Baran Yang Tak Terkawal

Assalamualaikum semua. Aku Bon, bukan nama sebenarnya. Semestinya la kan bukan nama betul.. gila nak letak nama sebenarnya, haha. Kang 1 bukit bintang kenal aku, hahaha..

Seperti korang baca tajuk aku, itulah aku nak cerita pada korang. Disebabkan aku ada tengok tiktok brader ini. Dia cakap lelaki ini tak boleh terlalu beremosi jika mereka terlalu beremosi bagaimana mereka hendak memimpin. Aku rasa woww betul la itu dia cakap.

Dia kata lagi, bila lelaki itu berkahwin, dan kena uruskan emosi isteri yang sedia maklum wanita kurang akal berbanding lelaki, tetapi lelaki tadi tak mampu urus emosi itu secara baik, makanya apa jadi si isteri itu? Confirm la makan kaki atau maki.

Jika lelaki tak mampu urus emosinya secara baik apa jadi pada rumahtangga tersebut. Hancurr lerr. So ini kisahnya, mengenai keluarga aku..

Aku ini ada 4 orang adik beradik, alhamdulilah cukup sifat semua Allah bagi. Kami ini dibesarkan dengan ayah yang baran. Entahlah aku pun tak faham kenapa ayah aku begitu. Tetapi walaupun dia begitu dia bertanggunggjawab.

Come on gais tak la semua buruk kan. Ayah aku memang baran eventhough benda kecil pun dia boleh marah dan baran. Sebagai contoh tak ikut cara atau apa sahaja dia naik angin cepat sangat marah.

Dan pernah mak aku nak masak gas habis weyh. Mak aku cakap la dengan ayah aku. Gas habis kena pergi beli. Dia marah mak aku kenapa tak check dulu sebelum masak.

Aku macam aikss gas dapur ini kita boleh jangka bila nak habis? Takkan? Jangan sembang korang selalu check tong gas korang hari2 aku pang kang, haha. Ehh baran pulak aku. Sorry gais.

So benda itu sangat kecil just pergi beli sudah la kan. Bukannya tiada duit. Yang nak makan pun dia juga. Tapi kena marah2 dulu baru nak pergi beli. Kan penat itu.

Serius marah2 selalu ini penat tauu. Buang tenaga sebab apa aku kata penat. Marah ini heavy emotion tau. Bila ko bawa perangai sebegini ko jadi cepat penat.

Dan banyak lagi benda yang remeh temeh pun ayah aku ini nak hamuk dan baran. Kena pukul itu dah biasa gais. Aku tahankan je. Nak buat macam mana kadang ada salah aku juga.

Disebabkan kami 4 beradik dibesarkan dalam keadaan seperti itu. Adik aku no 3 ini memang betul2 mengikut ayah aku. Sampai mak aku takut kalau salah cakap. Maki itu dah jadi amalan dia gais. Adik aku ini seorang memang betul menurun dia.

Pernah aku tanya mak aku, masa dia mengandung ada tak ngidam pelik2 ker yang haram sampai adik tahap adik aku jadi gitu. Aku yang kakak dia ini tak dihormatnya. Hawau sungguh. Kalau bab binatang yang haram itu, dah jadi ruji ehh. Dia sebutnya setiap masa.

Ayah aku ini bukan orang tiada agama tau. Solat tak pernah tinggal kopiah atas kepala pun tak pernah tinggal. Tapi dia baran itu aku semua aku tak boleh brain.

Pernah aku goreng ikan tergaring gais. TERGARING bukan hangus ehh. Seingat aku ikan kerisi aku goreng ikan favourite dia pulak. Dia campak ehhh. Allah, makanan itu.

Aku sebagai anak dara yang baru masuk dapur waktu itu mana la aku tahu dia tak suka garing. Katanya tak sedap. Hmmm. Tak boleh ker tegur elok2. Aku fobia nokss!! Goreng la balik, macam bibik kita masa itu haha.

Mak aku bukan tak nak tolong tapi ayah aku nak anak perempuan dia pandai urus kerja rumah termasuk dapur katanya nanti kahwin senang.

Cehh, aku fobia tau setiap kali goreng ikan. Aku tak buat kerja lain dah dok menunggu ikan kat situ. Huhuhuhu. Btw, ikan yang dia campak itu aku kutip aku makan. Tak apa la jadi kucing. Kesian weyh makanan dibuang2 huhu.

Nak cerita ini banyak sangat gais, kalau buat drama boleh jadi cerita macam bawang merah bawang putih punya episod cuma tak ada ibu peri la, hahaha.

Kesimpulannya, kat sini aku nak cakap apa yang brader tiktok itu cakap memang betul. Sebab apa? Kesan pada anak2 la. Abang aku yang sulung jarang balik rumah dah.

Aku ini sebab duduk dekat mak ayah selalu la jenguk. Aku dah kahwin dah. Anak 2 orang dan anak aku 2 orang autisme. Hmm, ini sebabnya aku dikurniakan ayah yang baran supaya aku nak hadap anak2 aku. Aku percaya perancangan Allah baik untuk aku.

Ayah aku dah tua dah, asyik sakit. Tapi mak aku masih bersabar layan kerenah ayah aku itu. Pernah dulu mak aku pun join baran sama. Iye ler sesabar apa pun dia, dia pun seorang manusia.

Meletup gais, bisu la sekejap ayah aku 2-3 hari itu nengok mak aku yang ayu itu meletup seperti gunung berapi memuntahkan lava. Masa itu, aku hanya tepuk tangan dari belakang secara senyap. Hahaha sambil berkata bravo haha.

Sebenarnya, aku ini sedih sebab keluarga kami tak boleh nak berkumpul bersama macam orang lain. Sebab inilah, adik aku no 3 ini tak boleh salah cakap sikit mula nak bergaduh.

Keluarga kami hancur korang. Masing2 buat hal sendiri. Kalau boleh berkumpul pun, jangan la ada tersalah cakap memang berperang weyh.

Apa guna solat tapi bila dengan keluarga dilayan seperti musuh. Tiada saling hormat menghormati. Tiada berkasih sayang. Aku cemburu tengok keluarga yang full in love. Aku tak merasa.

Aku tak harap dan tak nak benda sebegini jadi pada korang yang membaca. Aku harap korang baik2 sahaja.

Pada lelaki yang bujang belum berkahwin pelase korang jangan baran. Jaga2 la emosi korang, bukan senang nak bentuk keluarga yang sakinah mawadah warahmah ini.

Contoh pada keluarga aku ini, nak buat family gathering ker apa memang susah. Sebab masing2 baran macam telan bara api, hahaha.

Korang jaga keluarga elok2. Dan aku tengok tiktok juga, 1 vtt ini seorang lelaki indonesia dia penjaga orang tua2. Kebanyakkan orang tua2 dalam jagaan adalah lelaki.

Dan 87% tak silap aku adalah mereka yang tak layan isteri dengan baik. Bukan sekadar selingkuh sahaja eh, tak jaga emosi salah satu isteri itu angkat kaki.

Buat baik dengan keluarga dulu berbanding orang luar. Sebab yang nampak baik dari luaran belum tentu baik dari dalaman.

Sekian dari Bon,
Yang harap kasih sayang.

– Bon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sebab dalam salah Prinsip Rukun Negara ialah:

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN. kerajaan nak kita jadi warga yang bertatasusila baik dan berbudi pekerti.

    dalam agama kita perlu jadi orang yang beradab dan berakhlak mulia.

    Marah2, Baran2 ni sifat Setan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *