Bapak Suka Menyumpah

Ya, Allah! Aku betul2 sayang pada bapak aku. Tapi aku tak suka dengan sikap dia yang panas baran dan suka menyumpah seranah.

Kata org berkat hidup itu terletak pada keredhaan ibu dan bapa. Aku percaya itu dan aku x tergamak nak cerita buruk bapak aku. Dia baik. Dia penjaga aku dari kecik sampai aku dewasa. Bila aku sakit dia selalu ada. Bila aku ada masalah dia jugak selalu bantu.

Tapi, aku betul2 sedih… Kenapa dia suka menyumpah seranah bila tiba angin panas baran dia. Aku xpaham… Sebab aku belum pernah jumpa bapak kawan2 aku atau sedara mara yg menyumpah seranah anak2 depa. Walau buruk atau jahat mana pun anak depa, depa xkan malukan anak2 dekat kedai kopi dan jaja 1 kampung.

Macam2 aku dan kakak aku kena. ‘Hidup korang xkan selamat, tunggang terbalik, kaki ke atas dan kepala ke bawah lah!

Bodoh, bangang, gila, gampang, babi itu semua dah jadi makanan aku.

Serius… Aku xnak burukkan dia. Apatah lagi cerita kat org luar. Tapi, sekarang aku betul2 stress dan tertekan!

Untuk pengetahuan korang, ibu aku dah lama meninggal. Kat rumah just tinggal aku, kakak dan seorang abang yg jaga dia. Adik-beradik yg lain duduk luar dan ada juga yg dah kahwin.

Bapak aku sakit. Dia strok sebelah badan. Tapi, alhamdulillah dalam masa 2 bulan strok tu berjaya diubati dan dia boleh berjalan semula. Cuma tangan dan kaki dia agak bengkok bila berjalan.

Apa yg buatkan aku terkilan ada sifat panas baran dia. Dari dia muda sampailah sekarang… Bila datang je angin dia semua orang dia marah (pernah juga satu ketika dia halau aku dan beberapa org kakak aku berhambus dari rumah)

Kalo dulu masa aku kecik2 selalu jugak kena pukul (masa tu aku xsalahkan dia, sbb mmg aku nakal masa tu)

Sekarang pun sama. Bezanya tiada lagi tali pinggang atau rotan.. Hanya mulut dia je yg memaki hamun.

Paling kesian kakak aku.. Dulu masa bapak aku kat hospital kakak aku yg banyak jaga dia. Kakak aku belum kahwin. Umur dlm 35 tahun. Sebelum ni dia kerja kilang dan berhenti kerja bila kilang tutup.

Kakak aku banyak makan hati dengan bapak aku. Macam2 maki hamun yg dia terima. “Kalaulah macam ni perangai kamu, sampai bila2 pun kamu takkan kahwin!”

Bila sakit dia datang, dia mengeluh “Biar aku mati je macam ni. Ada anak2 pun semuanya xguna! Menyusahkah!”

Dan banyak lagi kata2 dia yg menyakitkan hati. Aku tak nak cerita lagi kat sini..sebab semuanya menyakitkan jiwa. Kata2 itu 1 doa. Sanggup ke kalau bapak korang ungkapkan perkataan2 mcm tu kat korang?

Bodoh! Gampang! Binatang! Sial!

Allah…

Aku xnak salahkan dia. Macam yg aku cakap tadi.. Dia seorang yang baik… Dia jalankan tanggungjwbnya dgn sempurna dan aku bersyukur punya bapak macam dia. Dia xsejahat mana yg korang fikirkan. Cuma mulut dan bicara dia buat aku terkesan.

Puas aku luahan pada dia… “Abah jangan panggil anak2 bodoh ke apa, mungkin abah lupa apa yg abah cakap… Tapi, anak2 akan ingat.”

Tapi, dia tetap dengan perangai dia.

Jujur! Aku mengaku… Aku pun banyak melawan cakap. Aku bukan anak yg baik. Bila kena maki confirm air muka aku berubah. Aku xsekuat mana nk hadap maki hamun dia. Aku xboleh tersenyum bila dia ungkap kata2 tu.

Kadang2 bila malam aku tengok dia tidur aku rasa betul2 kesian…

Apakah nasib aku bila dah tua akan jadi macam ni?

Xsabar menaggung sakit. Suka marah2 dan sensitif dgn org sekeliling…. Jujur, aku xsanggup nak fikirkan semua itu.

For u guys yg punya anak dan keluarga… Please, kurangkan sifat baran dan maki hamun tu. Mungkin korang lupa apa yg korang cakap pada mereka. Tapi, fahamlah…. Mereka yg mndengar bukannya pekak dan kata2 itu akan meresap kat dalam hati sampai dorang mati.

Aku cuba untuk lupakan semua yg dia maki pada aku. Sebab aku mahu percaya dalam maki dan hamun tu ada doa lain. Doa yang boleh buatkan hidup aku bahagia di dunia dan akhirat. Inya Allah

Macam yg aku cakap berulang2 kali pada korang. Aku hanya nak luahkan kesal yg aku rasa. Dah namanya pun confession kan?

So, jangan kecam bapak aku. Bapak aku baik dan aku sayang bapak aku.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit