Salam korang. Aku diceraikan asbab orang ketiga. Tapi bekas suami aku beritahu keluarga nya dia ceraikan aku sebab aku.
Semua kesalahan jatuh kat bahu aku. Padahal aku ada bukti kukuh dia curang. Ibu mertua aku nampak bukti tu.
Lepastu sebulan pertama aku ajak rujuk. Dia refuse.
Dia beritahu keluarga dia yang dia dah TAWAR HATI dengan aku dan TAKKAN KEMBALI dengan aku lagi, dia perit lalui kehidupan dengan aku lagi.
Bila tanya apa yang perit, diam pula tak jawab.
Bulan kedua aku tak lagi ajak rujuk. Aku jauhkan diri. Kami ada anak lelaki seorang.
Bantulah aku macam mana nak move on. Aku sakit sangat-sangat sekarang ni.
Dia berbahagia je aku tengok. Dia masih contact perempuan tu.
(Tapi dia nafikan dengan keluarga dia yang dia masih contact dengan perempuan tu. Keluarga dia tak suka perempuan itu.
Sebab kalau dia mengaku, pasti keluarga dia marah sangat dan kantoilah memang kau yang punca perceraian ni).
Perempuan tu lagi tua daripada dia dan tak cantik langsung. Aku kenal suami aku punya taste mcm mana. Tapi entah lah pelik.
Aku rasa tak adil. Aku kat sini sakit, menangis hari-hari. Hari-hari juga aku doa dalam solat untuk kuat.
Tapi lepas lafaz cerai dia berubah sekelip mata saja, buat aku macam sampah,
Dia tak nak tengok muka aku lagi, kerap angin & marah dengan aku kalau setiap kali ws, tak nak uruskan anak sama2, apa berkaitan aku semua tak nak berjumpa.
Padahal dia dulu suami yang sayangkan aku.
Aku tak nusyuz, tak derhaka, aku jaga rumah, jaga anak, jaga maruah, aku masakkan untuk dia.
Tolonglah aku nak move on dan aku nak dia menyesal dengan kata-kata dia yang membuang aku tu. Aku nak kan keadilan. Bantulah aku.
– Lala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ko tuntut mutaah dik..ko tuntut semua benda yg bolh ko tuntut sekarang juga 😡. Org lelaki yg biadap mcm ni selalunya kalah bila xde duit atau masuk penjara je.. haaaa biar sama2 x dpt. Kalau ko xde duit, minta bantuan Biro Bantuan Guaman.
Saya faham perasaan akak,perempuan awal2 mmg susah sgt move on tapi kalau pengalaman sayalah, sekali saya move on there is no 2nd chance. Saya sekali dah move on takkan jatuh cinta balik kat org yg sama. Senang je nak move on, kalau saya, tgklah keburukan dia dan sy baca terlalu byk keburukan ex husband sis.
Lagipun, terang2 dia yg cari pasal bukan sis, sis dah usaha tp dia yg degil so sis kena percaya kpd kifarah. Satu hari dia akan menyesal sgt2 dan mustahil Allah takkan balas perbuatan jahat dia.
Puan, saya harap puan baca komen ini. Saya juga dalam situasi yang sama dan baru sahaja habis iddah. Sepanjang tempoh perceraian ini sememangnya saya menangis hampir setiap hari. Tapi saya sentiasa yakin Allah ada. Dan ada sebab Allah jauhkan dia dr saya. Setiap kali datang rasa sedih, sy akan pegang dada dan baca Hasbunallah Wanikmal Wakil. Dan berdoa juga untuk Allah hilangkan rasa sedih, rasa kecewa, rasa sayang dan rindu ini, pulangkan segala rasa ini kepadanya 😅. Walau mcm kejam je doa saya, tapi setiap kali itu saya lega 😁. Sy delete nombor dia, dan tiada langsung contact dgn dia. Sayang diri puan kerana kita perlu stabil utk anak2. Ingat lah, mungkin Allah temukan kita asbab untuk Allah nak berikan anak2 kita. InsyaAllah anak2 kita menjadi hamba Allah yang soleh, beriman dan bertakwa. Yakin dengan semua ketentuanNya, insyAllah kota boleh move on.
Untuk melupakan itu amat susah, nasihat apa pn belum tentu dapat tenangkan hati, but percaya Allah setiap perbuatan yang kita lakukan jangan pernah mengharapkan pembalasan.. tapi setiap perbuatan ada balasan… Awk banyakkan alquran banyakkan solat malam, jangan bersendrian.. kalu yang pergi itu baik percaya Allah, dia misti nak bagi sesuatu yang lebih baik..
APa2 pun belaku Awak kene kuat untuk anak awak, sebab kalau bukan awak siapa yang akan bantu awak jaga anak awak..
JAZAKUALLAH KHAIRAN
takut kne sihir pemisah ke sis? huhu..berubah betul husband tuhh..sis pon jadik pelik kan?
takut kena sihir pemisah ke sis? huhu sebab dia berubah 360 degree smpi sis pon jadi pelik..