Saya tidak tahu nak mula dari mana tapi saya ceritakan latar belakang keluarga saya terlebih dahulu.
Saya anak sulung dari 6 orang adik beradik, 3 orang seibu sebapa (saya sulung, ke 2 lelaki & ke 3 perempuan) & 3 orang seibu berlainan bapa (3 perempuan).
Emak saya berkahwin lagi semasa umur saya 14 tahun setelah kematian bapa saya. Emak balu anak 3 berkahwin dengan lelaki bujang muda 4 tahun dari emak.
Emak berkahwin lain kerana perlukan suami untuk menampung hidup susah ketika itu tambahan pula adik2 saya masih kecil.
Tahun berganti tahun sehinggalah semua adik beradik saya seibu sebapa & adik2 berlainan bapa masing2 telah berkahwin.
Emak saya pula lumpuh 7 tahun yang lalu & dijaga oleh bapa tiri saya di kampung.
Oleh kerana semua kami adik beradik tinggal jauh dari emak & bapa maka kami mengharapkan adik perempuan saya yang ke 3 untuk menjenguk & menjaga emak di kampung kerana rumahnya berhampiran dengan rumah emak.
Tetapi adik saya jarang menjenguk emak & tidak begitu mengambil berat tentang emak yang lumpuh.
Kami adik beradik yang lain kerap balik melawat emak & bapa secara bergilir.
Ada juga cadangan untuk membawa emak & bapa tinggal bersama kami di bandar untuk dijaga secara bergilir tetapi emak tidak mahu tinggal bersama kami.
Mungkin emak lebih selesa di rumah sendiri, bapa pula sejak emak sakit, bapa tidak lagi bekerja kerana menjaga emak yang sakit sepenuh masa.
Maka kami adik beradik sepakat menanggung perbelanjaan harian & perubatan emak setiap bulan.
Berbalik kepada cerita adik perempuan tadi, beberapa bulan yang lalu adik & keluarga nya telah berpindah ke lokasi yang lebih jauh kira2 8km dari rumah emak & bapa.
Oleh kerana masalah kesihatan emak yang tidak menentu & kami meminta tolong adik perempuan tersebut untuk melihat keadaan emak sekali sekali tetapi dia memperdulikan permintaan kami.
Dia tidak pergi melawat & kadang2 dia tidak melayan panggilan & mesej dari kami. Emak pula sejak sakit & lumpuh separuh badan mula bercerita kepada anak2 perempuan nya tentang bapa yang berubah sikap terhadapnya.
Emak juga menuduh bapa berkahwin lain senyap2. Kami adik beradik tidak percaya kerana bapa yang menguruskan emak dari mandi, pakaikan lampin, masak, kemas rumah, cuci najis emak & segala urusan merawat emak, bapa lakukan seorang diri.
Kami semua tidak percaya cakap emak, bagi kami, bapa seorang yang baik, tidak ada suami yang baik seperti bapa menjaga isteri yang lumpuh selama bertahun2 seorang diri.
Sehinggalah suatu hari adik bongsu mengambil emak & bapa untuk tinggal sementara di rumahnya kerana banjir di kampung.
Suatu hari saya pergi ke rumah adik saya untuk melawat emak, pada waktu itu bapa, adik & suami nya keluar membeli barang.
Emak saya mula memceritakan kepada saya kejadian yang berlaku 28 tahun yang lalu yang mana adik perempuan saya yang tinggal di kampung telah di rogol oleh bapa tiri saya.
Allahuakbar terasa sesak dada saya mendengar cerita tersebut, hanya Allah sahaja yang tahu.
Saya bertanya kepada emak jika betul perkara tersebut berlaku mengapa emak sanggup membiarkan sahaja perbuatan keji suami emak terhadap anak emak sendiri.
Saya mula meninggi suara terhadap emak sebab selama ini saya anggap bapa tiri saya sangat baik rupa-rupanya dia sanggup merogol adik saya.
Emak saya berkata ketika itu dia memikirkan adik2 saya yang masih kecil & saya yang sedang belajar di university, jika emak melaporkan kepada polis apa nasib kami adik beradik jika bapa dipenjara.
Semua yang berlaku seperti drama tetapi realitinya memang ada isteri yang melindungi suami jahat demi kelangsungan hidup seperti emak saya.
Baru lah saya sedar selama ini mengapa sikap adik saya seperti tidak peduli kepada emak & bapa rupanya adik saya menanggung derita demi kami adik beradik yang lain. Dia sanggup berkorban demi kami semua.
Emak juga mengaku bahawa emak yang meminta adik & suaminya berpindah jauh supaya adik saya tenang bersama keluarganya jauh dari bapa tiri kami.
Emak meminta saya merahsiakan cerita ini dari 3 adik2 saya lain (anak emak dengan bapa tiri saya)
Saya serba salah sama ada perlu memberitahu kejadian tersebut atau tidak.
Jika saya beritahu bimbang hubungan kami adik beradik menjadi tidak baik selepas ini, jika tidak diberitahu adik2 akan terus bersangka buruk terhadap kakak mereka (mangsa adik saya no 3).
Saya juga tidak memberitahu kejadian tersebut kepada suami saya kerana bimbang suami saya hilang rasa hormat terhadap bapa tiri saya.
Apakah yang patut saya lakukan?
– Pn Chempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagitahu adik beradik lain dan mintak rahsiakan, jangan push dah adik awak tu kesian dia.