Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah confession aku disiarkan admin dengan jayanya. Banyak positif komen yang aku terima, tapi ada jugak yang cakap bapak aku tak sihat sebab ada penyakit was-was. Hahaha. Honestly, kadang-kadang aku pon berfikiran macam tu jugak.
Okaylah, dalam komen tu macam banyak persoalan yang aku baca. Alang-alang tu, marilah aku jawab terus sebelum aku mulakan kisah bapak aku lagi. Awas, entry ini agak panjang ye.Mohon bertabah.
1) Bagaimana penerimaan mak aku terhadap perangai bapak aku?
Mak aku ok je sebab walaupun mak aku suri rumahtangga sepenuh masa, tapi ayah aku banyak ambik alih tugas mengurus rumah tangga semua tu. Lagipun mak aku tak berapa sihat sejak aku kcik lagi. So, bapak aku concuer kerja rumah.
2) Bapak guna sabun apa?
Dulu-dulu time aku kecik, dia guna sabun zaitun yang slogan dia “Gunakan tanpa was-was” tu. Tapi sekarang ni jenama tu dah tak ada, bapak aku tukar ke TOP (sabun & softener). Sebabnya dia kata ada logo HALAL kat sabun TOP. Yang ni aku tak pasti sabun lain ada halal ke tak. Diharapkan company TOP betul-betul jujur lah dengan penggunaan logo tu, sebab bapak aku percaya gila-gila kat company kau ni.
3) Bapak aku askar ke?
Taklah, bapak aku pesara penjawat awam kerja kat pejabat.
4) Macamana bapak ambik wuduk?
Bapak kalau ambik wuduk wajib ada selipar. Selipar tu dia akan pakai sampai ke sejadah. Kiranya kaki dia tu tak akan pijak lantai la. Tapi aku rasa banyak je orang camni kan? Dia tak suka keluar dari toilet berkaki ayam melainkan kat rumah orang dan orang tu tak sediakan. Lagi satu, kalau dia baru keluar dari tempat ambik wudhuk tu, tak payah lah engkau nak bermanja-manja menggesel-geselkan badan kat beliau walaupun wudhuk tak terbatal. Hahaha.. Even, dia tak akan pegang dinding kalau baru keluar toilet tu tau. Makanya tak ada istilah lepas ambik wudhuk, duduk tengok TV sekejap ke apa. Lepas je ambik wudhuk, terus solat. Lepastu, bapak aku kalau kat rumah, dia lagi selesa mandi dulu sebelum solat, so kalau waktu tak kerja tu, kau kiralah sendiri berapa kali dia nak kena mandi sehari.
Okay setel part menjawab soalan. Marilah kita ke episod seterusnya iaitu cara penjagaan kereta oleh bapak. Bapak aku ni yang aku perasan jenis sangat menjaga barang dan sangat organize. Contohnya kereta dia. Bapak ada sebiji kereta zaman 80-an yang dia beli 1st hand dengan hasil titik peluh dia sendiri. Sampai sekarang, kereta tu masih ada, masih digunakan dan cat kereta tu tak pernah bertukar sejak beli lagi. Mesti korang macam nak tak nak je percaya pasal cat kereta tu. Tapi seriously, kalau konon ada orang tercalarkan ke apa, cepat-cepat dia sental balik guna cream anti-calar tu. Kalau tak silap aku yang ada tulis “999” kot. Ke tu untuk kilat tayar eyh? Entahlah, aku pon tak berapa nak pasti.
Alhamdulillah, bapak dan keretanya tak pernah mengalami eksiden, Jadi kereta tu free-accident. Nak kata bapak bawak slow sangat pon tidak. Standard driver biasa je. Berbalik kepada penjagaan kereta tadi, 1st, bapak tak akan biarkan kereta dia kering dengan air hujan. Maksudnya disini, kalau kitorang keluar ke bandar dan lepastu hujan, balik je rumah, terus bapak bilas dengan air paip. Aku pon tak tahu kenapa, tapi itulah yang berlaku. Bapak aku cakap nanti cat kereta cepat rosak. (Maafkan bapak aku kalau salah).Lepas bilas tu, bapak akan lap kering-kering. Kalau time tu dah lewat malam atau bapak penat, bapak just siram je. Biar dia kering sendiri.
2nd, bapak akan elakkan basuh kereta kat carwash. Sebabnya, bapak cakap mostly pekerja carwash terus buih-buihkan kereta dia tanpa buang habuk atau batu-batu kecil yang melekat kat kereta. So, kalau pekerja terus buih-buihkan, pastu terus sental, maksudnya, dia sental dengan habuk/batu kecil sekali kat dinding kereta. Abislah calar dinding kereta katanya. Untuk elakkan dinding kereta calar-balar, bapak akan basuh sendiri. Caranya, bilas dulu kereta dengan air paip, gosok-gosok manja guna tnagan. Lepas dah yakin tak ada habuk melekat, baru guna sabun dan sental. Yang automatic carwash pon bapak kurang gemar sebab katanya macam kasar sangat berus cuci tu. Kadang-kadang nampak dawai besi.
3rd, kalau kita tengah drive, lepastu hujan secara tiba-tiba (tak lebat, baru rintik-rintik), bapak mesti pancutkan dulu air wiper ke cermin sebelum switch on wiper. Pancut 2-3 kali sampai cermin clear, baru on wiper.Katanya kalau terus on wiper, nanti wiper terus seret habuk/batu kecil yang melekat kat cermin tu. Nanti cermin calar jugak. Hahaha.. Betul ke weh?? Aku pon tak pasti valid ke tak reason bapak aku ni, tapi aku ikot weh!! Aku percaya. Hahaha
Sebenarnya banyak lagi yang bapak buat, tapi sebab aku perempuan dan malas nak ambik tahu, jadi aku buat tak tahu je.Selain itu,aku rasa sama je kot cara penjagaan kereta macam bapak orang lain. Macam normal kan, kalau dulu kecik-kecik bapak tak bagi makan benda yang berkuah atau melekit-lekit dalam kereta. Takut tertumpah, nanti satu kerja dia nak bersihkan balik.
Pantang bapak kalau orang buang sampah dalam kereta dia. Mesti ada plastic sampah, kumpul dalam tu dulu nanti dah sampai destinasi, baru cari tong sampah. Tapi kalau perjalanan jauh, bapak bagi je kalau makan-makan dalam kereta, Tapi kena hati-hati la. Sebelum masuk kereta, selipar tu kena goyang-goyangkan bagi pasir turun dulu. Aku rasa benda tu normal je.Banyak je orang camtu.
Sampai sekarang, orang kampong aku dan aku sendiri tak pernah nampak kereta bapak aku dalam keadaan kotor. Kalau kotor pon,cepat-cepat bapak cuci.
Okaylah, sampai disini sahaja cerita aku pasal bapak. Nanti banyak sangat cerita, orang cam kot aku yang tulis semua ni. Kita tamat kat sini ye. Lagi sekali jangan kecam bapak aku tau. Mohon doakan bapak aku sihat ye korang, nanti sape nak buat semua tu? Aku pulak yang rindu nanti. Hahaha.Lagipun musim-musim hujan ni bapak macam kurang sihat sikit.
– Anak Bapak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit