Bapa Yang Kedekut

Nama samaran saya Farhan, saya dibesarkan oleh bapa yang bakhil atau tepat disebut KEDEKUT. Dari saya kecil hingga ke saya besar, sentiasa kedekut dan berkira dengan anak2nya.

Saya mempunyai dua beradik. Saya dan abang saya.

Antara Peristiwa yang saya tak boleh lupa adalah ketika abang saya meminta duit belanja untuk ke sekolah. Masatu abang saya berumur 12 tahun ataupun darjah enam.

Ketika itu, mak saya tidak membuat sarapan pagi kerana tak sempat kerana mak saya bekerja di kilang. Mak saya menyuruh abang saya untuk meminta kepada bapa saya duit belanja.

Apa yang tidak boleh saya lupa adalah, bapa saya hanya memberi 50 Sen sahaja ketika itu. Itupun duit 50 Sen itu dibaling ke abang saya.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006. Walaupun ketika itu saya berumur 7 tahun, namun setiap apa yang dibuat oleh bapa saya ke atas keluarga saya, saya boleh ingat.

Disebabkan sikap kedekut tahi hidung masin + bakhilnya dia, perasaan benci saya ke atas dia makin membuak.

Mainan saya masa waktu saya kecil semuanya mak saya yang belikan satu sen duit pon BAPAK saya tak pernah belikan, yang paling sedih sekali sambutan hari lahir saya, abang saya dan mak saya tak pernah diraikan olehnya.

Paling kelakar, kek hari lahir dibeli sendiri oleh orang yang menyambut hari lahir.. Tahap kedekut yang membuat masing² dalam keluarga saya benci.

Duit yuran sekolah saya setiap tahun mesti akan dibayar lambat olehnya. Yuran mesti akan dibayar pada bulan ogos ataupun September. Bukan disebabkan tiada duit. Dia adalah seorang penjawat awam yang bergred tinggi.

Kadang-kadang saya malu bila cikgu bertanya bila yuran boleh dibayar hari-hari. Sampai satu masa saya ponteng sekolah kerana malu bila berjumpa dengan guru tingkatan saya. Sampaikan cikgu yang paling rapat dengan saya ingin berjumpa dengan saya secara peribadi.

Cikgu itu mengajar saya subjek Matematik. Matematik adalah subjek kegemaran saya. Setiap kali ujian mesti saya skor markah 80 keatas. Boleh dikatakan saya menjadi pelajar target guru saya dalam subjek matematik ketika itu.

Ketika ini saya mengambil peperiksaan PMR pada tahun 2013. Cikgu itu pon berjumpa dengan saya dan bertanya kepada saya. “Farhan kenapa awak jadi macam nie, sekolah awak selalu ponteng, keputusan awak baik sayangnya atitude awak kurang baik”kata cikgu matematik itu kepada saya.

Saya pon berdiam sahaja dan tersenyum. Cikgu Matematik saya pon memaksa saya untuk memberitahu apa yang terjadi. Saya pon beritahu terus kepada cikgu matematik saya tentang kehidupan yang dialami oleh saya.

Cikgu saya pon terdiam dan dia ingin membantu saya sedaya upaya. Saya dengan perasaan malu yang teramat berkata pada cikgu saya“Takpe cikgu saya boleh usahakan sendiri yuran persekolahan saya, saya cari kerja part time ke macam tu”. 

Hari pon berlalu, kehadiran sekolah saya bertambah buruk. Guru tingkatan saya mengambil inisiatif untuk menelefon terus bapa saya ketika itu.

Sebelum itu, saya dirotan 4 kali oleh guru tingkatan saya kerana kerap ponteng sekolah. Saya tidak kisah guru saya merotan saya kerana itu sememangnya silap saya.

Perbualan diantara guru saya bersama bapa saya diluar kelas agak lama sekitar 15 minit. Selepas dari perbualan itu, guru saya terus bercakap perlahan terhadap saya. Ia memanggil saya untuk ke bilik gurunya kebetulan ketika itu guru matematik saya pon ada.

Guru matematik saya bercerita apa yang dialami oleh saya kepada guru tingkatan saya. Guru tingkatan saya berkata kenapa apa yang guru matematik awak cakap bercanggah dengan apa yang saya dengar dari bapa awak.

Saya hanya tersenyum. Bapa saya cakap kepada guru tingkatan saya bahawa saya seorang yang pemalas, asyik melepak tak tentu arah Taknak belajar. 

Guru matematik saya pon berkata pada guru tingkatan saya.. Jika Farhan malas kenapa dia selalu skor dalam matapelajaran saya. Setiap ujian mesti mendapat skor lebih 80%.

Guru tingkatan saya pon terdiam dan berkata“betul juga ye”. Cikgu saya suruh saya bersabar mungkin ini dugaan seorang pelajar yang pintar. 

Hari pon berlalu pergi peperiksaan PMR pon tamat. Saya pon mengambil keputusan PMR saya ketika itu dan Alhamdulillah saya memperoleh i keputusan 6A2B ketika itu. Saya dikasihi cabaran oleh bapa saya untuk memperolehi 8A. Setiap A bernilai RM50.

Bila saya ingin menuntut duit itu dari bapa saya. Apa yang saya sedih adalah, bapa saya berkata, “kau dapat 8A baru aku bagi Ko duit tu, Ko dapat 6A aku tak bagi” Saya sedih ketika itu dan ingat lagi masing² gembira dengan keputusan PMR yang mereka dapat saya malah sedih. 

Mak saya ketika itu terdiam dan ingat lagi saya ketika itu mak saya berjanji ingin menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada saya. Fon itu berjenama LENOVO. Sampai sekarang saya rawat fon itu dengan baik kerana bagi saya mak saya adalah segalanya bagi saya.

Walaupun saya dapat 6A ketika itu bapa saya tetap mengatakan saya pemalas tidak ada satu pon perkataan tahniah dari mulutnya. Malah yang paling menyedihkan, saya dibandingkan dengan anak buahnya. Bagi saya mak, abang dan kawan-kawan saya sahaja yang faham akan perasaan saya. 

Waktu pon kian berlalu, saya dapat melanjutkan pelajaran diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Saya excited kerana ia adalah bidang yang diminati oleh saya sejak dari kecil. Saya lengkapkan semua dokumen yang diperlukan untuk tujuan orientasi ketika itu.

Yang paling saya geram sekali ketika itu, waktu ingin daftar saya belajar ketika itu saya dan mak saya sahaja yang pergi ke politeknik tersebut.

Yang paling kelakar hanya kami sahaja yang menaiki motor. Sedangkan ketika itu bapa saya cuti, dia ataupun bapa saya boleh tidur di rumah bukannya berbangga anak bongsunya dapat melanjutkan pelajaran.

Perasaan hiba bercampur geram menyeliputi perasaan saya ketika itu. Namun nak buat macam mana lagi kan dha perangai dia macam tu. 

Sampai ada suatu masa, saya bertekad ingin melakukan ujian DNA untuk mengetahui adakah dia bapa saya ataupun bukan. 

Bagi saya yang paling banyak menahan sakit di dalam hati adalah mak saya. Selalu ditengking, diherdik oleh bapa saya jika ingin meminta duit untuk keperluan belajar saya dan abang saya. Walaupun ditengking mak saya tetap sabar.

Saya bertekad suatu hari nanti saya akan membahagiakan mak saya ketika saya berjaya di menara gading nanti. Waktu konvokesyen pun saya hanya ingin melihat ibu saya sahaja dan bukannya bapa saya.

Maaf jika saya terkasar bahasa, ini semua luahan hati dari seorang yang mempunyai bapa yang kedekut.

Jadi jika kita ingin berkahwin nanti pastikan diri kita tidak kedekut dahulu kerana ia boleh menyebabkan keluarga kita merana. Berkahwin perlukan tanggungjawab yang besar bukan sekadar ingin buat ANAK je.

Sekian, terima kasih..

– Farhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ayah, jika kita ingin disayangi, beri & tunjukkan lah rasa sayang itu dgn bukti. Buktinya, bahagiakan anak isteri atau keluarga dgn rezeki yg awak dpt. Gaji yg byk tu bkn utk awak seorang klau awak tu orgnya dh brkeluarga. Dah jadi tanggungjawab awak beri belanja buat keluarga awak. Semua tu tanggungjawab awak. Awak x tunaikan walau awak lebih dari mampu, awak jawab la dgn Allah nt. Adik jgn sedih2. Janji tau, bahagiakn mak awak tu bila dh ada gaji sendiri nt. Jgn ikut sikap bakhil yg awak benci tu. Jgn sesekali. X kaya der klau awak jd kedekut tp klau sikap pemurah Allah syg dan gandakn rezeki awak. Rezeki ni bkn duit je tau, tp mcm2 yg Allah bg. Salah satunya awak akan rasa dan perasan awak jarang2 sakit. Sb Angah dh rasa Dgn sijap pemurah kita disayangi semua org.

  2. Nk cite pasal mmber aku (lelaki), anak dia kawan ngan anak2 aku, anak aku ckp bapa kawan depa kedekut. Aku kenal mmber aku, aku kenal wife mmber aku surirumah sepenuh masa.

    Aku tanya anak2 aku, sok ko soal kawan ko duit tution dia sapo bayar? Makan minum sapa sediakan? Rumah kete sapa byr

    Lamaaaa tu anak2 aku cerita kat aku, depa dah tanya semua mak kawan depa yg byr bapak kawan depa kedekut

    Aku soal kat anak2 aku, bapak korang, korang penah nmpk tak bayar tution? Beli makanan kat rumah ni? Anak2 aku ckp tak, semua mak beli. Aku balas balik, mak beli pakai duit yg bapak korang bagi la. Memang Mak keje tp bapak bayo semua expenses kita cuma mak uruskan.

    Mak sipolan tu suri rumah je mana dia dpt duit urus rumahtangga kalau bukan bapak yg depa kata kedekut tu bagi? Mak tu sepatutnya bgtau anak2 ayah bayar semua ni makan minum tempat tinggal nafkah secukupnya. mak apa bila sama naik kutuk suami kat anak yg bapak kedekut sedangkan semua da tersedia.

    Sebagai anak2 kadang tak nampak pengorbanan bapak. Sebab mak da kaburi. Dapat bini baik ok la dia cerita pengorbanan bapak kat anak. Dapat bini hampeh semua dia kata dia bekorban dan malang pula dpt anak tatau guna logik akal mak dpt duit mana kalau bukan bapak bagi?.

    Utk cerita ko neh aku tatau, tp aku nmpk banyak loophole. Buat kajian dalam2

  3. Adik, belajarlah bersungguh sungguh.

    itulah the best revenge kau boleh bagi pada ayah kau yang derhaka.

    Ayah aku pun kedekut dik, semua mak aku bayar. Duit dia utk dia belanja dengan betina sial dia.

    Dah tua sekarang miskin je, bukan kaya pun kedekut kat anak. Siap mintak duit dari anak.

    Sekarang aku blok nombor dia,tapj aku bagi je sikit duit untuk dia makan.

    Abah aku takkan dapat kasih sayang anak dan cucu dia sampai mati.

  4. Takpe dik …nanti bila dia tua, baru dia tersedar.masa tu da terlambat utk dia perbetulkan. Masa tulah juga apa yg dia buat kat kamu, kamu pulangkan balik srbiji2. Ceritakan setiap kesalahan yg dia lskukan supaya dia insaf. Klu dulu kamu @ abg kamu minta duit Dan dicampaknya, inilah masanya kau bangkitkan sejarah silam yg berkudis di hati kamu.masa tu klu dia x insaf, tak taulah hati dia da kematu dgn dosa krn alpa abaikan rezeki anak@keluaga. Wpun dia menangis air darah sekalipun, kesilapan dia x dpt menutup kesalahan Dan dosa dia lakukan.berjawablah dia di psdsng masyar du hadapan Allah nanti

  5. Cuba pandang dari sudut positif, pernah lapar teruk ka tak makan atau sampai takde kasut/seliper nak pakai. At least tanggungjawab dia dah besarkan dengan baik. Ada tak bapak pernah dera…… so banyakkan bershukur. Takde manusia yang perfect dalam dunia ni kecuali nabi. Dia tu kan bapa, hormat selagi masih ada. Jangan selalu bandingkan hidup ngan orang lain, masing masing ujian tak sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *