Aku memang sedih dengan keadaan keluarga aku, kami ada 8 adik beradik sahaja, boleh cakap dalam keluarga tu ada yang tak solat, hanya ibu, aku dan 2 adik lelaki aku yang berusia 14 tahun dan 12 tahun.
Kadang mereka tak juga solat kalau tak disuruh oleh ibu, yang ayah, abang, kakak adik perempuan ku yang berusia 17 tahun tak solat.
Aku sedih dengan family aku ni, ayah aku tak pernah terlintas untuk solat, tapi dia selalu marah adik aku kalau mereka tak solat, sedangkan diri dia sendiri yang meninggalkan solat.
Apa yang paling memyedihkan puasa pun dia tak puasa, aku tak tahu mana lagi aku nak merintih aku selalu menangis dekat Allah, ibu aku selepas solat mesti dia nangis aku tahu ibu aku penat dengan benda ni,
Sejak kebelakangan ni, ayah aku kenal dengan sebuah aplikasi yang dinamakan “Horse Racing” aku tau aplikasi tu sebenarnya tak baik boleh cakap tu game nombor ekor.
Remuk hati aku bila nampak ayah aku main, memang game tu tak melibatkan duit secara fizikal, tetapi kelalaian ayah aku tu yang buatkan kami sekeluarga sangat sedih.
Ibu aku selalu mengadu dekat aku, yang dia sedih sangat dengan ayah aku dan sering banding kan ayah aku dengan jiran jiran taman,
Bapa yang lain sering bawak anak solat ajar mengaji tetapi tidak ayah aku, aku ingat dahulu waktu solat hari raya jiran aku ajar untuk solat bersama dengan family dia,
Kami semua pergi termasuk ayah aku, aku tahu demi menutup segala kekok dia, dia pergi jugak tetapi bukan dengan adanya wuduk tu.
Ya Allah aku sedih bila aku nampak ayah aku solat dihadapan aku sepanjang dia buat solat hari raya nampak kekok dia dalam solat aku nak nangis ja masa tu, Allah uji ibu aku dengan suami macam ni.
Berbalik kepada game tu, ibu aku bagitau aku tegur la ayah tu sikit, so aku pun diam lama dah, diam punya diam sabar punya sabar, kemarahan aku semakin membuak buak, aku tak tahu apa lagi benda yang boleh aku tahan,
Dan suatu hari aku sangat tidak tahan lagi badan aku bergetar, aku marah ayah jangan main game tu dah, dia jawab janji tak kacau korang semua sudah, aku bersuara lagi.
Dia cakap ya la sekarang ja la kau nak marah aku, nanti aku mati kau tak perlu marah dah, aku cakap kenapa fikir mati tak pernah fikir dosa ke?
Dia jawab kau dengar sini selepas aku meninggal aku tak maafkan kau, aku cakap tak kisah nak maafkan ke tak, dosa apa yang aku buat sampai kau tak ampun dosa aku.
Tapi aku tak sedih selepas dia cakap macam tu, aku bagitau ibu aku, yang aku sudah tiada ayah lagi dalam hidup ni, dan dia nak buat apa pun selepas ni dipersilakan dan aku tak nak amik tahu tentang hidup dia.
Dia cakap aku nak apa apa minta dekat ibu aku sekarang bukan dengan dia, dia sudah bagi makan selama ni aku tak kenang dia, hanya aku menegur kesalahan dia, dia terus menghukum aku?
Takpa aku percaya aku masih ada ibu yang aku sayang dan Allah, aku juga berdoa semoga aku dapat melanjutkan pelajar dia ijazah bulan 9 ni supaya aku dapat ubah nasib aku ibu aku, dan juga semuanya.
Aku berdoa juga semoga Allah lembutkan hati dia dan beri dia hidayah, dan aku dapat berjumpa dengan pasangan yang baik untuk aku mendirikan rumah tangga yang baik.
Aku percaya setiap dugaan yang Allah beri atas kemampuan kita sendiri, Allah uji aku, kepada yang membaca doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Assalamualaikum.
– Afiq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit