Ayah aku berusia 65 tahun, masih bekerja dengan status “businessman”. Aku tidak ambil tahu hal perniagaan dia.
Aku telah berkeluarga dan tinggal di luar negara sejak tahun 2010. Setiap 6 bulan sekali aku akan balik Malaysia melawat ibu dan bapa aku.
Sejak tahun 2022, aku dapat tahu bapa aku mempunyai ramai kekasih (tidak tahu status2x mereka samada sudah berkahwin atau tidak).
Beliau juga pernah melanggan perempuan untuk melepaskan nafsunya. Ini aku dapat tahu melalui adik bongsu aku kerana beliau rajin membuat kerja penyiasat.
Tetapi disebabkan dia masih belajar, dia senyapkan kerana bapa aku menanggung pembelajaran dia di kolej persendirian.
Namun aku senyap dan tidak membuka mulut kerana tidak tahu kesahihannya dan tidak dapat ditangkap dengan bukti.
Sehingga ke hari ini (2025), masih lagi berlaku dan beliau masih memberi wangnya kepada wanita wanita tersebut (slip slip bank kemasukan wang) dan abaikan nafkah kepada ibu aku.
Ibu aku umpama tidak memperdulikan perbuatannya dan seperti membiarkan sahaja – Redha aje.
Bersama ibu aku ada lagi 2 adik aku tinggal bersama, yang bongsu lelaki masih belajar di kolej.
Seorang lagi adik lelaki aku telah tamat belajar, dan sedang mencari kerja.
Beliau mengetahuinya dan tidak ambil apa apa tindakan terhadap bapa aku. Membiarkannya maksiat dan perbuatan yang tidak bermoral yang dibuat oleh bapa aku.
Bila aku tanya perkara ini alasan yang diberikan oleh adik aku, aku telah nasihatkan bapa tetapi tetap juga lakukan maksiatnya.
Apa kita boleh buat? Lagipun bapa gunakan duit dia sendiri untuk berpoya poya, bersuka ria dan sebagainya. Aku tidak boleh buat apa apa. Ini adalah jawapan adik aku.
Aku merasa geram dan sedih dengan jawapan adik lelaki aku ini.
Aku rasa tawar hati untuk pulang ke Malaysia untuk melawat bapa aku, tetapi aku tetap balik sebab aku kesiankan ibu aku, yang banyak berkorban membesarkan aku dan adik beradik aku.
Aku tetap akan gembirakan ibu aku. Tetapi bapa…….
Adakah sebagai anak, aku harus biarkan bapa aku dalam maksiat.
Adakah sebagai anak, aku juga harus redha seperti ibu aku redha pada suaminya?
Adakah patut aku buat?
Namun, aku tetap doakan ibu bapa aku.
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
– Anak Yang Sedih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak rapat dgn ibu kan., sbg ank yg sulung, cuba bincang dgn ibu tu secara terbuka, xkan nk biarkan saja ayah awk ‘bergelumang’ dgn maksiat.. (itu tandanya awk semua sekeluarga dah x sayang atau nk biar shj dia masuk neraka nt..) paling tidak, minta ibu tu yg bersuara, krn dia lebih memahami ayah awk.., klaw ibu tu kata dia x mampu nk nasihatkan ayah awk, suruh lah dia buat solat hajat, agar Allah lembutkan hati ayah awk utk berubah n bertaubat sebelom dia mninggalkan dunia ini.. hanya Allah shj yg boleh mngubah hati seseorang, d samping usaha & doa manusia.. tiada yg mustahil, tapi jika dibiarkan, ia akn terus berlalu & x mustahil dia akn mati dlm keadaan yg sebegitu.. kalu awk skeluarga rela melihat dia pergi dlm keadaan begitu, biar jela.. nk confess kat cni pon x prlu, kann.. wallahu a’lam bissawab.. sila tnya diri n jawab..