Assalamualaikum… Sebelum memulakan perkongsian, Aku minta maaf andai korang tak suka dengan bentuk penulisan Aku ini sebab Aku bukanlah penulis. Aku perkenalkan diri dulu ye. Cukuplah korang kenal sebagai Aku (perempuan).
Student IPT Islam di bahagian selatan. Pertengahan 20-an, single (tak terikat dengan mana-mana perhubungan), background agama since tadika Islam, sekolah kafa, sekolah menegah agama, diploma jurusan Islam & sekarang sedang melanjutkan pengajian diperingat degree.
Nak kata cantik tu Aku rasa biasa saja tapi ada laa kadang-kadang kawan Aku akan ingat Aku Chinese bila freehair dan panggil Aku amoy walaupun Aku tak nampak dekat mana Chinese tu dimuka Aku.
Inshallah kalau ada rezeki Aku akan ke master & phd dalam bidang yang Aku minati. Aku harap sangat admin akan siarkan posting Aku kali ni.
Sebelum korang assume Aku ada masalah mental atau perlu dapatkan rawatan pakar, Aku terangkan awal-awal Aku dalam bidang yang sepatutnya sekarang which is Aku major dalam kaunseling.
Aku sudah dapatkan perkhidmatan dari kaunselor berdaftar disebabkan ujian DASS Aku drop teruk beberapa bulan yang lepas.
Kisahnya bermula dari Aku sekolah rendah lagi, Aku sukar nak mempercayai kewujudan Tuhan. Banyak persoalan yang timbul dan setiap kali Aku cuba mengajukan persoalan dekat ustaz ustazah sekolah,
Jawapan yang Aku selalu dapat “berdosa tanya macam ni”. Jawapan ni automatik memutuskan Aku untuk tidak bertanya apa-apa dan meneruskan semua perkara yang Aku anggap betul untuk di percayai.
Masa Aku diploma, tahap stress Aku sangat teruk sehinggakan Aku memutuskan untuk tukar agama sebab masa tu Aku rasa agama tulah yang paling betul.
Hari-hari Aku menangis macam orang gila dan Aku rasa hidup Aku sangat tak bermakna. Satu hari, Aku memang bertekad untuk tukar agama tapi malam tu Aku doa untuk mana-mana tuhan berikan Aku petunjuk.
Esoknya bila Aku bangun tidur, tiba-tiba ibu call dan katanya “ada masalah apa-apa ke yang ibu tak tahu?” tapi Aku senyap dan ibu kata semalam ibu mimpikan Aku, dalam mimpi tu Aku macam ada masalah yang berat sangat.
Ibu sempat pesan untuk tidak buat tindakan yang bercanggah dengan agama.
So daripada sini, Aku anggap mimpi ibu tu adalah petunjuk kepada Aku untuk tidak keluar daripada Islam.
Aku banyak kali berjumpa dengan pensyarah dan ustaz dari pelbagi bidang untuk berdiskusi tentang pandangan Aku dalam beragama sehinggakan membuatkan Aku sedar yang selama ni bukan agama yang Aku cari, tapi ketenangan dan tuhan.
Masa Aku degree, Aku baru sedar yang selama ni Aku tak percayakan tuhan pun itupun selepas beberapa kali berdebat dengan pensyarah Aku.
Walaupun kawan-kawan universiti Aku tahu Aku semamangnya freehair tapi dorang tak tahu pun selama ni Aku tak bertuhan, dorang hanya nampak Aku sebagai liberal berdasarkan setiap hujah Aku yang keluar dari mulut tapi Aku anggap itu bukanlah masalah besar.
Aku tak berbangga pun Aku ni liberal ataupun ateis sebab bagi Aku ianya sangat memenatkan. Aku perlu mengkaji semua agama untuk mencari manakah yang benar.
Alhamdulillah 3bulan sebelum pandemik Covid-19 muncul di Malaysia, Aku sudah mengucapkan syahadah. Masa ni Aku rasa lega sebab tekanan yang membelenggu Aku sejak dari sekolah sudah hilang seolah-olah tak pernah terjadi apa-apa.
Aku menyangka semuanya akan berlaku lebih baik dan mudah tapi 5bulan kemudian tiba-tiba baba Aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Dalam keluarga Aku, Aku lebih mengutamakan baba dari ibu. Aku lebih sayangkan baba dari yang lain. Aku tak sangka aku di uji sangat berat sehingga d3pression dan anxiety aku makin teruk.
Berkali-kali aku buat sesi kaunseling dan jumpa pensyarah yang membimbing aku syahadah dulu untuk melepaskan segala tekanan yang jadi tapi semunya tidak berhasil.
Semakin hari Aku jadi semakin banyak ‘minum’. Aku tahu ‘minum’ ni tak baik untuk kesihatan tapi itulah yang Aku rasakan perkara terbaik untuk Aku lepaskan tekanan. A
ku cuba untuk buang habit minum Aku ni sebelum umur 30tahun ataupun sebelum aku kahwin tapi Aku tak tahu bagaimana.
Aku risau semakin tak dapat kawal keadaan diri walaupun Aku adalah seorang bakal kaunselor. Nak berubah mudah tapi nak istiqomah itu yang payah. Semakin Aku cuba untuk menjadi baik, semakin banyak perkara yang mendatangkan dosa Aku lakukan.
Kadang-kala Aku berfikir lebih baik Aku kahwin agar lebih terbimbing, tapi nak kahwin dengan siapa? Hahahaha belum tentu suami Aku dapat terima perempuan macam Aku ni…
Sekarang Aku masih memikirkan apakah jalan terbaik untuk Aku lakukan.
Aku cuma nak pesan kepada pembaca, korang janganlah jadi macam Aku dan jika tidak mampu memberikan komen yang membina atau nasihat yang baik, lebih baik senyap. Aku tidak mahu membaca perkara negatif saat ini kerana mental Aku dah breakdown teruk.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit