Aku Bella (bukan nama sebenar). Aku anak sulung dari 5 adik beradik. Tapi, adik ke 2 dah takde meninggal sebab Allah lebih sayangkan arwah. Adik yang lain semua masih sekolah. Aku dulu kerja KL.
Tapi aku buat keputusan balik kampung, cari kerja sini sebab family matter.
First, dulu waktu aku tengah belajar Uni jauh, family aku diuji dengan adanya orang yang tak puas hati dengan kita orang. Gunakan benda2 yang khurafat. Bagi mak ayah aku sakit. Bergaduh hari2.
Tak boleh silap sikit. Ada jaa angin. Semua serba tak kena. Sampaikan tido pon berasingan. Sebenarnya kami tahu siapa gerangan orang yang buat semua tu.
Kami p berubat banyak tempat. Memang jumpa semua benda2 tu dekat kawasan rumah. Lama mak aku tersiksa disebabkan perbuatan orang tu. Dia nak buat sampai mati. Yang aku tak boleh terima adalah orang tu orang dekat je.
Hari2 boleh kata bersemuka. Tapi tu la, disebabkan kami decide nak stay jugak. Taknak pindah. So terpaksa hadaplah. Cumanya, kami lebih berhati2 kalau terima apa2 makanan.
Setiap malam buka ayat pendinding. Itu rutin harian kami. Kalau tak , aku memang tak boleh lena. Mesti ada jee yang menghimpit. Itu satu hal.
Tapi, alhamdulillah sekarang lebih membaik sikit berbanding dulu. Mak aku pon dah tak sakit2. Tapi sekarang isunya, ayah aku. Ayah aku ni panas baran dia memang tak bertempat.
Dulu, bila ada angin dia, salah satu sebabnya orang yang berbuat tak baik tu buat dia rasa panas bila dekat bini dia and kitaorang anak2.
Tapi sebenarnya, dari aku dan adik aku yang 2 kecik lah yang hadap macam mana dia tengking2 mak aku. Semua benda tak kena. Silap sikit tak kena. Bila rumah sepah sikit, komplain. Tapi sendiri pon buat bini macam orang gaji.
Takdak langsung nak tolong keja rumah. Basuh pinggan sendiri pon boleh kira dengan jari. Mak aku ni aku boleh katakan. Sangat penyabar orangnya. Biarkan laki tengking2, diam hadap.
Sebab apa, ayah aku ni kalau orang tegur dia balik, dia sentap. Pastu tak cakap berhari2. Last2 mak aku jugak la pujuk.
Dari kecik sampai besaq, hari2 aku hadap diorang gaduh. Kadang benda tu tak dak apa pun, tapi ayah aku nak jugak jadikan isu.
Kadang saja ja bukak peti cari pasal. Padahal tak da apa pun. Saja nak cari point ja. Tapi aku tak nafi, ada side ayah aku yang bagusnya. Bab makan dia tak kedekut dengan anak2 dia.
Barang2 dapur semua dia beli dulu. Tapi dengan mak aku kadang ya. Dengan mak aku nafkah kadang tak bagi. Bab makan pakai ada jugak berkira. Tapi bila tak cukup duit untuk something2, minta duit mak aku.
Jangankan duit nafkah, duit yang dia pakai yang mak aku pon tak terbayar lagi. Tu pon mak aku tak dak pon mintak. Aku tak tahu la. Dengan orang lain, dia boleh gelak2 gurau2. Baik depan orang.
Tapi dengan anak bini, terutamanya mak aku. Dia mesti ada ja angin. Semua tak kena. Nak bergurau pon susah. Dengan orang lain laju jaa nak tolong apa2, dengan mak aku.
Jenuh la tadah telinga dulu sebelum buat. Kadang sampai mak aku makan hati. Banyaklah benda lagi yang ayah aku buat. Jangan aku yang sulung yang hadap dari kecik. Jadi mangsa pon ada.
Tapi macam aku cakap, mak aku tersangatlah penyabar. Kalau orang lain, aku tak tahu lah. Tapi mak aku satu ja. Dia sabaq sampai sekarang sebab anak2 dia. Kekuatan dia.
Sebab dia takmau anak2 dia hidup takda bapa. Tapi aku pon kadang ada emosi. Kadang aku termarah ayah aku bila dia tengking2 mak aku. Aku tahu aku anak derhaka. Aku memang banyak kali marah ayah aku.
Tapi aku ni bukan penyabar macam mak aku. Nak diam ja. Biar ja mak aku kena tengking depan2 orang kadang. Keluar pergi kedai perabot. Kalau mak aku nak yang jenis lain.
Ayah aku nak jenis lain. Dia boleh p tengking mak aku depan2 orang. Maki mak aku. Cakap bodoh pon ada. Dulu aku ingat sebab buatan orang.
Tapi dari kecik saya hadap. Smpai ustaz yang berubat dulu ni cakap. Ayah aku ni memang mulut berbisa. Apa yang dia cakap, dia buat dekat orang, sampai tak fikir apa orang rasa. Takpa.
Tapi, kalau orang buat dekat dia. Cakap tegur dengan dia. Paling tak boleh. Palinglah sentap. Sampai silent treatment dengan anak bini.
Kadang makan minum pon kat luar. Lantaklah yang ada dekat rumah ni. Sepanjang aku hidup, tak da sekali aku dengar dia puji mak aku. Benda simple. Masak.
Tak pernah sekali puji. Complain lagi ada. Buat keja rumah. Dr pg sampai ptg, katakanlah kemas2, tak da sekali nak puji. Nk appreciate.
Yang tahu, complain lagi dan lagi. Hidup dia dh ada serba serbi. Boleh dikatakan sumber rezeki dia bekerja tu, adalah dtg dari mak aku. Family mak aku. Tapi ayah aku tak pernah bersyukur.
Orang bagi apa2 tak pernah nak kata terima kasih. Appreciate. Tak ada. Malah yang dpt, complaint lagi. Apa yang orang bagi, slalu ayah aku cakap itu tak kena ini tak kena.
Sampaikan bukan aku sorang. Adik2 aku yang lain. Anak2 dia nii. Dah cukup tau dah perangai dia. Panas baran.
Angin dia. Sampai sekarang ya. Sebab tu aku decide. Berhenti kerja jauh. Dan keja dekat dengan family. Supaya aku sulung, boleh hadap sama2 dengan adik2 aku mak aku.
Banding dulu, selalu mak aku video call aku nangis2 stress sebab ayah aku.
Doakan supaya kesabaran kitaorang satu family dpt diganti dengan sesuatu yang indah suatu hari nanti.
Doakan semoga ayah aku dilembutkan hati dia. Untuk lebih menghargai isteri & anak2 dia.
Sebab yang akan doa untuk dia, bukan orang luar. Isteri dan anak2 dia jugak. :)
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit