Bapaku… II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bapaku/).

Kepada para pembaca IIUM Confession, maafkan aku kerana telah membuat anda semua keliru dengan ceritaku dalam kisah bapaku…

Terpulang kepada anda semua untuk menilai sama ada kisah ini adalah benar atau tidak, demi Allah kisah ini benar dan tidak ada motif untuk aku sekadar mereka cerita. Aku adalah anak yang menyaksikan jatuh bangun bapaku.

Akan ku menceritakan semula kronologi kisah kehidupan bapaku.

Aku akui ada sedikit kesilapan “tahun” ketika confession pertama. Disini akan ku perbetulkan semula agar pembaca faham kronologi kisah hidupnya.

Sengaja aku menceritakan kisah hidup beliau agar aku ada sedikit kenangan untuk diingati apabila tiba masanya nanti.

Untuk pengetahuan semua bapaku lahir pada tahun 1959 di Bachok, Kelantan. Ketika tahun 60an eletrik mula dipasang di seluruh kampung, bapaku pada masa itu masih kanak-kanak berumur antara tadika atau sekolah rendah.

Bapaku yang masih kanak-kanak secara curi-curi telah menonton televisyen di rumah kejiranan bersama beberapa orang rakan-rakan lain sebelum dihalau oleh pemilik rumah.

Bapaku bersekolah di Teknik Johor pada sekitar 70an . Bukan maksud aku untuk menuduh anak-anak cikgu memalsukan payslip,

Apa yang dimaksudkan ialah anak-anak cikgu ini telah meletakkan payslip orang lain sebagai penjaga contohnya seperti dijaga oleh datuk dan nenek, bapa saudara dan sebagainya yang mempunyai gaji yang lebih kecil atau tidak punya pendapatan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Faham lah bahawa sekitar 70an, teknologi bukan lah secanggih sekarang. Bapaku bersahabat dengan mereka dan mereka ini jujur pula menceritakan hal demikian kepada bapaku.

Tidak usah merasa tersinggung kerana perkara ini adalah benar, bapaku hanya meluahkan perasaan terkilan.

Sekurang-kurangnya ia telah membentuk jati diri anak-anak beliau supaya sentiasa memikirkan kesan kepada orang lain atas tindakan yang kita lakukan. Tidak pula bapaku bercerita kepada orang lain atau memburukkan orang lain.

Bapaku menceritakan kisah ini kepada anak nya untuk diambil ikhtibar dan pengajaran. Dan Aku pula hanya menceritakan kepada kalian tentang kisah yang telah berlaku.

Bapaku menyambung pelajaran di Kolej Ungku Umar (nama kolej sebelum ditukar menjadi Politeknik Ungku Umar) sekitar tahun akhir 70an. Memulakan kerja di F3LCRA Berhad pada awal 80an. Berkahwin dan mempunyai anak pertama pada tahun 1985.

Bapaku bersara dari F3LCRA BERHAD dalam sekitar tahun 199x (anggaran). Dan bekerja dengan beberapa buah syarikat lain yang berkaitan kelapa sawit.

Kejatuhan bapaku bermula selepas kembali semula ke kampung halaman,bekerja dengan syarikat swasta sekitar tahun 1999-2000 sehingga syarikat tersebut bankcrupt.

Membuka kedai runcit pada tahun 2001-2002 atas dorongan dan tunjuk ajar ibu saudaraku dengan menggunakan wang terakhir bapaku namun perniagaan kedai runcit itu gagal.

Bapaku menepis segala perasaan malu dan keegoan hanya kerana mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga serta mulut yang perlu disuap. Begitu besar pengorbanan bapaku.

Sebelum ke Kuala Lumpur, bapaku menjual alatan kosmetik dari sebuah jenama bersama ibu ku demi kelangsungan hidup. Sanggup meredah ke felda-felda untuk membuat demo, menjual barang. Kadangkala tidak pulang seharian.

Pernah juga mereka berdua kehabisan minyak menyebabkan kereta tersadai ,pernah juga tayar kereta pecah di tengah kegelapan malam dalam hutan kelapa sawit.

Pernah juga mereka hanya tinggal RM0.50 dalam poket ketika dalam perjalanan menjual barang. Semua itu tidak mudah, sangat getir!

Pindah semula ke kuala lumpur pada awal tahun 2004. Kereta Wira terakhir tidak mampu dibayar adalah pada hujung 2004.

Aku ketika itu masih bersekolah menengah, ketika itulah aku meminta bapaku datang mengambil report card dengan pakaian kemas, berkemeja dan kasut.

Bapaku kemana- kemana menaiki bus INTRAKOTA sebelum bas ini diambil alih oleh RAPID KL. Bapaku tidak jemu berusaha untuk kembali semula kepada kehidupan sebelum ini.

Bermacam-macam cara dilakukan termasuk mencuba membuka bisnes baharu namun masih menemui jalan buntu. Pernah juga ditipu dan dipermainkan oleh orang yang beliau percaya.

Sekitar tahun 2005 mendapat pekerjaan di KE****R P********** , pengorbanan bapaku apabila perlu berulang alik setiap minggu dari Gua Musang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa anak dan isteri. Sedikit pun bapaku tidak pernah merungut walau letih dan penat.

Tempat ini ialah titik permulaan untuk bapaku, terlalu banyak jasanya kepada bapaku serta jasa kawan bapaku yang membantu beliau bangkit semula.

Tahun 2006 bapaku mendapat pekerjaan di Si** D**** Plantation selepas diinterview secara “presentation”. Bapaku telah bekerja selama belasan tahun disyarikat ini.

Pekerjaan bapaku memerlukan beliau untuk sentiasa “update” dengan harga minyak dunia, bukan saja minyak kelapa sawit, bapaku perlu melihat harga minyak kacang soya, minyak petrol, olive oil dan sebagainya kerana ia nya saling berhubungkait.

Bapaku perlu menganalis dan mengetahui waktu yang sesuai untuk membuat jualan dan perlu tahu waktu yang sesuai untuk membuat pembelian kerana ianya memerlukan jangkaan yang tinggi.

Bapaku harus peka dalam setiap langkah yang diambil serta pantas dalam pemikiran dan tindakan. Tersilap percaturan, syarikat akan mengalami kerugian yang besar.

Bapaku juga mempunyai rangkaian yang luas bersama dengan supplier dan customer dari luar negara, beliau menguruskan hal import dan eksport minyak mentah kelapa sawit sebelum ia diproses menjadi minyak masak dan bahan kegunaan lain.

Bapaku juga menguruskan beberapa buah kilang yang memerlukan beliau sentiasa outstation dan membuat pemantauan.

Oleh kerana terlalu sibuk, bapaku hanya sempat tidur selama beberapa jam saja sehari, harga minyak dunia juga sering diupdate mengikut waktu oversea menyebabkan bapaku sering berjaga malam.

Bapaku bersara pada usia 60tahun atas nasihat keluarga kerana risau melihat beliau yang terlalu “hardworking” dan kepenatan. Bapaku mengambil keputusan untuk membuka bisnes menjual Minyak Masak dan mengeksport minyak mentah ke Cambodia.

Bisnes bapaku masih baru bertapak. Oh ya, minyak masak ini bukan jenama Ikhwan dan Siti tetapi bermula dari huruf ”A” based in Bandar Tasik Putri, Rawang.

Aku akhiri cerita ku ini sehingga disini sahaja dan tidak akan ada penyambungnya lagi, aku doakan kalian semua dirahmati Allah dan aku juga memohon kalian mendoakan bapaku dan bisnes beliau semakin maju.

Terima Kasih semua.

– Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *