Bapak Sihat Tapi Malas Kerja

Assalamualaikum harap posting aku disiarkan sebab aku memang perlukan kata-kata nasihat dan pandangan dari pembaca IIUM Confession sekalian.

Aku perempuan, dah berkahwin. Mak bapak bercerai. Ada adik perempuan yang belum berkahwin sorang. Adik aku ikut mak aku. So aku takkan cerita dan ulas tentang adik dan mak aku sebab bukan isu pasal dorang pun yang aku nak ketengahkan.

Cumanya sebelum aku cerita, aku nak clarify yang mak aku masih janda yang sara diri sendiri dengan bantuan adik aku. Mak aku walaupun sakit sakit tapi masih gigih bekerja demi menyara hidup di perantauan. Lain ceritanya dengan bapak aku.

Bapak aku ni umur awal 50 an. Badan masih gagah bekerja. Alhamdulillah masih sihat. Tapi problemnya dia malas kerja ya.

Sejak pkp dia resign (dia resign bukan diberhentikan) dari company lama sehingga saat ini aku menaip ni dia masih duduk di rumah ya selesa tidak bekerja.

Dia masih ada rumah yang perlu dibayar, bil api air, dan komitmen bil telefon serta bil bil lain yang perlu dia bayar tapi dia memilih untuk ignore dan passkan semua dekat aku.

Income aku tak tetap sebab aku ni bisnes online sahaja dan ada terima komisen. So bila kerja makan komisen ni faham faham jela.

Boleh jadi bulan ni dapat ratusan ringgit sahaja. Bulan depan ribuan ringgit. Senang cerita tak stabil. Dan aku pun ada komitmen aku sendiri yang aku kena utamakan.

Walaupun income aku tak stabil tapi setiap bulan aku cuba nafkahi parents aku sebanyak yang aku mampu dan seikhlas hati. Lain ya perasaan memberi dengan rasa ikhlas dengan rasa secara terpaksa. Tiap kali aku hulur duit dekat parents aku memang aku rasa ikhlas.

Cuma aku jadi tak puas hati bila bapak aku asyik meminta minta. Banyak kali aku explain dekat dia keadaan kewangan aku. Dia pun tahu kerja aku, income aku sejak aku sebelum kahwin lagi tapi dia macam susah dan taknak faham keadaan aku.

Aku tak duduk serumah dengan bapak aku. Aku duduk dengan laki aku lah di rumah mertua. Alhamdulillah mertua sangat baik. Aku ni kan bukan jenis berkira, time aku ada duit lebih aku tak kisah bapak aku meminta. Yang aku kisah bila aku kurang duit.

Orang cakap time kita kurang tu lah patut bersedekahkan? Tapi macam mana eh kalau dalam dompet aku ada RM28 sahaja dan bapak aku mintak belikan rokok la, mintak belikan topup la.

Korang faham tak, benda tu sepatutnya bukan atas tanggungjawab aku nak suruh tanggung dia beli rokok. Topup satu hal. Dia sibuk bercinta dengan janda mana tah pastu asik suruh aku topup dekat dia. Padahal duit bulanan aku dah bagi.

Belum lagi soal dia suruh aku bayar rumah. Bil api air mmg aku bayar tiap bulan walaupun aku tak duduk situ. Stress aku.

Suami aku selalu suruh aku sabar sabar sabar. Tapi orang tak duduk dekat tempat aku. Bapak aku tu aku rasa narsistik lah. Dia selalu rasa dia betul. Dia tak boleh ditegur. Banyak kali aku nasihatkan dia suruh keluar cari kerja tp macam macam alasan.

Aku cakap dia tak perlu pun carik kerja berat berat, cukup kerja asal dpt duit je. Sbb duit tu untuk dia juga bukan untuk orang lain. Dia bukan kena sara sesiapa pun. Tapi bila cakap respond dia macam tu jela. Sentiasa ada alasan.

Kalau dia takdapat apa dia nak dari aku, dia ws laki aku. Ya Allah aku malu. Mertua aku sikit pun tak pernah susahkan aku. Tak pernah ambil kesempatan atas aku. Tapi bapak aku, sangat tak malu ya. Selamber badak dia suruh laki aku belanja itu ini. Aku malu.

Dia taknak kerja tapi dia rela tebalkan muka mintak orang belikan macam macam untuk dia. Kalau dia lapar dan kebetulan aku dan suami tak ada duit nak hulur, dia sanggup call kawan dia ajak makan luar dan suruh kawan dia belanja.

Baru ni abang dia datang rumah, dia suruh abang dia belikan milo dan susu tin dalam 5 tin. Aku rasa macam aku ni anak tak berguna tau. Macam tak bagi langsung duit dekat bapak aku.

Mesti orang fikir aku ni anak tak bertanggungjawab sanggup biar bapak sendiri meminta minta dekat orang lain. Padahal aku dah bagi duit tapi duit tu padan habis buat topup telefon dan rokok dia sahaja.

Tolonglah aku. Mungkinlah ada khilaf dari side aku as anak. Aku takdapat nak bagi dia duit yang banyak. Aku akui tu tapi aku pun ada perasaan. Takkan aku dapat gaji semua gaji aku kena taram dekat bapak aku? Dia sihat lagi. Dia boleh bekerja tapi dia memilih tak nak kerja.

Bila dia susahkan suami aku, aku nasihat bapak aku, mesti bapak aku cakap “Alah baru kahwin memang la takut sangat susahkan suami tu” aku macam tergamam kejap.

Please korang ada nasihat or cadangan tak pasal bapak aku ni? Aku sehabis upaya cuba bagi yang terbaik untuk mak bapak aku. Aku pun banyak je apply kerja yang lagi baik so that aku ada gaji tetap boleh fully sara bapak aku tapi belum ada rezeki.

Aku cuma minta kalau boleh bapak aku janganlah terlalu demanding and bersyukur apa ada nya. Janganlah pentingkan diri sendiri. Common sense kena ada. Kalau nak demand lebih lebih tolonglah bekerja jangan jadi biawak hidup di rumah. Sekian…

– anon27 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. sedihnya baca kisah awak. sy pun rasa ayah awak macam nars******. hmm smoga awak kuat ye. cuba awak jauhkan diri dari ayah, bukan bermaksud jadi derhaka tau, tapi biar dia boleh fikir waras. macam kurang waras dh selalu susahkan anak, sampai kacau suami minta duit.

    tak dapat ape dia nak risau pula. Bukan istilah anak je ada derhaka, orang tua lagi ramai zalim/derhaka pada anak2 tau :[

  2. Cuba sesekali jgn bagi apa yg dia minta (selain dt bulanan yg awak bgi tu..), bila dia minta lg, nasihatkan supaya dia guna bajet yg sedia ada utk keperluan spt makanan dan berjimat hingga bln seterusnya.. terangkn, yg awk cuma dpt komisyen yg terhad & awk ada komitmen lain.. cba ‘psycho’ dia utk cari kerja, cth : skrg dia tgh berkawan dgn ‘janda’ tu, cba tnya, adakah dia serius atau hanya nk suka2.. apa pon alasan nya, katakn yg klaw dia nk kawen atau berkawan seksli pon, ia tetap memerlukan ‘kos’, cth nk beli topup atau seseksli nk blanja mkn ke, klaw betul dia nk berkawen (atau berkawan) dgn pompuan tu, dia kna lah ada sumber yg ‘kukuh’ ckit, supaya janda tu masih nk mneruskan hubungan dgn dia.. skrg ni ada je kerja yg x perlu teruk2 guna tenaga, spt jd “guard” di mana2 pej. or institusi.. atau pon klaw dia pandai computer or guna hp pon bole berniaga secara ‘dropship’ dsb.. awk pon mngkin bole tolong carikn atau at least ajar bgmna dia nk bermula.. sng ank, awk perlu tolong dia cari kerja yg sesuai.. hasil income yg dpt, dia bole atur kperlian dia dan tidak lg meminta2 dr org lain.. klau awk ‘larikan’ diri dari dia, mngkin nt dia fikir awak cba sisihkan dia, atau bercerita dgn org begitu, klaw pon awk nk dduk jauh dari ayah tu, pastikan yg dia mampu hidup sendiri dan tidal mnyusahkan org lain.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *