Baru Kahwin 3 Bulan Tapi Su4mi Dah Curang

Saya baru berkahwin dan usia perkahwinan tak sampai 6 bulan lagi, tapi baru-baru ni husband saya kantoi curang dengan perempuan lain.

Saya nak mohon pendapat terutama yang pernah berada dalam situasi saya.

Sebelum husband saya kantoi berhubungan dengan perempuan lain, instinct saya kuat mengatakan yang dia masih contact dengan perempuan-perempuan yang dia berkenalan sebelum kami berjumpa dan berkahwin.

Sebabnya husband selalu cerita kisah-kisah jodoh tak berpanjangan dia ke saya.

Pada saya, kalau cerita dah lepas, saya ok je.

Tak sangka dalam diam, husband masih keep in touch dengan kawan tapi mesra dia. Masih simpan perasaan rindu dan sesal tak berjodohan dengan bakal isteri tak jadi.

Kecewa bila saya baca mesej antara husband dengan perempuan tu.

Bersayang-sayang, saling meluah rindu dan husband pernah ponteng kerja semata-mata nak hantarkan kek birthday ke perempuan tu.

Hancur hati saya bila saya tengok balik tarikh-tarikh mesej mereka,

Dalam masa mereka berhubung tu pada masa yang sama saya dan husband ada je bergelak ketawa sama-sama, keluar makan dan bercuti berdua.

Selepas kahwin, saya dan husband banyak selisih faham.

Saya mulanya fikir sebab masing-masing nak adjust dari hidup bujang ke hidup berdua, of course gaya hidup berbeza.

Dia jenis yang perfectionist dan anggap cara dia je yang betul. Cara saya sama ada kurang tepat atau completely salah.

Mulanya saya ignore je anggap yang cara dia, cara dia. Cara saya, cara saya. Tapi lama kelamaan, benda yang kecik pun jadi isu. Contoh bila saya tengah masak dan terlepas sudip.

Bunyi sudip tu terjatuh ke lantai buatkan dia terkejut dan tengking saya. Instead of tanya elok-elok saya ok ke, terpercik minyak ke, saya pulak yang kena marah.

Atau bila saya terlupa buat benda yang dia suruh masa waktu kerja sebab saya busy focus kerja dan terkejar nak siapkan tugasan, dia kata saya ambik endah tak endah dan tak respect dia sebagai husband.

Sejak kahwin, saya jadi pelupa sangat. Tak tau sebab tak cukup rehat atau sebab stress.

Saya exhausted sangat mentally dan physically.

Bila kerja, memang pulun kerja dan bila balik rumah, saya kena buat kerja-kerja rumah pulak. Husband tak nak tolong sebab katanya itu tanggungjawab saya walhal kami sama-sama kerja.

Tambah lagi, saya cuma ada masa dari isnin hingga khamis je untuk settlekan basuh baju, iron baju kerja dan kemas rumah which is lepas balik kerja.

Hari jumaat dan weekend dah tak sempat sebab wajib balik ke rumah parents dia.

Sebelum ni saya masih sangka baik lagi dan cuba bertahan walaupun saya penat sangat. Tapi kemuncaknya bila saya terjumpa mesej dia dengan perempuan tu. Saya give up.

Bila dah nampak true colours husband dan kecurangan dia, hati saya hancur sangat. Menyesal sangat kahwin.

Rasa macam salah pilih suami. Dahla dia banyak kritik saya itu ini, dia curang pulak.

Bila husband dah kantoi, dia menangis merayu-rayu maafkan dia.

Saya sejujurnya waktu tu saya dah tawar hati. Dia clear chat dan block nombor telefon perempuan tu tapi faham je la Whatsapp kan, nombor telefon tu masih appear lagi kalau tak delete chat.

Dan sejak kantoi tu jugak dia mula sorok phone dia.

Bila saya datang dekat dan waktu tu dia tengah guna phone, terus cepat2 dia keluar dari Whatsapp dan letak phone dia kat tepi. Bila dia buat macam tu, lagila saya suspicious.

Bila saya mengadu ke mak mentua saya, mak mentua saya kata kenapa saya check phone husband? Salah saya pulak.

Bila saya mengadu ke mak saya, mak saya pulak mintak saya bersabar padahal yang buat salah tu husband saya sedangkan sebelum saya kahwin dulu, mak saya pernah kata kalau husband curang, memang dia tak boleh tolerate.

Saya lost. Sejahat-jahat husband saya curang, at least mak dia defend dia.

Mak saya? Saya end up pergi jumpa psychologist sebab tak tahu nak cerita ke siapa tapi even psychologist pun pesan saya kena bersabar dan observe husband kalau dia berubah.

Pyschologist pun kata saya tanda-tanda depression tapi sebab saya masih boleh bertindak waras lagi, katanya depression saya masih boleh dikawal tanpa ubat.

Walhal bila saya drive, saya asyik terfikir nak accident dan mati terus. Kalau pegang pisau, saya rasa macam nak kelar tangan saya. Saya dah penat.

Sekarang ni saya penat sangat. Saya nak cerai sebab saya asyik teringat mesej-mesej yang dia hantar ke perempuan murahan tu.

Walaupun husband sekarang dah tone down dan dah kurang marah-marah, ada hari-hari yang saya rasa down sangat sebab takut dia ponteng kerja dan contact perempuan murahan tu.

Susah saya nak terima dan maafkan suami sebab dah aniaya dan tipu saya tapi husband tak nak ceraikan saya.

Saya agak dia tak nak cerai bukan sebab masih sayang saya tapi malu kalau orang tau tak sampai setahun kahwin dah bercerai dan punca cerai sebab dia curang.

Apa yang saya boleh buat dalam situasi ni? Sebab bukti yang saya ada cuma mesej antara husband dan perempuan tu.

Saya takut kalau permohonan cerai saya tak cukup kukuh untuk hakim terima. Tolong saya.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *