Untuk part I, (https://iiumc.com/bapak-dan-isteri-dari-seberang/).
Terima kasih admin yang telah menyiarkan confession ini. Aku dah baca semua komen.
Ramai yang mengecam bapak. Percayalah, aku di pihak para netizen cuma aku berbinti kan bapak je, hehe. Aku juga tak berniat pun nak settlekan hal bapak ni.
Cuma bila bapak kata dia taknak sambung sekolahkan anak dia, aku kena ambik tahu. Sebab tu aku tulis di sini.
Apa yang korang komen tu aku dah pesan ke bapak baik2. Selesaikan la segala hal sebelum bapak meninggal dunia.
Bapak kata dia dah bernikah dengan M kali ke-2 di pejabat agama negeri dia tinggal dan telah disahkan.
Tapi pelik juga maklumat ibu dalam surat beranak anak dia masih nama orang lain. Bapak jugak takut aku bagi tahu orang, haha.
Pandai2 la bapak uruskan. Anak bapak dan M lelaki ye.
Bapak sebelum ni pun pernah bernikah beberapa kali. Ada bini orang siam la orang itu la ini la. Ada anak pun kami tak kenal siapa, berapa orang.
Bapak kerja bawak lori, jadi banyak tempat dia pergi. Banyak tempat juga lah dia buat bini. Kahwin cerai kahwin cerai sampai la jumpa M.
Orang cakap bawak lori gaji besar tapi aku adik beradik hidup susah. Susah sebab bapak culas nafkah tapi mampu kahwin ramai.
Mak aku (isteri 1st) masa tu, tak mampu nak buat tuntutan nafkah semua tu sebab kos mahal. Jadi bekerjalah mak demi menampung kami.
Bila aku sebut pasal nafkah, bapak cuma gelak hehe je. Tapi bila aku cakap M lari sebab duit bapak dah habis. Dia marah.
Dia cakap M tak pernah minta duit dia walhal M beli barang dapur macam nak buka kedai. Begitu sayang lagi dekat M walaupun dok kutuk2 keturunan M ni. Call lagi M merayu2 minta maaf.
Aku pun ada suruh ceraikan sahaja si M. Tapi bapak macam tu jugak lah, berharap agar M kembali.
Pasal bapak mungkin diguna2 kan oleh M, memang dari awal aku nampak bapak ni macam tunduk je dengan M.
M burukkan bapak depan anak sedara bapak pun bapak masih tersenyum2. Nak bercakap dengan anak2 bapak pun takut2.
Banyak lagi kisah bapak ni tapi setakat ni je la aku share. Apa yang bapak buat sgt memberi kesan yang negatif terhadap kami adik beradik.
Tapi aku mahu simpulkan bahawa bapak telah menjadi manusia yang rugi.
Rugi sebab kami anak2 hanya melihat bapak sebagai tanggungjawab, bukan dengan kasih sayang.
Kalau bapak meninggal pun belum tentu kami mampu menitiskan air mata dengan ikhlas.
Semoga kisah bapak dijadikan pengajaran.
– Apam Balik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit