Hai, aku pembaca setia IIUM Confession selama ni hanya jadi silent reader.
Sekarang aku terpaksa buat confession jugak untuk minta tips daripada kalian yang berpengalaman.
Aku sudah berkahwin, berumur 25 tahun dan mempunyai dua orang anak, 2 tahun setengah & 6 bulan.
Aku & suami bekerja sendiri dan mempunyai banyak masa bersama anak.
Aku mohon sangat tips didik anak yang ada tantrum bila nampak mainan/tempat permainan. Aku buntu sangat.
Pernah google tips2 bagai tapi tak menjadi.
Anak pertamaku, Nur bila di rumah dia sangat baik. Patuh kepada arahan, boleh berborak walau baru berumur 2 tahun lebih.
Tapi bila kami keluar ke pusat membeli belah, dan Nur ternampak indoor playground auto dia akan tantrum dan tetap nak masuk bermain.
Tak cukup indoor playground, ternampak pulak mainan kuda bergerak yang kena bayar RM10/10 minit tu pun dia nak jugakkk.
Walau aku dah tegaskan no, dia selamba sahaja terus naik kuda tu.
Sejenis Nur tak takut orang, dia boleh ikut sesiapa sahaja. Agak bahaya di sini ya.
Suami juga ambil peranan untuk tegas dalam hal ini tapi kami juga ada seorang lagi anak untuk diberi perhatian.
Pernah hantar ke playschool tapi cikgunya kerap beritahu Nur akan menangis & menjerit mencariku sampai sanggup tak nak tidur.
Sekaligus mengganggu kanak-kanak yang lain.
Maka hanya 5 hari saja aku hantar dan burn lah duit sebab dah bayar full RM430/sebulan. Berhuhu lah kami suami isteri..
Sebelum ni kami gemar ke uptown untuk support peniaga tapi semenjak Nur berkelakuan begini kami sudah tak pergi lagi.
Kami hanya order dari foodpanda/grab bila teringin nak makan.
Apa taknya nanti dia akan minta mainan serta main kereta yang dikawal dari jauh tu. Total boleh cecah RM50 untuk Nur satu malam.
Bukan lah kedekut tapi hampir tiap kali keluar mesti akan jadi macam ni..
Banyak tips aku dah praktik seperti sentiasa beritahu Nur lepas ni jangan minta mainan/ biarkan dia tantrum/ aku tak tunaikan pun permintaan dia.
Tapi dia punya jeritan tu satu shopping mall akan pandang aku & suami lain macam.
Aku semakin hilang sabar dengan perangainya bila di luar. Ringan saja tanganku ini untuk memukul Nur.
Kadang aku termenung kenapa anakku begini. Sedangkan ada budak sebaya dia bila mak cakap tidak terus ikut sahaja maknya.
Ya Allah aku sangat buntu.. Tolonglah bagi tips untuk membendung masalah ini.
Terima kasih..
– Puan That (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit