Assalammualaikum dan salam syawal. Terima kasih iium confession kerana sudi siarkan isi hati aku.
Aku Dhia, 25 tahun. Mempunyai degree dan skrg bekerja dgn gaji 1600 sebulan. Semalam aku dapat whatsapp dari ibu aku yg mana beliau menyatakan hasrat yg kerap kali beliau katakan bahawasanya beliau ingin berhenti kerja. Ya. Beliau penat bekerja dgn usia 54 thn ditambah pula dgn kerja di pasaraya yg memerlukan beliau berdiri spnjg bekerja. Aku diamanahkan menyara keluarga. Dgn 4 orang adik yg masih belajar. Aku okay untuk menyara keluarga. Cumanya ia kurasakan satu beban yg menghempap kepala dan seluruh bdn. Aku akui, apalah sgt jika aku menyara keluarga. Ibu mampu besarkan kami 7 beradik dgn hanya gaji basic 1k sebulan.
Kadang sedih kalau nk dibandingkan dgn rakan yg lain. Rumah sewa keluarga yg daif dgn tandas tersumbat almost 5 years. Dah betulkan tapi tetap rosak. 2 bilik untuk menampung adik beradik yg ramai. Aku impikan untuk beli rumah untuk ibu. Ya. Kami masih menyewa. Aku search rumah sana sini. Ya. Kwn2 aku enjoy tak perlu fikirkan hal rumah. Ibu ayah mereka ada simpanan hari tua sendiri. Ada rumah, kereta dan duit perbelanjaan di hari tua. Nak balik kampung pun seronok dapat balik ramai2 adik beradik. Kalau ada pun rakan aku yg mencari rumah, untuk kepentingan masa depan dia dan pasangan kelak. Harga rumah melangkaui 100k membuatkan aku makin stress.
Kereta ibu dah makin rosak. Sebulan boleh habis half salary sebab selalu rosak. Rakan aku masing2 dah ada kereta sendiri untuk kegunaan sendiri. Aku nak belikan kereta untuk kegunaan ibu dan adik, tapi aku lebih fikirkan rumah. Ya, aku fiirkan rumah. Namun, aku hanya mampu berfikir sebab aku tak ada keberanian untuk melangkah beli rumah. Nilai nya terlampau besar. 100k and plus. What if anything happened? Mampu ke aku byr every month? What if anything happened kat aku? Ibu ke yg kene bayarkan? Atau ibu jadi gelandangan nanti?
Aku juga impikan agar aku dpt sentiasa bersama adik2 aku. Duduk di dalam rumah yg sama. Sejak dari sekolah menengah lagi aku duduk di asrama sehinggalah ke universiti. Zaman bekerja juga membuatkan aku jauh dari keluarga kerana bekerja di bandar jauh dari kampung. Ya. Penceraian membuatkan kebanyakan anak memberontak. Sama ada dapat dilihat atau memberontak dlm diam. Ibu bekerja 10 am to 10pm. Adik2 di rumah without no one. Pembelajaran entah kemana. Adab dan perangai tak dpt dibentuk seeloknya. Agama tak dpt diterap sehingga dewasa. Ya. Ibu terlampau sibuk. Ibu juga cari ketenangan di luar. Usai habis kerja, ibu lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan. Bersama jantan durjana yg ibu mudah percaya. Kapan bulan silih berganti teman lelakinya. Adik adik terkontang kanting di rumah. Tiada hilai tawa. Masing2 dgn perihal masing2. Ibu pulang usai 2 ke 3 pagi. Ya. Aku impikan ibu seperti ibu rakan aku yang lain. Sentiasa bersama anak2. Sopan dlm pemakaian dan percakapan. Okay back to the point. Aku impikan sebuah rumah yg aku boleh duduk bersama keluarga. Yang mana aku boleh pantau dan pimpin keluarga aku ke jalan yg sebenar. Agar kami semua berada dlm landasan yg lurus.
Aku tahu aku tak patut comparekan life aku dgn rakan yg lain. Cumanya aku selalu rasa beban yg besar. Tinggal aku keseorangan yg menyara keluarga. Aku lemah. Cemburu pada yang lain. Aku perlukan nasihat untuk berani melangkah raih apa yg aku impikan. How? Ada lagi ke rumah bwh 100k? All rumah pr1ma ke, mampu milik ke, smart sewa ke amatlah mahal tak bersesuaian dgn nama rumah tersebut. Mohon bantu.
Thank you.
– Dhia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit