Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir

Assalammualaikum semua warga iium confessions.

Aku hanya nak luahkan perasaan mak ayah aku di kampung (aku menetap di bandar) & mangsa-mangsa banjir yang mengalami perkara yang sama. Perkara yang sama? Sat! Sat lagi aku cerita. Aku intro dulu skit.

Baru-baru ni Pulau Pinang paling teruk dilanda banjir. Begitu juga kawasan-kawasan utara yang lain terutamanya di daerah kedah. Mak ayah aku tinggal berpuluh tahun dah di satu kawasan yang paling kerap kena banjir di Kuala Ketil, Kedah.

Last banjir besar di kawasan mak ayah aku pada tahun 2013. Masa tu semua rumah penduduk kampung ditenggelami air bah. Tak ada seorang pun terkecuali. Boleh dikatakan banjir tu separas pinggang/dada orang dewasa. Namun kali ni hanya segelintir penduduk kampung saja ditimpa musibah. Paras air pun tidak terlalu dalam, hanya paras betis/lutut saja.

Semasa banjir besar aku masih di kampung. Kini aku di bandar. Gambar-gambar banjir semuanya mak ayah aku kirim melalui whatsapp beserta sedikit luahan. Aku sudah sedia maklum perkara yang sama akan berulang. Sebab, tahun 2013 dulu dah pernah terjadi. Btw, sorry intro panjang.

Ini ceritanya,

Acapkali banjir pasti ada bantuan-bantuan dari MB, YB, YDP dan ramai lagi termasuk parti-parti dalam malaysia ni. Alhamdulillah masih ada yang prihatin. Ada yang cakap, bagi salah tak bagi pun salah. Tak ada salahnya. Semua bantuan Allah akan bagi ganjaran pahala bagi yang membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah banjir ini.

Yang salahnya, apabila bantuan TIDAK DIBERI SECARA ADIL & SAKSAMA. Ketua kampung terlalu pentingkan diri dan pilih bulu. Orang-orang yang terlibat dengan banjir tidak dimaklumkan ada bantuan yang akan dihulurkan. Jadi kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai bantuan. Hanya kroni-kroninya (adik beradik dalam kampung sama) saja yang terpilih ke pusat-pusat penerimaan bantuan untuk ambil/terima bekalan bantuan.

Ada yang juga yang tahu mengenai bantuan tetapi hanya dapat lihat saja 4×4 masuk kampung, cuci rumah mangsa banjir (yang terpilih) dan tengok mangsa tersebut dapat beberapa bekalan bantuan di facebook. Ada juga yang tahu tapi tidak dimaklumkan & tidak diundang ke pusat bantuan.

Tahun 2013, barang-barang bantuan di simpan oleh JKKK & tidak diagihkan kepada mangsa. Seperti biasa hanya untuk kroninya sahaja. Tapi bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mengamuk penduduk kampung bila dapat tahu hal yang sebenar, barulah bantuan diagihkan secara rata.

Aku yakin & percaya tempat lain pasti ada juga mengalami perkara yang sama. Ada yang pergi ke pusat bantuan, di halau pulang dengan tangan kosong. Ada yang hanya dapat seketul sabun. Sedangkan bantuan yang diberi seperti tilam, pampers kanak-kanak bagi yang ada kecil, baldi, beras malah ada bantuan dari segi wang. Tapi semua di sapu habis oleh pentadbir kawasan. Yang tidak ditimpa musibah juga sibuk ambil bantuan.

Malah, di kawasan Pulau Pinang info dari kawan aku. 1keluarga di beri RM100 tapi rakyat bangladesh seorang diberi RM100 sedangkan mereka tinggal secara berjemaah. Mohon misi-misi bantuan luaskan jelajahan anda. Masuklah yang cerok-cerok kampung skit sebab yang tu lah selalu tak dapat bantuan. Cukup disini saja.

Ohh Malaysiaku. Dimanakah adilmu.

– En. Rain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit