Baru Aku Faham Kenapa 9/10

Assalamualaikum, terima kasih kerana menyiarkan luahan hati ini.

Kami berniaga belum sampai setahun, sebenarnya saya hanya membantu suami yang kehilangan pekerjaan hampir dua tahun akibat daripada kejatuhanan ekonomi. Ada sedikit simpanan saya keluarkan modal untuk berniaga di samping minat yang tak kesampaian. Alhamdulillah juga pihak berkuasa tempatan luluskan sewaan kedai yang murah hanya sebulan RM120. Walaupun kedai kecil dan tersorok tetapi berakahnya ada. Suami baru berniaga dan saya bekerja makan gaji sebagai penjawat awam kumpulan profesioanal. Sudah hampir 15 tahun saya bekerja apa yang saya lalui banyak peritnya, banyak cabaranya benar apa yg pernah saya terbaca dalam luahan cenfession sebelum ini yang menulis cabaran kerja makan gaji ini bukan perkerjaan itu tetapi orang-orang disekitarnya, ada yang baik ada juga yang pentingkan diri, bertarung nak naik pangkat dengan menjadikan orang lain sebagai batu loncatan, lebih lebih lagi di zaman whatsup, facebook, telegram ini kalau tak upload gambar buat keje kat laman sosial macam tak dikira bekerja namanya, kalau banyak upload gambar dan letak status dikira paling rajin berkerja.Nak tegur dan nak menyindir oran pun senang terus guna laman sosial, tapi kalau silap sendiri pandai pulak berdiam diri. Namun ada juga sahabat saya yang memang sengaja tak mahu ada facebook dan Whatsup kerana malas melayan kerenah manusia yang ada setengahnya hanya pentingkan diri dan suka mengaibkan orang. Berkerja di bawah organisasi memang banyak isu dan perkara remeh yang menjadikan saya belajar bagaimana untuk menjaga hati sendiri tanpa menyakiti hati orang lain dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Saya selalu memegang kata-kata hikmah sekiranya musuh itu lebih banyak membuatkan kita berdoa dan lebih dekat kepada Allah maka ia lebih baik daripada sahabat baik yang melalaikan kita. Walaupun saya sudah lama berkerja namun jiwa saya masih kosong, adakah iman saya yang kosong.. mungkin jua.

Beza sangat berniaga dengan kerja makan gaji ni, Bukan bermakna saya abaikan kerja saya dengan berniaga, saya hanya membantu suami dari segi pemasaran online dan sedikit sebayak berurusan dengan customer biasanya diluar waktu bekerja, malam, hari cuti atau saya sendiri yang mengambil cuti kerja kerana selebihnya suami yang uruskan.
Dalam tempoh sebelum setahun kami berniaga barulah saya faham kenapa nabi bersabda 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Adakah rezeki perniagaan itu dapat duit semata-mata, ohh saya belum kaya pun berniaga, apa yang saya dapat adalah rezeki bertemu dengan orang yang baik-baik dan ramai yang berada di luar sana begitu baik dan indah hatinya membeli untuk bersedekah, membeli untuk memberi dan bayak kebaikan yang dapat saya jadikan pengajaran secara tidak langsung. pelanggan selalu membuatkan saya happy, hubungan saya suami dan anak-anak lebih rapat kerana bekerja di bawah satu bumbung dan selalu ke mana-mana bersama-sama. saya lebih banyak mengenali dunia luar yang sebelum ini terasa sempit. Walaupun ada pelanggan yang tak perpuas hati dan memarahi saya, tetapi bila kita berniaga jujur tidak mengaibkan satu sama lain dengan doa dan niat mencari rezeki pelanggan itu sendiri yang datang membeli lagi barang kita. Malah hubungan dengan Allah juga lebih baik kerana bila semakin selalu kita solat malam, zikir dan membaca Al Quran kerana meminta rezeki maka semakin ikhlas hubungan kita dengan Allah. Saya selalu teruja dengan memberi emogi positif, kasih sayang kepada pelanggan secara automatik daripada emogi indah yang saya beri itulah yang berbalik kepada saya.Tentang duit Alhamdulillah ia terus mengalir seiring dengan kebahagian, kasih sayang, kesihatan dan keimanan. Itulah setakat ini yang saya faham 9/10 peratus rezeki dari perniagaan yang saya sendiri alami dan saya berharap agar banyak lagi rezeki yang datang dari pelbagai bentuk yang saya minta Allah kurniakan kepada kami. Insya Allah.

– FAHIRA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit