Assalamualaikum untuk para pembaca dan terima kasih admin kerana publishkan nukilan ini. Disini aku nak sentuh beberapa perkara tentang penderaan mental dalam hubungan. Ini adalah kisah benar aku untuk dijadikan teladan korang.
Shafiqa ialah kawan sebilik aku semasa bekerja. Orangnya putih dan berwajah bersih walau tak bersolek, agak moden (tidak bertudung), bijak dan seorang yang bekerja keras. Ada kwn kenalkan Sha kat budak nama Afiq ni, dan sha memang minat kat Afiq ni sebab dia cool, calm, baik, kelakar, hensem, etc, maka mereka pun couple. Aku xpernah jumpa afiq ni so xtau lah macam mana, cuma dengar2 orang lain sembang pasal dia kat wassap group.
Mula2 Sha kata memang dia happy sangat, sukar nak percaya tapi Afiq ni memang cliche hero drama TV. Romantik, suka surprise, rajin belanja, etc kira perfect lah. Tapi setahun lepas couple Sha ada sembang biasa (bukan demand) pasal kahwin. Sejak dari tu Afiq dah jadi lain. Dia jadi panas baran, senang melenting, suka mengamuk dan macam2. (sebelum ni dia tak pernah marah)
Antaranya Afiq akan mengamuk bila Sha nak datang beraya kat rumah Afiq (duduk satu negeri). Sha jemput Afiq datang rumahnya untuk beraya pun dia tak mahu. Lepas tu Sha bagitau Afiq dah makin menjadi2, pernah sekali dia nak peluk Sha dalam kereta lepas tu Sha tak bagi, dimarahnya Sha dan dihalau suruh balik sendiri. Dan kalau ada apa2 yang buat Afiq marah, Afiq akan salahkan Sha walaupun Sha takde kene mengena. Kira mcm dibuat punching bag dan tempat melepaskan marah.
Jadi aku dan Sha stalk Afiq ni online dan cuba dapatkan cerita dari kawan2 dia. Rupanya Afiq ni bukan orang berada, walaupun dia suka shopping baju kat klcc la jpo la, dan dia kerja kat kedai printing. Sha tak kisah langsung pasal status Afiq (sebab Sha ni keluarga kaya2) dan dia cakap kat Afiq yg dia tahu semua tu, dan dia tak kisah kalau kahwin lambat, tak payah hantaran etc. Afiq ni punya mengamuk sampai dia maki Sha dengan nama binatang haram, celaka semua kata kesat keluar la. Dia siap baling phone Sha sebab marah. Kalau dah sampai tahap ni mesti korang dah nak putuskan hubungan kan?
Haa, ni plot twist dia. Sha ni keluarga bermasalah walaupun dia x jadi liar, jadi dia ada masalah self esteem yang sangat2 tinggi. Walaupun dia kena penderaan mental dari Afiq, dia dah ‘attached’ dengan Afiq sebab dia takda figure role model dalam hidup dia. Bagi dia ni Afiq ni memang is made for her. Sebab mula2 Afiq ni baik je macam malaikat, cuma bila sebut pasal komitmen dia mengamuk, dan Sha ada cakap Afiq ni perfect, dan dia cuma ada SATU je masalah, iaitu panas baran. Jadi sebab itu walaupun Sha dah kena maki hamun, kena caci, kena dera kaw2, bila Afiq datang balik kat dia cakap sorry, bagi dia senyum balik, Sha dah cair.
Nak dipendekkan cerita, Sha kahwin dengan Afiq awal tahun ni, majlis kecil kecilan je, dan Afiq tak jemput seorang pun kawan2 dia. Mereka masih belum ada anak. Lama aku tak dengar pasal Sha, sehinggalah baru2 ni dia mintak nak tumpang rumah aku jap.
Rupanya Afiq mengamuk sampai pukul Sha. Aku dan Sha pegi balai polis buat report sekali dgn hospital cekup. Kat situ barula cerita sebenar keluar.
Afiq ni depan orang memang macam malaikat. Baik, dia siap pimpin tangan Sha, pegangkan barang etc bila keluar. Dan bila mood dia ok, memang dia sangat2 ok. Tolong buat kerja rumah, tolong masak, memang betul2 macam suami contoh dalam drama. Tapi baran dia tu, kalau dah mula, memang tak boleh dikawal. Sebelum kahwin dia maki2 caci hamun Sha, lepas kahwin dia baling2 hempas barang dalam rumah. Dan sampailah satu tahap dia baran sampai jadi gila, dia pukul Sha, baling barang dekat Sha dan cederakan dia. Aku memang kenal Sha, orang dia memang tegas dan lantang tapi dia tak akan pernah caci maki orang, kalau orang marah memang dia akan diam. Dan benda ni jadi tersorok sebab kesan cedera tu tak nampak orang sebab Sha pakai tudung baju tutup semua sekarang. Lepas tu dia akan ‘tersedar’ dari marah dia lepas tu menangis2 merayu mintak maap. Sebab tu lama diorang bertahan. Sampailah Sha kena pukul teruk, dan dia rasa takut, itu yang dia lari ke rumah aku tanpa izin laki dia.
Sekarang Afiq ni tengah disiasat polis. Teladan kat sini aku nak bagitau korang, kalau korang nampak ciri2 panas baran kat bakal pasangan tu, tolonglah berjaga2. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu, dan jangan mudah kesian. Korang kena fikir satu je- orang yang betul2 sayang korang akan sangat takut untuk hurt korang. Tak kiralah dia perfect ke apa, kalau dah diorang hurt korang berkali2, itulah masa untuk berlalu pergi. Jangan sampai korang dah kena belasah baru nak menyesal.
– Aku yang mendengar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit