Hai, assalammualaikum.. Terima kasih admin jika confession ni disiarkan.
Aku perkenalkan diri sebagai Jemah yang pasti bukan nama sebenar la kan. Aku da berkahwin nak hampir 13 tahun ada 3 anak tak sanggup den nak tambah lagi yoo… ada suami yang panas baran..
Ok back to topic aku nak tanya pernah tak anda kenal seseorang yang betul2 panas baran..
Setakat pemarah tu semua ada tapi nii betul2 panas baran.. Tak semua yer pasangan hidup diuji jumpa partner yang baran..
Semua sedia tahu Allah akan jodohkan kita dengan pasangan yg berlainan perangai untuk jadi pelengkap rumahtangga jadi memang jarang sangat laa ko jumpa pasangan yang sama2 panas baran.
Baru2 ni ada terbaca confess pasal dia kata suami baik tapiiii baran punya la ramai dok suruh ceraiii ceraiii tak pon kata TT yang bodo and salah sampai mengeji.
Tak semua benda kita boleh meluah tulis selengkap nya dekat confess nii taw..
Kalau nak tulis 1 persatu dengan terperinci apa yang jadi dalam kehidupan masing2 mahu confess nii jadi novel telenovelaaa…
Aaddddoiiii adik2 macam ni la kita tiada di tempat dia selagi mulut tak boleh nak bagi kata2 semangat atau nasihat yang baik2 lebih baik diam.
Kau tahu tak orang baran nii bukan sebab kita melawan je boleh jadi punca dia naik tangan atau mengila taw..
Kadang cuaca panas pon dia boleh marah, kereta mati tiba2 pon die boleh marah anak2, tengah basuh sudu terjatuh pon die boleh bad mood taw.
Ni nak habak mai pasal suami jemah dia memang baik tolong jaga anak2, mandikan anak suap makan ada tolong kemas rumah bagai tapi dia ada 1 sifat baran yang meletup tanpa diduga.
Anak tak nak kemas barang dia marahnya sebab dia fikir aku bagi arahan kau kena dengar dia,
Dan tak fikir kau baru umur setahun ke baru belajar ke apa sebab bagi aku orang baran ni dia mental bila tengah baran terus jadi tak waras siapa2 ada keliling dia akan kena hentam.
Bila ditegur dia laa orang paling betul dan takkan mengaku salah walaupon memang terang2 dia salah. Penat taw kena urus orang baran ni.
Aku ada terbaca orang kata orang baran ni takkan meletus melainkan ada yang melawan…. Dik oiiiii… Tak semua dik begituu….
Yang betul2 baran sebab benda kecil pon dia boleh terus bad mood and effect orang keliling.
Anak Jemah ni baru 2 tahun suami suruh simpan mainan tapi anak masih nak main tiba2 terjatuh menangis dia salahkan budak tuu kata balasan sebab tak dengar cakap.
Kau rase? Salah budak 2tahun tu sebab cetuskan kemarahan suami aku? Jari dia bengkak sebab gout haa ko jaga2 memang selagi tak baik jari tuu selagi tu la semua benda tak kena pada mata dia. Pening weeeii…
Walaupon dia da elok tenang2 sikit kau terangkan la macam mana skali pon anak masih kecil tak faham pape lagi nasihat la elok2 selagi dia sakit memang semua benda tu tetap salah bagi dia…. Hahahaha…
1 jew tips jemah untuk handle orang baran ni kau kena bagi die menang.. Ego die memang sampai langit ke tujuh la kalau tengah marah.
Kau kena rilek2 jauhkan anak2 dari dia. Jangan la kau suruh dia ambil wuduk ke mandi ke apa rasa memang tak jalan untuk orang yang betul2 panas baran ni.
Style aku kalau nampak muka dia ketat tu faham2 la elak dari dia kau pon dok jauh buat hal sendiri kejap. 13 tahun ni alhamdulillah tiada lagi pernah naik tangan tapi barang rumah aku habis banyak hancuss..
Jenuh nak minta ganti. Jika sampai tahap memukul berkali2 tu memang patut la bawa diri utamakan keselamatan anak2 dan diri sendiri.
Jika sifat baran pasangan masih boleh dikawal tapi tiba2 naik tangan jangan la terus bercerai buat solat istikharah minta petunjuk mana tahu kena dengki ke atau kawasan rumah panas atau sebaliknya.
Sebaiknya jumpa pakar kaunseling sebab orang baran ni macam2 benda boleh jadi punca die marah walaupon hal remeh..
Moga mana2 pasangan yang dapat partner panas baran ni tabah yer. Yang melalui je tahu betapa kuatnya kita untuk bersabar dengan kerenah orang panas baran ni…
Sebab banyak benda tak logik di akal pon boleh cetus kemarahan orang yang baran ni… nak mereka berubah? Hanya doa jelah ysng mampu dipinta hari2..
Moga kita semua dirahmati.
Lots of love,
– Jemah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit