Bapa Lebih Pentingkan Haiwan Peliharaan Daripada Anak Sendiri

Assalamualaikum semua. Bila baca tajuk ni nampak seperti pelik tetapi memang berlaku pun. Ini berlaku pada kawan saya yang juga jiran di kampung nenek saya suatu ketika dahulu.

Nak dijadikan cerita, kawan saya yang saya namakan sebagai Ana (bukan nama sebenar). Dia ni lima beradik.

Mak Ayah mereka ni suka bela haiwan yang boleh dikatakan mahal la juga, kucing baka parsi, maine coon & bengal, seingat saya pernah la tengok.

Bela ikan pun ikan flower horn ada, arowana pun ada, rumah mereka ni siap ada kolam ikan. Mereka pun ada juga ternak arnab untuk dijual dagingnya.

Bagi saya mereka ni memang nampak agak ‘wealthy’ sebabny yela rumah banglo, ada 3 jenis kereta salah satunya hillux, yang lain saya tak ingat, hahaha. Maklumla ni cerita masa saya sekolah menengah tahun 15 tahun yang lalu.

Saya tak ingat sangat pekerjaan mak ayah Ana cuma mereka ni saya difahamkan mereka ni buat macam2 business. Ana ni pun dia cakap dia tak ambil kisah sangat pasal mak ayah dia. Dari sini pun saya da rasa lain macam sikit, seolah-olah dia terasa dengan mak ayah dia.

Mak ayah Ana pun walaupun kaya tapi mereka tak sombong & berlagak pun, pendek kata mereka ni ramah je dengan orang-orang kampung.

Mereka pun tak kedekut ilmu & selalu juga bagi ikan kat ayah saya sebab ayah saya pun suka bela ikan.

Walaupun luaran nampak seperti keluarga mereka bahagia dan tiada masalah. Tapi Ana pernah meluahkan masalah yang dia dan adik beradik dia pendam selama ni.

Sebenarnya, ayah dia agak berkira2 perbelanjaan anak2 dia tetapi bila dengan haiwan peliharaan ayah dia sanggup berhabis sampai beribu-ribu untuk kos penjagaan la, kandang la kolam la, termasuk upah orang datang bersihkan kolam, kandang.

Dah la Ana & adik2 dia pun turut kene uruskan haiwan2 peliharaan seperti tukar pasir kucing, cuci kolam, bagi makan la & macam2 lagi la.

So saya pernah tanya berkira yang macam mana tu.

Dia kata, setahun sekali atau dua je dia dapat baju baru itu pun dia kene berikan “justification” yang kukuh kat ayah sebab nak minta duit dari dia kan. Kalau tak kukuh atau selalunya memang ayah dia tak bagi sebab alasannya membazir.

Kebanyakan baju baju dia adalah baju terpakai yang diberikan oleh mak dia atau kadang2 dari mak sedara yang da tak pakai.

Kalau belanja duit sekolah pula, memang macam kebanyakan anak dari golongan biasa2 iaitu RM1 (zaman 2000 an standard RM1 duit belanja sekolah).

Selalunya dia akan berjimat simpan baki duit belanja sekolah dia tu. Jadi bila da cukup baru la dia beli apa yang dia inginkan seperti baju baru ke atau kasut. Dia ni memang berjimat la katakan dan tak membazir.

Pernah dia teringin nak makan ayam goreng yang kat pasar malam tu, sebabnya teringin nak makan ayam kfc & burger McD tapi yela kalau diikut kemampuan dia tak mampu & kalau minta kat ayah dia memang confirm tak dapat sebab katanya membazir.

Dia pernah minta ayah dia belikan tapi ayah dia cakap tak payah la membazir bukan sedap pun. End up makan hati kempunan la Ana nak makan ayam goreng.

Kalau haiwan peliharaan macam kucing2 kat rumah dia, ayah dia sanggup belikan makanan yg mahal2 kata Ana & siap pasang sangkar kucing la belikan toys la, seolah-olah manjakan sangat kucing2 tu sama juga la dengan haiwan peliharaan & ternakan yang lain.

Tapi untuk Ana & adik2 dia, boleh dibilang berapa toys sahaja mereka dapat. Lagi kesian Ana kata, adik dia tak pernah merasa toys baru dari ayah mereka, sebaliknya recycle toys lama Ana & adik kedua dia.

Kadang2 dengan duit simpanan Ana tu dia belikan toys kat adik2 dia atau kadangkala dapat gift dari kawan2 dia termasuk la saya hehehe.

Owh ya lupa, Ana ni anak sulung dari lima beradik & adik kedua, ketiga & ke empat lelaki & yg bongsu perempuan.

Jika kucing2 diorang sakit, ayah mereka siap sedia bawa pergi klinik & kos pernah sampai beratus.

Tapi bila Ana sakit atau adik2 dia sakit seperti demam, ayah dia cuma suruh berehat di rumah & tak bawa pergi klinik ke hospital, kecuali da teruk baru la bawa pergi klinik atau hospital.

Tu pun Ana kata, dia pernah terdengar ayah dia merungut sebab terpaksa bayar bil klinik mahal walaupun cuma kene berbelas ringgit je. Oh ya, ayah mereka tak letakkan insurans pun kat mereka.

Mak Ana ni pula, memang isteri mithali ikut sahaja kata ayahnya. Ana kata tak guna mengadu dekat mak dia sebab mak dia tetap akan sokong ayah dia. Lagi pun Mak Ana memang nmpak baik & bukan jenis suka bergaya, simple orang ya.

Cuma dari sudut yang positif, Ana kata ayah dia tak berkira pun dengan mak dia, nafkah selalu bagi walaupun tak banyak mana Ana kata sebab mak dia pun memang bukan jenis berbelanja sakan.

Kadang2 saya rasa kasihan melihat keadaan dia. Walaupun keluarga dia berada tetapi dia tak merasa kemewahan seperti anak2 orang berada yang lain. Saya pernah terfikir mungkin ayah dia nak ajar dia untuk merasa hidup biasa2 & bukan mewah.

Tapi ntah saya tetap rasa seolah2 Ana & adik2 dia di anak tirikan dengan kucing2 peliharaan diorang eh silap ayah diorang. Tapi ni perasaan saya je la tak pernah la saya suarakan nanti terasa pula Ana kan.

Lepas kami dapat result SPM, Ana memang bercita-cita nak sambung belajar sebab katanya dia nak keje dengan hasil titik peluh sendiri supaya dia bole beli apa yang dia tak dapat sebelum ni.

Tapi… Bila Ana suarakan dia nak mohon sambung belajar, ayah dia cakap, nak buat apa sambung belajar, menghabiskan duit je, baik keje dapat duit terus, nanti bagila kat ayah dengan mak duit tu.

Ana memang down masa tu sebab dia tak dapat sokongan dari ayah dan mak dia. Tapi Ana bertekad, dia tetap dengan keputusan dia & dia pujuk2 ayah dia, end up ayah dia terpaksa setuju untuk lepaskan dia sambung belajar.

Semasa Ana sambung belajar, Ana ada pohon PTPTN sebab tahu ayahnya takkan bagi duit selagi tak minta.

Dan bila Ana minta, ayahnya akan bising sebab terpaksa keluarkan duit belanja. Awal semester Ana nampak macam ok lagi boleh hadapi tu semua, berjimat selagi boleh.

Pernah baju kurung dia terkoyak sebab da lama & dia tak cukup duit nak beli, saya pinjamkan baju saya kat dia. Kebetulan kami belajar di institusi yang sama juga cuma berbeza course.

Bila masuk sem 3 & 5, saya nampak Ana seperti sedih like depression. Nampak seperti tak de semangat nak belajar. Saya tanya ada masalah ke. Seperti biasa, ayah dia puncanya.

Ana kata dia tak tahan bila ayah dia asyik bising bila kene berikan dia duit setiap kali duit PTPTN Ana tinggal sikit.

Padahal Ana hanya minta beberapa kali je bukannya setiap bulan pun untuk menampung perbelanjaan. Disebabkan Ana tak dapat asrama masa tu, dia terpaksa menyewa rumah sharing sampai 6 orang yang dekat dengan kampus.

Memang perbelanjaan agak lebih. Ana walaupun duduk luar dia sangat jarang keluar nak enjoy seperti housemate dia yang lain. Dia hanya keluar bila perlu je. Pernah dia tak ckup duit nak makan nak minta kat ayah pun dia tak berani.

Saya masa tu duduk asrama, hulurkan sikit duit kat dia, belanja la juga dia makan walaupun saya sendiri pun tengah berjimat masa tu.

Akibat depression dia tu, pointer dia drop.

Dia pernah la menangis & cakap menyesal sambung belajar sebab dia kata kawan2 sekeliling dia family supportive tapi family dia. Hmmmm.

Besa la jiwa remaja masa ni memang sensitif kan. Saya masa tu bagi la semangat kat dia jangan give up la apa la. Alhamdulillah dia tak mengalah.

Alhamdulillah kami berjaya menamatkan juga pengajian kami & Ana pula selepas habis belajar, dia apply beberapa kerja kosong di KL masa tu.

Ana cakap la, seminggu dia jadi penganggur kat rumah, ayah dia da bising2 bila nak kerja, beras kat rumah makin lama makin sedikit.

Tapi alhamdulillah seminggu je la dia kene hadap tu semua, dia dapat panggilan interview bekerja di KL. Selepas seminggu mengganggur tu dia dapat keje di sana.

Selepas tamat pengajian, saya dan Ana pun da jarang berhubung sebab masing2 sibuk dengan kerja. Saya bekerja di KL tapi area lain & jauh dari tempat Ana bekerja & family di kampung kene berpindah ke kawasan lain.

So dari situ saya da lost contact dengan dia. Saya dengan dia pun hanya berhubung menerusi Facebook, IG & WhatsApp.

Sepanjang saya berkawan dengan dia SOCMED, saya selalu nampak posts yang negative & memerli, ada yang macam agak kasar tak sampai hati nak tanya. Saya masa tu masih berhubung dengan dia PM la tanya kenapa. Again kebanyakan punca dari ayah dia.

Dia masa ni da duduk jauh dari Keluarga, pernah dia demam dia nak bercakap dengan ayah dia. Ayah dia cuma respon ok je & bagitau dia nak kene bawa kucing kesayangan dia pergi klinik sebab sakit. Hmmmm.

Saya pun tak ingat bila last saya berhubung dengan Ana sebab 5 tahun saya lost contact dengan dia. Di Facebook dia hilang dari radar akaun dia da takda tak pastila jika dia deactivate atau block saya.

Tapi kami takda pun bergaduh apa2. Ntah la mungkin juga dia nak rehatkan minda dia. Apa2 pun saya doakan yang baik2 dekat dia.

Sepanjang saya berkawan dengan Ana saya pernah nasihatkan dia walau buruk macam mana pun ayah tetap ayah. Ana ni pun memang baik orangnya, pendiam & jenis mendengar kata juga.

Sekurang2nya ayah Ana tidak pernah mendera Ana secara fizikal walaupun dia penah kene rotan tapi tu memang atas kesilapan dia sendiri.

Jadi ayah dia ada je kebaikan2 dia.

Biasalah tiada manusia yang sempurna tapi apa yang saya boleh ambil pengajaran dari sini, tanggunjawap membesarkan anak2 bukan sekadar beri makan minum & tempat tinggal tapi juga dari segi rohani dengan memberi sokongan.

Jika kurang aspek ni juga akan memberi kesan pada anak2 bila dia dewasa nanti. Secara jujurnya, saya sendiri pun tak faham kenapa seorang ayah sanggup lebihkan haiwan peliharaan dari anak sendiri.

Bukan saya tak suka haiwan, saya sendiri pun bela kucing juga tapi rasanya takda la sampai mengabaikan keluarga sendiri.

Sampai di sini sahajalah perkongsian saya mengenai kawan syaa bernama Ana. Terima kasih sudi membaca artikel saya.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *