Assalamualaikum. First of all, terima kasih kpd admins yang beri ruang untuk orang jiwa kacau mcm aku confess things anonymously like this. Niat aku cuma nak luah semua yang aku simpan selama hari ni. Aku simpan seorang sampai kadang-kadang aku mula tertekan. Aku cuma manusia biasa yang kadang penat nak hadapi semua ni. Both physically and emotionally. Harap-harap confession aku ni dapat reach orang-orang yang senasib dengan aku.
Bapak.
Seorang yang berjawatan tinggi, gaji besar, good-looking and sopan-santun. Ini apa yang orang luar nampak. Siapa bapak sebenarnya dimata kami anak-beranak? Baran, tak lekat di rumah, tak beri nafkah, tak ambil kisah hal anak isteri, another conservative man with shallow mindset yang kerja rumah, kerja perempuan. Suami dilayan seperti raja. Dia pakai kereta pergi balik kerja joli. Ibu aku pakai basikal sahaja pergi balik kerja dan hantar ambil kami adik beradik dari rumah asuhan. Ibu kerja biasa. Gaji tak banyak. Jadi ibu buat kerja sambilan untuk tanggung kami. Aku membesar sambil memerhati bapak adalah definisi seorang bapa dalam institusi kekeluargaan. Sungguh, aku takut untuk berkahwin. Bila cikgu di sekolah bercerita tentang ciri-ciri seorang bapa, aku cuma menidakkan dalam hati. Bapak aku bukan begitu. Kawan aku pernah cakap, bila dia besar, dia nak cari lelaki yang sama sifat-sifat macam bapa dia. Aku monolog sendiri “Aku nak cari suami macam bapak aku? Gila!?” Malah dia adalah segala-galanya yang aku tak mahu.
Kemudian, aku dapat tahu pula bapak aku curang. Bukan satu, berpuluh-puluh mesej dari orang berlainan dan bukti gambar yang aku dah kantoikan. (Aku lah anak pendosa yang curi-curi nak pakai telefon bimbit bapak sebab canggih siot handphone sabun time tu. Lol) Bapak tak tahu yang aku tahu semua kerja ‘outstation’ dia. Aku tahu sejak aku sekolah menengah lagi. Sejak tu, satu-satu perangai bapak terbongkar. Kami anak-anak kandung tak diberi nafkah. Tapi anak-anak orang yang dia jalinkan hubungan di luar tu dia tanggung macam-macam. Berpuluh-puluh ribu habis. Hak kami diabaikan. Dari dulu, kami anak-beranak memang tak rapat dengan bapak tapi bila aku tahu dia buat semua ni. Aku mula simpan rasa marah dengan bapak.
Aku latih diri aku untuk benci semua yang dia suka. Dari makanan kegemaran hingga ke hobi. Satu-satunya masakan aku tak reti masak adalah lauk kegemaran dia. Basically, aku tak mahu dikaitkan dengan dia. Kebetulan banyak juga features yang aku tak boleh lari dari sama dengan bapak. Darah dan beberapa ciri fizikal. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Duhh. Tapi aku masih tak mahu terima hakikat tu.
Walaupun bapak aku ni buat macam-macam pada kami, kami tetap hormat bapak. Tetap kami jaga bapak. Tak pernah cakap biadap dengan bapak. Cuma dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu sakit peritnya hati kami. Tahun lepas, bapak aku meninggal. Sebelum meninggal, bapak koma seminggu. Tak bergerak. Bergantung pada alat pernafasan. 50-50 kata doktor. Aku tak rasa apa-apa lagi waktu ni. Kosong. Takde setitis pun air mata jatuh waktu tu. Aku sempat jaga bapak. Aku bacakan yasin berkali-kali sambil pegang kaki dan tangan bapak yang dah sejuk. Satu-satunya bahagian yang masih panas adalah kakinya. Aku fikir, selama hari ni bapak tak pernah usap, peluk aku anak perempuannya. Hari itu, aku pegang tangan bapak lama-lama. Puas-puas. Lepas ni tak dapat pegang dah.
Saat-saat terakhir bapak, aku bisik di telinga dia “Mia ni bapak..Mia minta maaf pada bapak salah silap Mia. Halalkan makan minum Mia ya. Mia dah tahu semuanya bapak. Mia tahu apa bapak buat di luar. Apa bapak buat pada ibu, pada anak-anak bapak. Mia maafkan bapak.” Sejurus selepas itu, air mata bapak mengalir perlahan. Dari situ aku tahu, bapak tak boleh gerak tapi bapak dengar apa yang aku katakan.
Hati aku yang kosong kemudian tiba-tiba sebak. Air mata aku pula yang bertakung bila doktor sahkan had nyawa bapak hanya pada hari itu. Apa yang aku fikirkan waktu itu?Walaupun bapak tak jalankan tanggungjawab dengan baik, aku ada satu je yang aku panggil bapak. Lepas ni hanya tinggal ibu. Hari itu, ahli keluarga terdekat mula berkumpul. Waktu tu lebih aku jadi lebih sebak bila doktor sahkan bapak dah meninggal. Aku rela dengan pemergian bapak. Mungkin dengan ini kuranglah ‘tanggungan’nya diluar dan tinggallah yang selebihnya untuk membantu ibu yang selama ini hidup bagaikan seorang ibu tunggal menyara kami sekeluarga. Even lepas kematian bapak, ‘tanggungan’2 bapak cuba hubungi bapak dan ganggu hidup kami. Aku tak faham macamna seorang yanng mempunyai hati dan akal masih boleh kejar suami orang padahal dah tahu status orang dan anak orang tu. Sick! Terima kasih untuk orang-orang ni termasuk bapak aku, ibu aku jadi pesimis dan insecure. Merangkak lah kalian mencari ibu aku di akhirat kelak.
Semua pengalaman ni membentuk aku jadi seorang yang skeptikal dan takut komitmen. Aku jadi takut bila ada lelaki yg cuba dekat dgn aku. Aku tak pernah couple. Tak pernah keluar berdua dengan lelaki. Bila ada senior-senior nak berkenalan, aku fikir yang aku mungkin bakal jadi trofi diorang je.(mcm bapak aku buat) Jadi aku jauhkan diri. Aku terus terbayang bapak bila ada yang cuba dekat dengan aku. Aku tahu. Bukan lelaki yg sama. Apa aku boleh buat bila itu benda pertama yg aku bayangkan? Kadang-kadang aku rasa hati aku saja je mencari persamaan bapak dengan lelaki-lelaki ni.
Ilmu agama aku tak banyak cuma bab aurat dan pergaulan aku sgt jaga sbb aku percaya walaupun keturunan aku tak baik mana. Sekarang aku dah sampai umur untuk mendirikan rumahtangga. Aku percaya ada jodoh Allah dah tentukan untuk aku. Bila saat tu sampai moga Allah buka pintu hati aku kepada jodoh aku. Yang aku harapkan, orang itu bukan seperti bapak. Aku teringin melihat figure seorang bapa yang mithali dalam hidup aku. Untuk anak-anak aku. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
– Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit