Bantu Aku Untuk Move On

Assalamualaikum and hi readers. Aku perkenalkan diri aku sebagai orked. Aku kerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Umur dah 30 tahun ni, belum berkahwin.

Alhamdulillah aku menulis ni dalam keadaan emosi yang lebih stabil. Sedih aku dah banyak kurang kalau nak dibandingkan dengan dulu. Tujuan aku menulis ni, sebab aku terlalu lemah untuk cerita pasal apa yang aku lalui pada orang2 yang rapat dengan aku, walaupun aku dah lebih stabil sekarang.

Sebelum tu Aku nak cerita sikit pasal diri aku and background aku. Supaya korang lebih faham dengan cerita aku ni. Mind you, cerita aku ni panjang.. Aku orangnya biasa je, takde cantik mana. Aku join usrah, keluar pakai setokin. Seminggu paling kurang, akan ada sekali aku cuba untuk tahajjud and dhuha di sebalik kesibukan aku. Aku jenis turn off terus dengan lelaki yang pegang2 perempuan ni, dan jenis aku sebolehnya aku cuba elakkan keluar berdua-duaan dengan lelaki.

Masalah aku, aku ada trusted issue. Pada orang sekeliling aku, both perempuan and lelaki, but more to lelaki la. Aku jenis berahsia. Why? Sebab pertama ialah aku lahir dalam keluarga yang porak peranda.

Aku anak kedua dalam keluarga. Beza aku dengan abang dan adik perempuan aku masing-masing 6 tahun. Ayah aku dapat penyakit schizophrenia sebelum aku lahir lagi, masa abang aku umur 3 tahun. Ayah aku refused for treatment dan masa tu kitorang tak tau the right way to brought him seek for treatment. Dan semakin hari dia semakin aggressive.

Selama 20 tahun aku jadi saksi bisu ayah abuse mak aku. Paling teruk tangan mak aku patah, kepala mak aku berdarah sampai kena jahit sebab kena pukul dengan kayu dan mak aku berkali-kali dihalau dari rumah. Dan selama itu jugalah mak aku bertahan. Emosi aku dan adik beradik aku sangat terganggu. Aku dengan adik perempuan aku sangat trauma, dan kami hilang kepercayaan pada lelaki.

Abang aku membesar jadi orang yang tak berguna. Semua dia buat you just name it, cuma dadah je dia tak amek. Berkali-kali masuk lokap sebab join lumba haram, habiskan duit mak aku beribu2, kurang ajar dengan mak aku, selalu buat mak aku nangis, kantoi dengan aku bawak balik perempuan tido dalam bilik dia.

Masa tu aku jadi pendendam dengan dia. Mak aku jadi breadwinner of the family dengan gaji kerja kilang RM600 sebulan dan jualan kuih dia besarkan kami adik beradik. Tak pernah sekali pun dia pinjam duit orang. Semua pakai duit titik peluh dia sendiri. Atok aku sebelah ayah pulak salahkan mak aku atas apa yang jadi pada ayah aku. Padahal, mak aku lah yang jaga anak dia, bagi makan kat anak dan cucu-cucu dia.

Kenapa mak aku bertahan? Sebab dia tak de tempat nak mengadu. Nenek dan atok sebelah mak meninggal masa mak baru nikah dengan ayah. Dan dia selalu cakap dengan kitorang adik beradik yang ayah aku sakit. Kalau ayah aku tak sakit, ayah aku tak buat macam tu.

Orang sekeliling rumah aku pulak tak pernah nak membantu pun. Bantu membawang lagi ada lah. Kalau mak aku kena pukul, kecohlah sekampung. Tu belum lagi kawan2 sekolah aku panggil aku anak orang gila. Haa faham kan kenapa aku ada trusted issue? Aku jadi pendendam dengan orang sekeliling aku. Tapi pendendam aku bukan aku sampai nk racun mati dorang ke apa haha. Aku ingat semua pesan dan didikan mak aku, aku bangkit, aku belajar betul-betul sampailah aku jadi doktor sekarang ni alhamdulillah.

Aku sekolah biasa je, sekolah aku penuh dengan budak2 nakal yang setahun sekali mesti ada yang mengandung anak luar nikah. Aku student pertama dari sekolah aku yang jadi doktor. Dekat sekolah aku lah best student, aku pendebat bahasa melayu peringkat kebangsaan mewakili negeri aku. cakap je anugerah apa kat sekolah tu, semua aku bolot. Dalam fikiran aku masa tu aku nak buktikan anak orang gila yang korang kutuk ni lah akhirnya jadi orang. Gituh.

Tapi ni kisah 9 tahun lepas gais. But the scar is still there. Alhamdulillah Allah nak tunjuk betapa indah sebuah sabar, dia makbulkan doa kami lepas 20 tahun. start tahun 2011 ayah aku dah on treatment. Dia tak de dah agressive macam dulu. Antara benda yang membahagiakan aku sekarang bila tengok ayah aku senyum.

Ya Allah melting sangat. Mak aku pun dah bahagia. Dia tengah seronok dengan business kuih dia and renovate rumah. Abang aku dah berubah. Dah kawin, solat dah penuh, takde dah terlibat dengan aktiviti dulu. Lebih bertanggungjawab dengan keluarga. Adik aku pun sekarang tengah buat master in business dan nak kawin tak lama lagi.

Sebab kedua why I’m having trusted issue ialah.. aku ada sakit jantung sejak bayi. Diagnosis aku sekarang ventricular septal defect in eisenmenger. Korang boleh la google kalau nak tau. Sampai sekarang aku on medication and under follow up IJN. Doktor pakar sarankan aku buat pembedahan masa aku bayi. Dia ada offer untuk bantu minta derma memandangkan keluarga ada masalah kewangan. Tapi ayah aku berkeras tak nak.

Mak aku takut dengan ayah aku dan tak de pilihan lain dari terpaksa ikut kemahuan ayah aku, aku pun stop follow up dekat IJN. Tapi bila aku dah sambung belajar, aku sambung follow up aku balik dekat IJN. Masa tu lah doktor pakar aku kata jantung aku dah tak boleh nk operate lagi. Aku kena makan ubat seumur hidup untuk stabilkan keadaan aku.

Dan yang paling pahit aku kena telan ialah aku tak boleh mengandung disebabkan sakit aku. Kalau aku mengandung, jantung aku burst out and aku boleh meninggal. In fact baby Aku pun tak boleh hidup pun sebab jantung aku tak kuat untuk supply dia. (Korang tak yah lah eh nak suggest aku gi perubatan kampung ke, pergi dekat pakar lain ke makan supplement ke. Im a doctor too so I know well about it.)

Masa tu aku rasa langit jatuh atas kepala aku. Bila family aku dah ok, Allah timpakan lagi ujian besar lain untuk aku. Pagi petang siang malam aku menangis and persoalkan why me? Aku hampir nak salahkan ayah aku atas semua yang jadi kat aku, tapi abang aku cepat2 ingatkan aku balik yang ayah aku sakit, dia tak minta pun untuk dapat schizophrenia. (Aku salute dengan mak aku, walaupun dia teruk kena abuse dulu.. tapi sikit pun dia tak ajar anak2 dia benci ayah)

Aku dah ok gais, tapi susah utk aku mulakan journey cari lelaki yang faham dan boleh terima aku seadanya. Ditambah pulak dengan banyaknya confession rumah tangga dalam iium tentang suami biawak, makin buat aku takut. Aku dah 30 gais. Kerja doktor kerajaan. Tak boleh bagi zuriat pulak tu. Aku takut lelaki yang aku jumpa cuma nak ambil kesempatan kat aku. And at the same time I’m not ready of poligami, kawin dengan laki orang jauh sekali.

Untuk lelaki2 kat luar sana, maybe ada yang akan komen redhalah dengan keadaan diri sendiri. Susah kot ada lelaki nak terima orang macam aku dan keluar lah segala hujah dan dalil tentang sunnah poligami bla bla.Mind you, don’t leave shit comment like that or else I will cili mulut engkorang. We women have right to choose.

Korang mungkin boleh cakap sunnah poligami rasulullah, tapi korang lupa sunnah monogami rasulullah kepada Saidatina Khadijah adalah berbelas tahun lamanya (lebih lama dari tempos poligami rasulullah) sampailah Saidatina Khadijah wafat. Dan ingat tak rasulullah sangat sayang saidatina Aisyah dan angkat beliau sebagai untuk mukminin (ibu segala ummat) padahal Saidatina Aisyah tak dapat lahirkan satu pun zuriat rasulullah? Jadi siapa kata perempuan yang tak mampu beri zuriat tu tak layak dimuliakan?

Sepanjang hidup aku, aku jumpa banyak dah lelaki. Lelaki yang tak berguna tu banyak. Lelaki yang berguna mostly dah kahwin ataupun ended up tak jadi dengan aku hahaha. Life is so sad. Masa aku medical student kat luar negara, aku berkenalan dengan senior debat aku. Kitorang berkawan dalam 5 tahun. Dia doktor gigi.

Too be honest aku suka dia tapi aku tak tunjuk. Tak contact dia for years haha. Mulanya dia nampak macam interested dengan aku. Dia tau pasal sakit aku ni. Tapi aku pun tak tau apa yang dia fikir. End up dia kawin dengan batchmates dia, doktor gigi jugak. Aku sedih jugak lah time ni, but still under controlled.

Then time aku housemen, aku suka senior aku. He will always be there when I need help. Dia takde lah handsome. Tapi dia baik, bertanggungjawab dengan kerja-kerja dia. Solat cukup. Sebab kerja dengan dia kan so tahulah jugak dia orangnya macam mana. Nak dijadikan cerita dia ajak aku keluar makan, tengok wayang. Masa tu aku ingat dia suka kat aku. Tapi end up dia kahwin dengan batchmate aku.

Batchmate aku tu memang perfect lah. Pandai, cantik, lembut. Aku frust sangat. Aku pujuk hati aku, kalau dia kawin dengan aku pun dia takkan bahagia sebab aku tak boleh bagi dia zuriat. Few months kawin, isteri dia pregnant. Time aku tau isteri dia pregnant, my tears bursts out. Aku bukan jeles, tapi masa tu aku mula mempersoalkan lagi takdir Tuhan. Kenapa orang lain jalannya mudah? Kenapa susah sangat untuk Allah bagi aku bahagia yang sama?

By time aku rasa makin takut tak kahwin bila umur dah meningkat. Mak cik2 bawang mula dah sibuk tanya aku bila nak kawin. Macam2 cara aku guna. Aku suruh kawan usrah aku cari kan, mak usrah aku carikan. Tapi hampa. Aku mati akal. Aku mula berjinak2 dengan dating apps. Aku tak percaya sangat dengan dating apps sebelum ni sebab keberangkalian ditipu tu memang tinggi. Tapi mindset aku berubah bila roomate aku yang doktor jugak, jumpa jodoh dengan MA dari dating apps. Suami dia baik akhlaknya, solat penuh. Dorang dah kawin and happily ever after.

So aku pun try la nasib. First aku berkenalan dengan H duda anak 1. Awal perkenalan aku memang bagitahu awal2 niat aku join dating apps sebab nak cari jodoh. Bukan cari kawan borak ke apa ke. H kerja offshore yang time ada job baru dia pergi. Ex wife dia doktor mcm aku jugak. H cerai sebab isteri dia ada skandal dengan staff lain (katanya lah. Tapi aku macam agak soal nafkah jugak sebab isteri dia kerja tetap tapi dia cuma kerja bila ada job je).

H ni boleh terima keadaan aku, cuma dia macam traumatise sebab kerja aku sama dengan ex wife dia. Sepanjang kitorang kenal H banyak cerita pasal kekecewaan dia dengan ex wife dia. Dan satu benda yang aku ingat, H cakap aku terlalu baik. H pesan kalau aku kawin dengan orang yang tak terlalu baik (dia maksud kan diri dia), dia mohon aku kekalkan kebaikan yang ada dalam diri aku. After few months contact, kitorang pun jumpa.

H tak la handsome pun tapi aku fikir dia boleh terima aku, so why aku tak boleh terima dia pulak kan? Tapi after jumpa H terus pergi offshore. Dalam dua minggu aku tak dapat contact H. Tiap-tiap hari aku scroll ig H sebab dia selalu upload gambar kat situ sepanjang dia offshore. Masa tu aku tak fikir apa-apa yang pelik lagi dan aku memang decide nak tunggu sampai dia balik. Tapi after that baru lah aku tahu H block aku. Sebab aku tak boleh tengok pun gambar dp dia. Aku wasap pun cuma single tick je.

Aku try wasap H pakai no roomate aku, berjaya. H read tapi blue tick je. Masa tu aku sedih sangat kenapa dia buat aku macam ni. Masa aku kenal dengan dia aku rasa macam dapat harapan inilah bahagia yang aku cari. Hati aku hancur. Mungkin dia memang tak boleh go on dengan aku sebab aku doktor macam ex wife dia. Atau anggap aku ni bouncer girl aka teman borak je. Atau dia rasa aku terlalu baik? Ntah.

Second time aku berkenalan dengan A, almost a year. pun duda anak 1. Kerja technician dekat Honda. Masa ni aku macam acuh tak acuh je, tambah pulak aku suspicious ntah-ntah A ni lelaki biawak yang nak amek kesempatan kat aku je. Tapi hati aku mula terpaut bila dia betul-betul tunjukkan kesungguhan dia dan dia orangnya tak ego, tak mudah marah, sangat mudah mintak maaf dan tak pernah culas nafkah pada anak dia.

Dia tau semua background kehidupan aku dan dia kata dia nak bahagiakan hidup aku sebab sebelum ni kisah aku banyak yang buat aku sedih. Perangai dia beza dengan aku yang agak pemarah. Awal-awal lagi aku dah bagitau pasal keadaan aku. Mula-mula agak susah untuk A terima sebab dia nak anak lagi. Masa tu aku mintak dia tinggalkan aku. Aku cakap kat A, kalau niat dia kawin dengan aku sebab nak anak.. aku memang tak dapat nak bagi. Tapi kalau dia kawin dengan aku sebab dia nak bersama sampai ke syurga, InsyaAllah aku janji aku akan jadi isteri yang terbaik untuk dia.

Aku bincang dengan A baik-baik, bahagia tu akan ada bila dia redha dengan kekurangan aku, dan bersyukur atas kelebihan aku. Lama-lama A boleh terima aku seadanya. Dia dah cerita pasal aku dekat mak dia. Sebelum ni cuma tukar gambar dan video call dekat whatsapp je. Lepas tu kami jumpa. Bukan berdua ye, tapi bertiga. Kawan aku teman.

Jumpa pertama kali tu A terus bawak aku balik ke rumah dia untuk jumpa mak dia. Agaknya sebab time aku datang rumah mak dia tu, aku terus take over dapur mak A masak itu ini haha. Mak dia berkenan kat aku dan terus tanya bila nak tunang. Pasal sakit aku tu pun, nak dia tak kisah dan boleh terima aku. Mak A siap beri syarat dkt A, kalau betul A nak dekat aku.. A kena bahagiakan aku, jangan mainkan anak orang. Aku terharu.

Ye gais, kitorang dah plan nak tunang. Perjumpaan kedua, aku bawak dia jumpa mak ayah aku. A mintak izin kat mak ayah aku untuk berkawan dengan aku. Mak ayah aku suka kat dia dan restu kalau kitorang nak teruskan. Tapi hari demi hari, instinct aku rasa A macam makin kerap blue tick wasap aku. Tak macam dulu cepat je dia reply.

Mulanya aku fikir mungkin dengan kesibukan kerjaya masing-masing. Dan dia pun nak bagi ruang untuk aku berehat lepas penat kerja mungkin. Tapi makin lama aku jadi makin senang fikir negatif dan cepat merajuk kalau dia blue tick aku. Aku desak dia, sampailah satu hari dia bagi tau aku yang day by day, dia find out yang aku terlalu baik dan dia tak layak untuk aku.

Dia comparekan diri aku dengan diri dia. Dia kata aku ada rupa, belajar tinggi, bekerjaya dan baik. Tapi dia tak sambung belajar, gaji pun lagi rendah dari aku dan tak sebaik aku. Dia rasa dia hipokrit dengan aku dan diri dia sendiri.

Oh ye, A ada kisah silam. Anak dia tu sebenarnya anak luar nikah dia dan isteri dia. In fact, sebelum kawin dengan isteri dia, dia banyak rosakkan perempuan lain. Masa aku kenal dia, dia tak solat dan tak puasa. Masa dia kenal aku, baru dia belajar untuk solat semula. Masa tu aku ambil masa nak terima dia. Sebab masa tu aku rasa dia macam abang aku. Aku trauma balik.

After some time, aku decide untuk terima dia memandangkan dia dah tak buat lagi zina after dia kawin dengan ex wife dan dia pun dah mula belajar solat. Allah je yang berhak menghakimi. Bila borak dengan dia, aku selalu bagitau kalau kawin nanti kalau boleh Aku nak dia jadi imam solat aku dan baca Quran setiap malam sama-sama. Aku selalu ingatkan dia pasal solat.

But after some time dia mengaku kat aku yang dia terlalu susah untuk penuhkan solat 5 waktu dia. Kalau aku tanya dah solat ke belum, kadang-kadang dia jawab dah padahal dia belum solat. Dan satu malam tu kami berbincang secara baik.

Keputusan yang kami ambil ialah, kami putuskan hubungan. Dia minta masa untuk betul kan semula diri dia, dan bila dia bersedia, dia janji akan cari aku balik untuk kawin dengan aku. Dan dalam masa yang sama dia tak nak hilang aku sebab dia sayang. So dia mintak stay as friend first. Aku terima dengan berat hati.

Antara perbualan kami:

Aku pernah cakap dekat dia, ‘kalau kawin Jangan lupa jemput saya, so that masa tu saya tau saya kena fully move on’.

Dia jawab, ‘saya tak pnh fikir sampai situ pun. Saya nk awak jadi yang paling mulia dalam hidup saya. Saya cuma mintak masa untuk betulkan diri saya dulu, betulkan hubungan kita. Bila saya dah bersedia, saya akan cari awak balik, itu janji saya. Saya buat mcm ni bukan sbb dia ada perempuan lain. Tapi saya takut sangat apa yang awak harapkan dari saya, saya tak dpt tunaikan. And end up awak mintak cerai dari saya. Saya tak nak gagal for second time’.

He said again, “saya Ingat lagi masa kita mula-mula kenal, awak nak suami yang cukup solat 5 waktu. Sampai sekarang saya rasa susah nak dapatkan 5 waktu. Saya jadi hipokrit. Saya tak nak hipokrit dengan awak, tak nak tipu awak. Saya tak nak saya kawin dengan awak, lepas saya dah tidur dengan awk. Tapi bila awak bangun tidur awak tengok diri sebenar saya, tak solat. Saya tak nak sakit kan hati awak.

Awak pernah cakap lagi awak nak saya jadi imam solat awak. Jadi ketua keluarga awk yang baik. Tapi saya baca Quran pun gagap. Bila kita dah kawin saya jadi suami awak, saya tanggung semua dosa awak. Benda tu tanggungjawab yang besar. Saya takut saya tak dapat buat dengan baik. Memang saya pernah ajak awk kawin. Tapi makin lama saya kenal awak, sy kenal family awak.. awak baik sangat. Perempuan yang paling baik saya pernah kenal.

Saya takut dalam kedaan diri saya macam ni, saya siakan perempuan yang baik mcm awak. Saya takde masalah nak terima keadaan awak. Ahli keluarga saya semua boleh terima. Mak saya lagilah suka sangat2 dekat awak. Asyik tanya saya bila saya nak kawin dengan awak. Tapi saya tak nak siakan orang baik macam awak.”

Begitulah ceritanya gais. Aku tak boleh stay as friend sebab aku sayang dia sangat-sangat. Aku buat keputusan untuk pergi dari hidup dia, sebab bila stay as friend tu aku rasa aku berharap lagi. Hati aku makin sakit. Mula-mula aku rasa macam orang gila. Aku tertekan sangat. Time kerja aku okay. Tapi bila balik kerja tiap-tiap hari aku menangis, baring sorang-sorang tak nak cakap dengan orang sampai tertido. Esok pagi pergi kerja mata murah sembap. Aku putus harap. Aku rindu sangat-sangat dekat A.

Bila dengan A aku rasa oh inilah bahagia yang Allah ganti lepas aku putus dengan H. Tapi bila jadi macam ni aku mula persoalkan semula takdir Allah. Kenapa berat sangat takdir aku? Kenapa susah sangat untuk aku dapat bahagia yang sama orang lain dapat? Kalau korang tanya aku tunggu A ke? Jawapan aku mungkin. Aku rasa dia baik, kalau dia nk sia-siakan aku.. dah lama dia buat macam tu kan?

Perasaan ni makin mendera aku bila adik aku dan kawin dan semua mak cik2 bawang tanya kenapa bukan aku yang kawin dulu. Mak aku pulak bila aku balik dia cerita pasal bakal suami adik aku belikan adik. Bakal suami adik aku dia baik. Selalu solat kat masjid. Dia tak lah gaji besar. Gaji 2k+ je dan duduk tengah bandar KL. Pergi kerja pun naik motor sebab nak saving. Tapi nampak sangat effort dia untuk peristerikan adik aku. Adik aku tak pernah mintak apa-apa dekat dia. Tapi dia betul2 kumpul duit kahwin, buat suprise beli tiket honeymoon gi korea bagai.

Mak aku memang suka sangat kat menantu dia. Asal borak dengan aku je cerita pasal bakal menantu. Aku lega dan bersyukur adik aku dapat lelaki yang baik, but somehow aku sedih dengan diri aku. Dan mak aku selalu jugak sebut-sebut pasal A yang buat aku tambah sedih. Tapi aku buat tak tau. Aku tak bagitau lagi pasal aku dengan A dekat mak aku sebab aku tak ready.

Dan perasaan ni tambah mendera aku bila roommate aku yang baru sebulan kawin selalu cerita pasal happiness dia. Aku tak selesa dia berborak dengan husband dia on phone depan aku. Apa-apa yang aku cerita pasal diri aku mesti nak kaitkan jugak pasal dia dengan suami dia. Padahal dia tau aku dah sebulan takde pape dengan A. In fact roomate aku ni tau semua pasal kisah pahit aku yang aku cerita kat atas tu. Boleh dikatakan she knew me the most.

Aku kecewa sebab orang yang paling tahu pasal aku pun tak ada common sense yang aku tengah sedih. Aku bukan jelous tapi please have a common sense that 1 month is not enough for a women to move on lebih-lebih lagi untuk orang yang ada bad background and trusted issue mcm aku. Aku rasa macam nak jadi beruk. Nak sisihkan diri dari orang ramai bila orang yang knew me the most pun aku rasa gagal untuk faham keadaan aku sekarang.

Aku ni, jenis bila aku sedih.. aku cari orang untuk borak. I mean borak biasa je, bukan untuk borak pasal kesedihan aku. Aku pernah ajak sorang kawan ni keluar. Aku cakap la yang aku tengah depress. Then dia like paksa aku cerita kenapa aku depress. Dia kata aku kena cerita lah nanti aku depression kalau tak cerita bla bla. I was like.. hello? This is my way. I know well how to handle my stress and can you give me space?

I need you to be by my side having chit chat but not talking about my problem and that is already enough to relieve me. Can you respect me a bit? Haa kan dah speaking, nampak kan geram di situ? Hahaha. At the end aku cancel keluar dengan dia, dan aku terus pecut drive balik rumah mak aku yang jauh lebih kurang 2 jam padahal aku kerja esoknya. Sebab tengok family aku dah cukup buat hati lega walaupun aku tak cerita kat dorang pasal kesedihan aku.

To my beloved roomate. Awak yang paling faham saya, dengar cerita sedih saya, selalu beri kata-kata semangat kat saya bila saya sedih. Thank you for all this while and I’m so sorry kalau saya tak berapa nak layan bila awak cerita pasal awak dan suami. Kadang saya balik kerja awal tapi saya sengaja keluar dan balik tengah malam time awak dah tidur sebab saya tak nak dengar apa-apa pun. I’m in so much of pain. Sy mintak maaf kalau saya macam nak jauhkan diri. I just need time to heal my bleed and I hope you can understand.

To my beloved friend, this is my way of handling stress. When I’m ready to tell,I will tell. But I need you to respect my way of handling this when I’m still not ready to share it. Thank you.

To my beloved only lil sister.. in the name of God I swear I love you more than I love myself. Kau pernah persoalkan aku kenapa aku macam desperate sangat sampai cari jodoh dekat dating apps kan? And that time aku cuma bagi tahu jawapannya ada dalam buku first reclaim your heart bab pertama attachment by yasmin mogahed. Tapi kau jawab kau malas nak baca and that time you are like forcing me to share but the fact is I’m not ready. That’s why I gave you clue.

And after I bursted into tears baru lah kau slow down. That time I really hate you. If I were you, I will show some effort to read that book, to get the idea of why my ONLY BELOVED lil sister did this and that. Satu bab tu only few pages je, by right it won’t take so much time right?

So yeah, the answer is after what I faced previously (broken family, trusted issue thingy and all) I wished to have happy family and I’m so afraid of being alone. I’m atttached to this so strong, my bad. You are beautiful and healthy. You are not in my shoe my dear. If you still fail to understand me, why don’t you give some time for you yourself, to understand me with sabr?

Sekarang dah dekat 2 bulan. Alhamdulillah I’m getting better. Don’t advice me to be patient, because that is the thing I did all this while. Cukup doakan aku kuat dan redha untuk lalui semua ujian sampai hujung nyawa aku. Lastly, aku nk share quotes ni,

“Do not speak about your money in front of poor person. Do not speak about your health in front of sick person. Do not speak about your HAPPINESS in front of SAD person. Do not speak about your freedom in front of prisoner. Do not speak about your children in front of infertile person. Do not speak about your mother and father in front of orphan. Because THEIR WOUNDS CANNOT BEAR MORE.”

-Saidina Ali Abu Talib-

Tolong bantu aku move on…

– dr.Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *