Bantuan Allah Itu Dekat

Assalamualaikum admin dan yang lain-lain. Moga admin luluskan post ini. Saya Istiqamah berumur 26 tahun dan cerita saya bermula di sini.

Saya boleh dikatakan dahulu lalai.. jauh menyimpang dari landasan agama. Buat dosa tanpa sedikit pun rasa bersalah, puas ibu dan sahabat tegur tapi semua ibarat mencurah air ke daun keladi.

Sehinggalah dua tiga bulan yang lepas.. saya kerap rasa sedih.. sedih yang tak dapat digambarkan. Air mata tu boleh dikatakan turun ibarat air terjun.

Saya pun terus ke klinik kesihatan, ambil ujian DASS dan di sana boleh dikatakan scoring saya agak teruk.

Doktor yang bimbang akan keselamatan saya terus hantar saya ke unit kecemasan di hospital sekian sekian.

Dan bermula hari itu, saya diminta untuk mengambil sertraline bagi mengawal depression saya. Boleh dikatakan sejak ambil ubat tu mood saya semakin okay.

Tetapi rasa sedih rindu ibarat kehilangan sesuatu tu tak hilang dan melekat utuh dalam hati saya.

Saya nekad untuk wassap sahabat saya dengan harapan saya temui jawapan.

“Assalamualaikum sahabat, aku kan rasa sedih.. rasa macam tengah rindukan sesuatu.. rasa macam hati aku hilang sesuatu tapi aku tak tahu apa”.

“Waalaikumusalam, aku rasa hati kau rindukan Allah…Allah jentik hati kau dengan perasaan rindu tu supaya kau balik kepada Dia”

Serta merta saya menangis semahunya, ya betul…itu yang saya rindukan..itulah dia yang saya hilang…

Saya terus sucikan diri dan tunaikan solat. Saya cuba cukupkan solat saya.

Ketika ini saya mohon ampun yang sesungguhnya, saya mohon agar Allah kekalkan saya dalam landasan ini.

Alhamdulillah, hati saya semakin tenang.. rindu masih ada namun jauh lebih tenang dari sebelum ni.

Januari 2021, saya diuji dari sudut kewangan. Saya resah yang teramat sebab financial flow saya dah tak berapa okay.. saya call ibu.. ibu minta saya terminate medical card adik saya supaya saya ada duit lebih.

Saya tetap kata tak boleh.. medical card tu penting.. apa-apa jadi kita ada insurance nak cover.

#notakaki: adik saya ada dyslexia dan autism.

Saya cakap kat ibu yang saya akan cari jalan lain.

Dek kerana perasaan saya sedikit kecamuk.. saya buka youtube dan cari ceramah mengenai perasaan resah dan risau. Mungkin ada amalan yang boleh saya ambil.

Yang pertama keluar adalah ceramah dari Ustaz Kazim Elias bertajuk risau akan dunia. Saya dengar.. ayat yang paling terkesan dalam hati saya.. lebih kurang begini.

“Kamu risau akan dunia, Allah akan makin jauh dengan kamu. Tak perlu risau, tak perlu takut… Allah ada”

Lama-kelamaan rasa risau dan resah saya hilang. Betul! Apa yang nak ditakutkan selagi Allah ada.. steady je Istiqamah.. nanti adalah rezeki kat mana-mana.

Nak dijadikan cerita…

Semalam, saya nak kena buat bayaran jadi saya pun buka Bank Pak Belang.. tup tuup saya tengok ada duit dalam tu. Saya macam tak percaya.. saya log out dan login balik.

Duit tu masih ada… senyuman tak lekang dari bibir saya. Saya panjatkan kesyukuran kerana amount yang Allah berikan kepada saya adalah amount yang saya perlukan.

Apa yang UKE cakap betul… tak perlu resah Allah ada dan bantuan Allah tu sememangnya dekat.

– Doakan saya kekal istiqamah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *