikit maklumat dan kelegaan bila mengetahui yang bukan saya seorang saja mengalami situasi itu.
Sekiranya ada doktor atau pakar yang tahu apa yang terjadi, saya sangat ingin mengetahui apa yang berlaku kepada saya.
Bangun tetapi tidur. Diri dalam keadaan sedar seperti biasa dengan boleh melihat dan mendengar hal sekeliling tetapi badan tidak boleh bergerak dan otak seperti agak mamai atau tidur.
Bukan sekadar cerita tipu dan seseorang yang mengalami sahaja akan faham.
– Khaulah afaf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit