Untuk part I, (https://iiumc.com/bantu-saya/).
Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan luahan hati saya yg dulu. Tujuan saya menulis hari ni bukan kerana jodoh lagi. Tapi kerana diri sendiri. Saya perlukan bantuan.
Saya ada kecenderungan untuk membunuh diri. Walaupun saya tak pernah cuba untuk melukakan diri secara fizikal, tapi saya kenal diri saya.
Kenapa saya cakap begitu?
1. Binge food. Bila saya down dan fikiran saya dlm tahap yg sgt negatif, saya akan makan. Makan. Dan makan. Sampailah saya muntah. Then saya akan rasa lega.
2. Setiap mlm sebelum tidur, hati saya akan berkata, “aku harap aku akan tidur selamanya, tak akan bangun lagi”.
Alhamdulillah Allah berikan saya pemikiran yg sgt waras, dan semangat untuk hidup yg tinggi. Namun, hidup bukan senang. Saya tahu apa yg perlu saya lakukan untuk sembuh dan bahagia mcm org lain, tapi untuk lakukan, sangat payah. Setiap hari saya bergaduh dgn diri sendiri. Hanya saya je faham konflik diri.
Bertahun masa saya ambil untuk memahami diri saya, dan cara untuk merawat diri sendiri. Saya seorg yg tak reti nk bercakap soal emosi diri, atau apa yg saya rasa pada org lain. Jauh sekali utk mengadu. Kdg2 saya merasa iri hati dgn org lain yg pandai untuk mengadu atau bercerita apa yg dia nak pada org lain.
Selepas kajian demi kajian, saya merasakan bahawa saya mengalami perkara seperti berikut :
1. PTSD. Post-traumatic stress disorder. Akibat dari kisah silam saya, saya merasakan bahawa masa depan untuk saya tak wujud. Jadi untuk apa saya berusaha sekarang? Saya hilang motivasi untuk teruskan hidup. Dan bila mereka yg menjadi punca kpd ptsd saya ni dtg dekat kepada saya, saya jadi takut dan panic attack saya menyerang. Saya akan menyorok, menangis, dan cuba untuk buat benda lain yg akan menghalang saya dari terus teringatkan memori yg menyakitkan.
2. Memori edit. Saya tak pasti istilah ni wujud dari segi perubatan atau tak. Tapi ini yg saya alami. Allah anugerahkan saya dgn memori yg mudah mengingati. Tapi ini menjadi hukuman bagi saya. Setiap kali peristiwa buruk terjadi, saya akan cuba buangkan dan tanam jauh2 ingatan tu, supaya saya hanya igt benda yg saya nk ingat. Tp semakin lama saya semakin faham, ini yg org panggil denial stage. Tapi kalau saya tak buat begini, panic attack saya akan semakin kerap menyerang.
3. Depression. Terlampau banyak benda yg jd, dan tiada siapa yg mmpu mendengar atau membantu, membuatkan saya berasa penat untuk hidup. Saya penat untuk struggle seorg diri. Saya punya semangat hidup yg tinggi, tapi selepas berpuluh tahun, saya mula perasan yg semangat saya semakin berkurangan. Hinggalah munculnya saya yg hari ni. Saya yg mudah putus asa, menangis seorg diri.
4. Loneliness. Kesunyian yg sgt nyata. Jika org lihat saya dari luaran, saya nampak sgt normal. Saya seorg yg pandai berbual, boleh bercakap dan bergaul dgn org baru. Saya ada instinct yg sgt kuat, jadi bila saya jumpa seseorg, saya dapat merasakan bahawa beliau seorg yg bahaya atau tak. Jika bahaya, saya akan jauhkn. Jika selamat, saya akan bergaul dgn sgt mesra. Selalunya saya akan jauh dari org lelaki. Saya nampak seperti ramai kawan. Ye, saya mempunyai ramai kawan. Tp hari demi hari, semua org berlalu.
Kenapa? Puncanya adalah saya. Saya tak pernah boleh mewujudkan hubungan emosi dan personal dgn mereka. Saya hanya akan bercerita soal luaran, kerja, makanan. Tak siapa tahu apa yg saya rasa atau siapa saya sebenarnya. Bg saya ini adalah situasi yg susah buat saya dan mereka. Juga bila depressi saya menyerang, saya akan jauhkan diri dari semua org dan berkurung dlm bilik berhari atau berminggu.
Untuk merawat diri sendiri, saya cuba lakukan perkara berikut :
1. Berhubung dgn kaunselor, namun bayaran dikenakan mahal bg saya. Saya tak mampu. Lalu saya cancel kan.
2. Mendaftar dgn kaunselor percuma milik kerajaan negeri. Saya daftar dua kali. Namun saya tak pernah hadir. Kerana saya takut, bagaimana kalau mereka tak faham saya, atau mereka judge saya. Tapi sebenarnya, saya lebih takut untuk mula bercerita dgn org yg saya tak kenal. Saya susah nak percaya org.
3. Saya cuba untuk call befriender, tapi talian selalu sibuk. Jadi tak pernah dapat bercakap pun.
Tujuan saya menulis hari ni adalah untuk meminta pendapat. Saya perlukan bantuan dari pakar. Tp saya sungguh tak tahu siapa yg pakar dlm bidang trauma sebenarnya. Saya nak sembuh dan hidup dgn bahagia macam org lain. Kalau sesiapa ada cadangan, saya harap boleh la tulis di ruangan komen.
Terima kasih.
– AkuInginBahagia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit