Bapa Saudaraku Ped0 Tak Guna

Hi, guys. Assalamualaikum. Aku dah lama nak confess sini tapi aku tak tau nak start macam mana. Ceritanya panjang tapi aku cuba ringkaskan sebab tak nak korang yang baca pening tambahan aku tak berapa pandai nak mengarang story.

Aku wanita yang sudah berkahwin, berusia 30-an dan bekerja dalam bidang professional. Seperti mana korang baca tajuk story itulah confession aku buat kali ini dalam IIUM Confession.

Ya, aku mangsa ped0 semasa zaman kanak2. Dulu aku naif, tapi aku sedar awal yang aku mangsa ped0 pada usia menginjak 12 tahun. Cuma aku tak tau istilah itu adalah ped0, aku ingat tu rog*l macam mangsa2 lain tapi yang aku tau perkara itu memang salah.

Aku tau aku adalah mangsa ped0 selepas baca beberapa story pasal ped0 beberapa tahun yang lepas. Pasal student melayu tajaan MARA kat UK ke apa tak silap aku time tu.

Okey aku start story..

Bila aku ingat semula betapa jijik dan bencinya aku kepada bapa saudara aku tu. Aku benci dan tak maafkan dia sampai sekarang.

Dia masih hidup, dah berkahwin, anak 5 orang, isteri muda cantik, lulusan overseas dan dia sekarang pensyarah IPTA. Hidup dia sangat berjaya di dunia, rezeki melimpah ruah dan ramai bangga dengan dia tapi tidak aku.

Dia start ped0 terhadap aku semasa dia remaja lagi, aku tak pasti umur dia pada ketika itu. Yang aku ingat aku time tu masih tadika. Umur aku tak pasti. Dan aku jadi mangsa ped0 dia sampai umur 16 tahun!

Masa kecil @ tadika aku banyak kali kena dgn dia sebab kami duduk berdekatan. Tetapi aku dan family berpindah ke daerah lain pada usia aku menginjak 15 tahun. Aku ketika itu sangat2 bersyukur sebab berjauhan. Tetapi tetap jadi mangsa lahanat tu ketika balik kr kg berhari raya!

Aku tak boleh nak ingat semua moment2 jahanam tu, tapi ada beberapa yang masih segar dalam ingatan.

Korang yang ada anak perempuan, tolong jangan terlalu percaya kepada saudara2 lelaki korang dan sebelah suami korang. Tak kiralah sepupu mereka, bapa saudara mereka iaitu adik @ abang korang sendiri. Please jangan!

Bukan nak ajak bersangka buruk tapi adik beradik pun belum tentu percaya adik @ abang mereka ada bad side perangai syaitan. Macam cerita aku ni.

Antara yang aku ingat…

Dia ni dikenali dalam keluarga bapa saudara yang penyanyang sukakan kanak2. Sama macam bapa saudara orang lain juga. Cuma nampak mata kasar sahaja. Hakikatnya lebih teruk dari syaitan!

Ada satu petang tu, time tu aku tadika lagi..dia bagi semua sepupu2 aku yang kecik ni duit syiling. Tapi sampai tang aku, tak cukup pulak. Dia tanya nak tak duit 50sen? Aku cakap nak. Pastu dia cakap jom ambik dalam beg kat bilik.

Aku pun ikut jela tanpa rasa was2. Masuk je bilik dia tarik aku duk atas katil, dia tindih aku gesel2. Pastu dia betulkan rambut aku, bagi duit 50 sen! And dia act macam takda apa berlaku. Okey tu satu.

Masa sekolah rendah pula.. aku ingat satu moment b***h ni.. Masa tu aku adik beradik tirur rumah nenek dimana tempat dia berteduh sekali la. Malam tu pakat nak tengok jumanji. So kitorang pun dah bentang toto depan tv nak baring tengok ramai2.

Disebabkan rumah papan sejuk, kitorang nak berselimut la.. lahanat tu duduk tengah antara kami semua. Kalau nak tau sepupu aku kebanyakannya perempuan.

So tengah2 tengok movie tu aku rasa ada satu tangan yang duk r4b42 aku punya bawah. Mula aku biar sbb tak rasa apa pun. Maksud aku tak beriya “tekanan” r4b4 tu.

Tapi lama2 tangan tu menjalar masuk dalam panties aku dari bahagian belakang. Bukan depan. Kalau depan maybe orang perasan kot. Lepastu aku pandang dia. Dia lepaskan. Tu moment paling b***h tapi aku senyap sebab aku naif. Aku ni memang naif dulu.

Lepas tu, ada satu malam tu.. mak ayah aku ada urusan luar. Lewat malam baru sampai rumah. So ayah aku amanahkan dia untuk tengok dan jaga makan kami kat rumah kami la.. masa malam nak tidur tu.. adik beradik aku termasuk aku pun dh tidur lena.

Tapi dia belum sebab kena tunggu parent aku. Tengah2 aku tidur, aku rasa ada orang hempap aku then gesel2 alat sulit b***h dia tu kat bawah aku.. then kiss pipi aku. Aku tarik selimut tolak dia and then dia blah.

Masa kat kampung pernah sekali dia buat jahat. Hari tersebut hari raya. So tidur ramai2 la kan. Tengah malam semua orang dah tidur termasuk aku. Aku rasa orang angkat badan aku masuk toilet. Dan baringkan aku dalam toilet.

Toilet rumah nenek aku tu memang besar boleh masuk berbelas orang sekali mandi. Aku terjaga aku terus berlari masuk bilik. Ni paling trauma bagi aku.

Kemuncaknya, dia buat perangai masa dekat rumah mak sedara aku. Masa ni dia baru habis study dekat overseas. Masa dia kat sana aku orang yang paling rasa bebas dari kejaman lahanat setan. Then dia balik, dia react macam biasa.

So time tu aku dah sekolah menengah, aku dah boleh fikir baik buruk. Tapi aku takda la syak dia perangai gitu lagi.

Ok masa kat rumah mak sedara aku ni, aku tengah tidur. Aku dengar orang kuak pintu bilik tapi aku buat b***h jela sebab fikir angin ke apa la kan. Tiba2 rasa orang pegang betis aku usap2. Aku memang tak fikir lain. Mesti jahanam ni, aku terajangg je kaki dia, pastu dia blahh..

Esoknya aku bagitau sepupu2 perempuan aku yang tido sekali dengan aku. Diorang takut and rasa seram kot time tu. Pastu cousin aku ni suruh bagitau mak sedara aku iaitu mak dia la. Aku pun terus jumpa mak sedara aku dengan sepupu aku dan ceritakan yang berlaku malam tadi.

Mak sedara aku macam speechless tak tau nak react kot sebab dia fikir pak sedara aku tu memang rapat dengan aku dan lain2. Macam aku cakap awal2 penyayang kononnya. Tapi mak sedara aku tak diam.

Time lahanat tu tengah breakfast maksedara aku pi kat dia slowtalk tanya. Korang tau dia jawab apa? Dia cakap kat mak sedara aku.. ala saja je gurau nak manja2 sayang gitu kan dah lama tak jumpa anak2 sedara.

Kau rasa gurau apa benda tengah malam buta orang tidur?????? S**l kan dia??? Sakit hati aku. Tapi mak sedara aku tak cerita kat sapa2 dan takda pulak report polis ke apa. Aku pun tak tau kenapa sebab time tu aku naif lagi.

Hari yang aku mengadu tu, malam tu nak tidur.. semua cousin aku macam berdebar2 sebab takut jadi mangsa. Pastu mak sedara aku tahu kitaorang takut, dia suruh sorang satu pegang hanger dengan apa tah lagi.. lupa dah aku.

Dia cakap kalau orang tu masuk bilik and kacau lagi pukul dia dengan benda ni dan jerit. Tapi malam tu krik krik. Tak masuk. Maybe tak berani sebab siang tu dah kena tanya.

Pastu dia kahwin. Isteri muda dan lawa sangat2. Bila baru kahwin mestilah pergi ziarah2 rumah adik beradik bawak isteri kan. Termasuk datang rumah aku.

Aku ingat baru kahwin dia macam dah tak nak la kacau aku. Yela dah kahwin kan dapat semua kalau nak pun. TAPI TAK. Ada satu pagi time dia tidur rumah aku, dia gi toilet kot. Time tu orang semua kat dapur. Aku bangun lambat.

Tengah2 tidur aku rasa aku ramas breast aku. Pastu dia cepat2 blah, tapi masa dia nak blah aku sempat bukak mata and aku nampak dari belakang kelibat dia!

Masa tu mg aku maki dalam hati tapi nak bersuara tak berdaya. Ko bayangkan dia baru seminggu kahwin time tu tapi nafsu… astagfirullah. Entahlah.

Sebenarnya banyak lagi bad moment tapi aku tak tau nk story macam mana. Rasa cukuplah kot. Nanti aku stress and trauma lagi.

Cuma kat sini aku nak pesan kat parents semua…TOLONGLAH extra careful tentang keselamatan anak korang. Janganlah sporting sangat.

Anak nak gi beli aiskrim berdua dengan pak sedara dia atau sesiapa yang jantina lelaki, tolonglahhhhhh jangan bagi. Janganlah takut macam2. Kesian anak trauma sampai besar macam aku.

Bila kita jadi mangsa ped0 dengan orang yang kita kenal perasaan dia tak tau nak cakap macam mana. Jangan argue kenapa kau senyap. Kau tak bersuara dekat mak ayah.. cuba kau jadi mangsa?

Kita buntu sebab takut orang tak percaya kita. Takut orang cakap kita fitnah. Nanti jadi porak peranda family.

Aku bila dah makin besar aku jadi menyampah tengok dia. Aku sampai doa benda tu jadi dekat anak2 perempuan dia. Jahatkan aku. Dan aku sentiasa berdoa supaya dia m4ti cepat.

Tapi sekarang aku terfikir satu benda….adakah sebelum2 ni hanya aku sahaja jadi mangsa ped0 dia? Atau sepupu aku pun pernah jadi mangsa tapi berdiam diri???

Korang, ped0 ni kadang nampak normal. Cerdik pandai. Bekerjaya. Tapi ped0. B***hnya hidup kau. Tu jelah kot. Salam.

– Mangsa Ped0 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *