Bantu Aku Untuk Bantu Dia

Aku penat menangis. Tiada siapa yang tahu dan aku buntu untuk memikirkan cara. Aku perlukan nasihat dari senior suami isteri, therapist atau ahli psikologi untuk bantu aku. Gigil tahan rasa sorang-sorang.

Bismillah. Aku mula bicara, aku kenal dia dari kawan aku. Kawan aku pon takla rapat mana dengan dia, tapi dia client kawan aku, dia baik, sopan, dan baik pegangan agamanya. Kawan aku try kenenkan dia dengan aku, dia rasa kami sesuai.

Dia nak berkawan di Fb, aku approve jela memandangkan kawan aku beria nak bantu aku cari suami dan teman hidup. Aku layankan aja seab jujur aku memang tak reti benda ni dan tak pernah bercinta, pernah rasa nak bercinta monyet dan pernah la ada yang nak,

Cuma aku dengar kata ustaz, jaga diri kita untuk orang yang betul ditakdirkan untuk kita. Sambung cerita satu hari, Dia buat-buat nak beli barang yang aku jual, then kami jumpa kali pertama di parking lot untuk bagi barang tu.

Lepas tu, macam biasa la, hati bunga-bunga nak jumpa lagi. Dia minta pada kawan aku untuk beri nombor aku, katanya dia serius untuk jadikan aku isteri dia. Kami mesej benda penting saja, memandangkan kami masing-masing serius nak halalkan hubungan kami.

Aku letak syarat, tiada dating, jika ada urusan, dia terus berjumpa mak aku. Itu sebahagian dari usaha aku untuk jaga hubungan ni dari segala yang Allah larang. Aku cuba, dan dia terima memandangkan dia juga seoarang yang sangat-sangat pemalu.

Selepas tiga bulan, kami bertunang, kami akan berkahwin dalam tempoh kurang satu tahun. Segala lancar, dia sangat mudah berterima kasih, meminta maaf even benda remeh, dan sangat tepati masa.

Alhamdulillah, urusan perkahwinan dalam tempoh tu sangat lancar dan kami tak pernah bergaduh atau tegang atas apa-apa isu sebab masing-masing saling menerima pendapat dan bertolak ansur. Ahli keluarga kedua-dua pihak pon sangat baik dan menerima hubungan ini seadanya.

Sampai masa terlafaznya akad, kami sah jadi suami isteri. Masa sesi fotoshoot, dia sangat pemalu sampai fotografer tak jumpa cara nak arah dia, aku senyum saja masa tu sebab aku tau dia memang sangat pemalu.

Aku pon pemalu sebenarnya, tapi aku kawal supaya keadaan lebih santai dan tak pelik.

Malam tu, malam yang menjadi igauan untuk pasangan yang baru berkahwin, dia pon kali pertama memandang aku tanpa purdah, dia puji aku seorang yang ada rupa juga. Lega aku dengar dia menerima aku seadanya.

Untuk malam pertama suami isteri, macam-macam tips aku tekad nak guna untuk survive malam tu, konon rasa dia nak terkam aku macam yang orang selalu cakap tapi sebab aku pon tak boleh solat, aku rasa selamat la sikit huhu. Aku ke bilik air sekejap untuk bersihkan diri.

Rupanya, lepas aku masuk saja bilik malam tu, dia dah tidur, hampa aku malam tu, tapi takpe, esok masih ada. Esoknya dia cakap dia saja buat-buat tidur sebenarnya dia tak tidur pon lagi. Terkejut aku dengar, ada jugak lelaki macam ni.

Takpe, aku cakap kat dia yang aku willing nak kemas baju dia haritu memandangkan aku nak jadi isteri yang rajin dan solehah. inshaAllah.

FYI, kami stay tinggal di rumah mak aku, memandangkan dua-dua kerja dekat sini dan aku kene jaga mak aku yang tak berapa sihat. Bilik aku dengan mak aku sebelah saja, senang la aku nak tengok mak kalau ada apa-apa.

Masa aku tengah kemas beg dia, aku perasan semua towel mandi dia jenis besar-besar tu, yang selalu perempuan pakai sebab tutup dari atas sampai bawah. Tak terbayang aku kalau lelaki pakai towel besar macam ni, aku saja usik dia, pemalunya cik abang, towel bukan main besar,

lepastu dia cerita la, dari dia remaja sampai sekarang, takde sape pernah nampak badan dia, even mak ayah dia, dia akan pakai semua dalam bilik air. Aku tak tau la level pemalu dia tahap apa bila aku dengar. Rupanya itulah ujian terbesar aku sampai hari ni.

Malam kedua kami sebagai suami isteri. Masih tiada apa antara kami. Takpe, aku cuba buang rasa segan dia dengan aku, yela. Kali pertama tidur dengan orang yang baru kenal. Aku pon tak nak la beria nak sampai dia takut dengan aku.

Aku kawal dan cuba berbual mesra. Aku tanya dia kenapa dia pilih aku sebagai suri hati dia. Dia jawab, kali pertama dia nampak aku, mungkin itu adalah jawapan kepada semua doa dia. Entahla, sebab aku ustazah kot.

Dia nak seseorang yang boleh bantu dia kenal balik agama. Dia rasa agama dia tak lengkap since dia tak pandai ngaji. Semua tak tau dia tak pandai ngaji. Ahli keluarga dia memang cukup la bab didikan agama ni.

Mak ayah dia bertegas dengan benda ni. Semua adik beradik dia kene mengaji dengan atuk dia. Atuk dia duduk dekat saja dengan rumah dia.

Ada hari dia kene mengaji dengan atuk dia. Setiap kali tula dia akan lari dari situ, ke tempat lain. Dia tak suka atuk dia, atuk dia garang sangat. Aku pelik dengar cerita dia, aku tanya la, takkan la abang saja kene dengan atuk? Adik beradik abang yang lain okey saja ngaji.

Dia kata sama saja garang, tapi dia tak cerita apa teruknya atuk dia buat sebab atuk dia dah arwah, dia malas nak cerita banyak, tapi apa yang atuk dia buat memang terkesan dalam hidup dia sampai sekarang.

Pernah satu hari, dia hampir nak ambil pisau kat dapur sebab terlampau geram. Seram aku dengar, aku malas nak tanya takut trauma dia kembali.

Cuma dari situ, aku simpulkan dia ada trauma masa kecil yang buatkan sikap diam teruk dan dia suka bawa diri. Nampak gaya tu macam intovert la tapi aku tak pasti.

Mungkin dia rasa down sangat sebab perkara ni buat dia jadi tak pandai ngaji sampi sekarang. Dia cakap lagi, atuk dia tak cakap pon dengan mak ayah dia yang dia ponteng so mak ayah dia ingat anak dia semua pandai ngaji.

Sedangkan dia saja memang tak reti. Sedih aku dengar, punya la bawak diri sampi dengan mak ayah pon dia tak nak cerita. Jujur dalam sedih aku dengar tu, aku seram takut aku tak mampu nak bantu dia pulihkan apa yang dia rasa.

Baru la aku tau kenapa la dia tak pernah bercinta. Sikap asingkan diri tu sangat kuat dalam diri dia even muka dia dalam kategori yang ada rupa. Senang cerita, pakej lengkap la. Rupa paras, segak tubuh, budi bahasa, kerja pon okey.

Malam ketiga aku dah boleh solat, aku mulakan dulu sebab aku tau dia takkan mula. Dek semangat nak jadi isteri solehah, aku guna segala tips kawan malam tu, dia layan Cuma layan jela. Dia tak teruskan seperti sepatutnya seorang suami lakukan kepada isterinya.

Dia cakap dengan aku dia malu, takut aku sakit, dan macam-macam alasan lagi. Aku cuba lagi dengan tips lain, banyak kali kau cakap saja apa, aku cuba. Dia tetap elak dan malu sangat dengan aku. Bagi aku la, ini benda yang buat aku nangis teruk sebab aku rasa dia tak normal.

Bila aku try slow talk dengan dia, dia cakap tak tau kenapa, dia pon nak tapi tak tau kenapa, rasa terkunci sebab dia sangat malu dan tak tau nak buat apa.

Dia blur tiap kali aku dekati dia. Kadang aku fikir dia ni ada jin pendamping ke atau ada sihir pemalu atau dia memang nak uji sabar aku.

Bayangkan, 6 bulan kami kahwin aku masih dara, dia masih teruna. Semua usaha bab tu hanya datang dari aku, pemalu dia sampai buat aku buntu, bantulah aku untuk bantu dia…

Aku risau aku tak tahan, sampai bila nak macam ni? Macam mana aku nak tambat hati dia kalau bab ni pon aku gagal?

Macam mana kami nak tambah rasa cinta sedangkan dia sampai sekarang tak pernah mula untuk peluk mesra dengan aku, cium apatah lagi, kecuali kalau aku yang mula ada la dia balas sedas dua.

Bayangkan dia tak boleh nak tatap mata aku, dia tak selesa kalau aku tatap muka dia, sampai sekarang, kalau aku nak tengok dia pakai baju dalam bilik, dia akan tutup lampu dulu untuk pastikan aku tak nampak jelas badan dia.

Aku isteri dia kan? Dia suami aku tapi kenapa..? aku cuba pujuk hati, mungkin dia segan memandangkan bilik aku dan mak aku sebelah-sebelah. Mungkin.

Satu hari, dia ajak balik kampung dan jalan-jalan negeri dia selama 3 hari. Dia minta aku book hotel sebab dia tak sempat nak buat.

Apa lagi, masa ni la aku nak uji dia. Kalau dia okey masa kami berduan ni, maksudnya kedudukan bilik la masalah dia yang utama. Aku pilih hotel yang bilik air transparent.

Saja nak tengok reaksi dia. Masa kejadian, masuk saja bilik tu dia terus cek bilik air, dia cakap, ala.. suka dah semua tapi kenapa bilik air dia macam ni. A

ku gelak saja, aku cakap takpela senang saya nak tengok awak mandi. Sudahnya aku yang mandi dulu, saje aku tengok dia tengok tak aku.

Punya la sopan cik abang, duduk saja kat katil tak tengok langsung. Aku tunggu pulak dia mandi, tengah malam baru dia mandi, cuba teka dia buat apa?

Aku tak tau nak nangis ke nak gelak. Dia tutup bahagian cermin kaca tu dengan towel-towel hotel yang ada. Alahai, nampak sangat pemalu dia tu tahap tak normal. Tolong aku, aku nak buat apa lagi…???

Okey, itu soal pemalu. Ada lagi satu perangai dia yang aku memang tak faham dan buat aku stress sampai terlintas nak mintak cerai. Aku istighfar bila setiap kali benda ni berlaku. Okey, aku start.

Minggu kedua lepas kami selamat nikah, semua lancar la, orang kata fasa bulan madu, tapi diorang la, aku belum pernah berbulan madu since dia sangat pemalu.

Satu hari tu, tiba-tiba diam diam membatu, buat apa pon taknak langsung cakap dengan aku, pandang pon taknak, lepastu dia keluar pergi mana pon aku tak tau.

Dengan aku saja dia macam tu, dengan ahli keluarga aku elok saja dia borak macam biasa.

Mula la aku fikir bukan-bukan, fikir aku ada salah cakap ke, dia terasa hati ke dengan aku, aku peluk dia nangis-nangis tanya, apa salah saya. Saya ada salah cakap ke sampai awak tak bercakap sehari suntuk dengan saya.

Dia keras kaku, tak menyahut langsung. Sepi. Akhirnya dia cakap, dia memang macam tu, dia memang ada mood akan diam tak cakap dengan sesiapa.

Perangai dia ni dari bujang lagi, bila sampai mood dia yang tu, kawan dia pon buat tak tahu saja, kadang berlarutan membisu sampai seminggu.

Bukan membisu saja, ada lagi teruk dia sampai tak makan, dia minum saja selama mood dia begitu.

Dia yakinkan aku, yang dia memang takde masalah dengan aku, Cuma dia nak me time, senyap saja tanpa berbual langsung dengan aku. Seram aku dengar, kali pertama aku dengar ada perangai macam ni.

Kenapa la dekat dia? Kenapa mesti dia yang pelik. Macam-macam aku pertikaikan.Aku tidur dalam keresahan dan kesedihan yang amat.

Sakit sangat rasa tu, aku cuba buat yang terbaik, segala makan pakai dia aku jaga, tapi ada jugak yang tak kene. Aku pujuk hati aku lagi. Allah uji aku, aku kene redha dan bantu selamatkan suami aku.

Esoknya dia layan aku macam biasa, lega aku, aku pesan tolonglah ubah perangai dia yang tu sebab aku sedih sangat bila hadap perangai dia yang macam tu, aku jadi buntu, dia diam saja mungkin setuju. A

ku silap, lepas dua minggu, datang balik perangai dia tu, kalini plus taknak makan berhari-hari.

Aku jadi kecil hati sebab ni kan rumah keluarga, bila mood dia yang tu keluar, semua akan perasan dan tanya aku kenapa dia begitu, aku diam saja tapi sumpah aku memang stress. Aku masak la sedap macam mana bau dia, dia tetap berlapar tak nak makan.

Aku merungut dalam hati, isteri rajin masak pon boleh tak dihargai macam ni. Sadis hidup aku, suami orang lain siap ternanti-nanti isteri masak. Makan jugak walau tak sedap. Untung isteri orang, walau suami cakap tak sedap, tapi still makan. Aku ni?

Makanan aku masak semua puji, tapi malang..suami sendiri takde mood nak jamah. Aku tahankan perangai dia yang ni. Aku makan hati. Aku sabar. Dalam masa yang sama aku perati dan cuba cari jalan macam mana nak bantu dia ubah benda ni.

Keluarga aku mula perasan yang aku dan dia pelik, tak mesra macam pasangan baru kahwin. Mula la mereka menyangka-nyangka.

Aku diam saja sebab aku pon tak tau kenapa dia macam tu. Asal perangai dia yang tu keluar, hari-hari itu adalah hari tersedih yang aku lalui.

Aku buat la apapun nak ajak dia borak, dia tetap diam dan jauhkan diri. Aku pernah la cakap kat dia, awak ni pelik la, kali pertama saya jumpa orang yang perangai macam ni. Dia buat tak tahu saja bila dengar.

Lagi aku geram, takpe.. aku buat keputusan kalau dia buat lagi perangai macam tu, aku buat tak tau saja. Purata dia buat begitu dalam sebulan dua kali, bayangkan berapa kali aku nangis macam apa sebab tak tau punca. Aku buntu.

Dengan status aku yang masih dara tak tau sampai bila, nak hadap lagi perangai pelik dia yang tau punca. Aku nangis saja tiap kali solat, aku mohon Allah bagi aku kekuatan. Alhamdulillah, enam bulan sudah.

Ada satu hari tu, hari yang tenang seperti hari-hari biasa, dia dengan kerja dia, aku dengan kerja aku, lepas ishak berjemaah, aku terkenang yang kami ni masih ‘bujang’. Sayu saja aku pandang dia, aku bisik dekat dia, abang…. sampai bila yer kita macam ni?

Dia pandang aku muka serba salah dan sayu, dia pegang tangan aku dan dia diam. Dari air muka dia aku nampak dia nak berubah, dia tau dia salah, dia Cuma tak tahu macam mana nak ubah. Sedih aku ingat saat tu, serba salah pulak kenapa la aku tanya dia soalan tu, entahla…

tiba-tiba terkeluar soalan tu. Dan malam tu berlalu seperti biasa, esok pagi aku kerja, dia cuti jadi dia berkurunglah dalam bilik. Dalam lepas zohor macam tu, tanpa jamah sarapan dan makan tengahari, dia siap nak keluar.

Mak aku tanya nak kemana tu? Dia cakap dia nak keluar kejap saja. Aku balik kerja petang, aku tunggu dia sampai tengah malam, dia tetap tak balik. Akhirnya aku telefon dia banyak kali tak berangkat akhirnya dia tutup telefon.

Again, itu adalah malam paling sedih aku pernah lalui sebagai seorang isteri. Sanggup dia bawa diri tak tau kemana biarkan aku risau macam nak gila. Aku kesal sangat kahwin dengan dia dan masa tu jujur iman aku teruji, aku hampir nak minta cerai.

Aku tahan, aku solat malam, aku mohon kekuatan dan jawapan dari Dia. Hanya Dia yang tahu segalanya. Aku salahkan diri aku, kenapa aku tanya soalan tu? Aku tak tau ke betapa dia struggle lawan apa yang dia rasa selama ni?

Aku tak ada kat tempat dia. Aku patut selidik dan diam dari tanya soalan yang dia sendiri tak tahu nak jawab. Aku nangis sampailah dia balik semula ke rumah ni. Bila dia balik tu, kami buat seperti biasa dan tiada apa yang berlaku.

Dalam hati aku, kenapa takde langsung rasa bersalah dia buat aku macam orang bodoh, macam aku tak reti nak jaga laki sendiri macam aku ni isteri yang gagal. Dulu sebelum kahwin punya la senang dia minta maaf even untuk benda yang remeh yang aku langsung tak terasa.

Lepas kahwin, aku terasa pon jangan harap dia nak mintak maaf. Jujur rasa terkilan pernah kenal dia dan kenapa dia yang jadi suami aku?

Secara jujurnya, bila dia tinggalkan aku malam tu, aku baru tau aku memang sayang dia sebab aku nak gila tengok dia takde depan mata.

Selama ni aku tak tau aku sayang dia since dia tak reti nak manja dan romantik-romantik ni. Tapi takpe, aku mengalah, aku jugak yang nangis minta maaf merayu-rayu supaya dia jangan buat macam ni. Aku cuba tambat hati dia.

Okey, cukupla sekadar ni luahan hati, aku cerita masalah saja dulu sebab kalau nakcerita detail apa yang berlaku selama 6 bulan ni, tak tahu berapa muka surat pulak nanti.

Mohon semua sahabat bantu aku, nasihat yang baik-baik supaya aku kekal bertahan, sebab aku tau ujian 6 bulan terawal ni agak sukar sebenarnya.

Biasalah kerja syaiton nak pecahbelahkan keturunan Adam. Kalau ada kenalan dari terapis ke..pakar jiwa ke, peramal perubatan ke, boleh la komen, nanti aku baca satu2. Terima kasih semua.

Yang benar,

– Dinda yang sedang menangis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *