Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku nak ucapkan takziah dan sangat dukacita atas bencana banjir yang terjadi baru-baru ini. Di Lembah Klang dan Selangor dah mula surut, jangan lupakan pula yang di Pahang dan Pantai Timur ya.
Dan takziah juga pada keluarga mangsa-mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Semoga kematian mereka dikira syahid dan diampunkan dosa serta diangkat ke darjat yang mulia di sisiNya.
Baiklah, aku terus kepada intipati tajuk. Kenapa tajuk aku begitu? Ya, ramai dah yang ulas pasal kegagalan perancangan bandar yang mapan. Itu, aku tak mahu ulas dengan terlalu detail, lebih2 lagi melibatkan aspek teknikal.
Dah banyak dah perancang bandar otai yang buka cerita dan ulas dengan bagus. Aku nak cerita dari sudut pandang pembeli2 dan penduduk sekitar.
Korang tahu, apa-apa perkara yang dibuat separuh hati ni, atau kata mat salih, half-@$$ed, akan hanya menunggu masa untuk menampakkan betapa buruknya hasil akhirnya.
Kau tengoklah kawasan2 Lembah Klang yang dilanda banjir tu. Hujan baru 2 hari beb! Itu kawasan bandar.
Kalau ambil kira taburan hujan yang luar biasa tu, paling tidak pun paras lutut sahajalah. Ini sampai kereta tenggelam? Something must be terribly wrong with our drainage system.
Aku nak cerita pasal 3 buah kampung yang tak viral pun; Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau dan Kampung Parit Mahang di Selangor.
3 kampung ini akan jadi tadahan sekiranya Klang, Shah Alam dan KL banjir. Kalau korang nak tahu, semasa Lembah Klang dan KL kecoh2 banjir, 3 kampung ini tiada apa2 pun.
Boleh saja rebus ubi kayu cicah sambal di depan rumah sambil menikmati suasana hujan renyai. Tapi, mereka akan siap-siaga untuk berpindah sejurus mereka dapat tahu yang bandar2 tadi dah mula surut.
Air akan mula naik secara tiba-tiba walaupun cuaca elok. Ini sangat scary ya. Tak hujan tak apa, tiba2 air naik mendadak.
Umpamanya, kau tengah sedap2 tidur, tiba2 bangun air dah cecah lutut. Randuk air nak keluar ke kawasan selamat, bila toleh balik, kau nampak air dah sampai pinggang.
Benda ni jadi semenjak makin rancak pembangunan bandar2 baru di 3 bandar tadi. Dahulu, tak pula begitu, Flash floods di kawasan2 bandar tak memberi kesan apa pun pada 3 kampung tu.
Semenjak beberapa tahun belakangan ni, mereka alami begitu. Jadi, nak kata tiada perkaitan tu, memang tak munasabah lah.
Bukanlah aku nak marah orang2 bandar tu… tak! Bukan mereka boleh buat apa atau tahu apa2 pun. Mereka hanya pembeli yang telah diperdaya dengan false sense of security daripada pemaju2 yang merancang bandar secara separuh masak!
Buat rumah atas tanah paya yang dikambus. Lepastu lencongkan air ke saliran yang berdekatan tanpa ambil kira ke mana air tu pergi. Aaaa… lepastu, jual rumah harga Yahudi.
Selesai air surut di situ, haa…. 3 kampung tadi akan mulalah naik air pula. Cuaca elok panas, baju pun kering, orang pergi berkebun macam biasa… alih-alih nak balik rumah, air dah sampai depan pintu!
Kerosakan infrasturktur, kerugian harta benda dan risiko kesihatan makin bertambah.
Kalaulah township planning tu dibuat dengan baik dan MENYELURUH, kerugian hanya kan terhenti di kawasan2 awal sahaja. Bantuan akan terfokus di kawasan terjejas sahaja. Macam kes tahun ini, aku terkilan untuk orang Pahang dan Pantai Timur.
Negeri2 biasa banjir ni, aku boleh kata bukan salah tonwship planning lah. Dah sekian lama begitu sampai jadi acara tahunan. Bukan baru jadi beberapa tahun belakangan macam di Lembah Klang.
Sepatutnya, hujung2 tahun begini, orang2 Lembah Klang yang akan berbondong-bondong hantar bantuan kepada mereka. Kutipan derma memang akan salur kepada mereka.
Yelah, saban tahun dilanda bah. Yang membezakan teruk atau tidak sahaja lah. Bantuan2 dan kutipan derma itu sangatlah penting untuk mereka cepat2 bounce back ya.
Kali ini? Aku rasa, harapkan bantuan kerajaan dan ahli politik kawasan masing2 sahajalah. Bantuan2 dan kutipan derma akan terbahagi kepada penduduk Lembah Klang yang terkesan juga. Its gonna be harder for them to bounce back sebab dana semakin kecil.
See? Natijah township planning separuh masak begini bukan hanya melibatkan pembeli2 dan mangsa anak tiri seperti tiga kampung tadi.
Mangsa banjir di negeri2 biasa banjir tu pun akan terkesan juga.
Jadi, selaku bakal2 pembeli rumah, silalah siasat menyeluruh sebelum nak beli rumah. Jadikan banjir kali ini sebagai peringatan.
Ambil tahu apa jenis tanah tempat perumahan tu dibina – ini boleh tanya penduduk sekitar. Tanya habis2 pasal saliran penempatan anda – air keluar mana, dilencongkan ke mana, storm drain ke mana, eh, semualah!
Jangan lagi sokong pemaju yang buat planning separuh masak jenis lepas tekak sendiri saja. Nanti, anda yang akan rugi.
Mereka dah dapat duit senang hati. Biar situ jadi projek rumah hantu. Jadi, pemaju lain akan jadikan pengajaran dan takut sikit nak buat kerja separuh masak.
Itu sahajalah. Aku nak pergi tolong mak aku masak untuk sedara-mara aku yang terkandas di PPS 3 kampung tadi. Nak ditumpangkan, nanti terlepas bancian pula. Mampu masakkan dan beri kelengkapan berehat saja lah.
Sekian, sekain disingsing tinggi buat meranduk bah yang tak surut lagi walau hujan dah lama berhenti.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit