Ini luahan. Ini juga peringatan. Nak kata sebagai nasihat, rasanya tak berapa nak kena. Ianya lebih kepada peringatan supaya mereka yang sama dengan situasi macam aku untuk sentiasa beringat.
Berhati hatilah dengan politik di pejabat. Lebih lebih lagi di dalam syarikat orang kita. Aku pernah bekerja dengan 3, 4 syarikat yang bukan milik bangsa orang kita. Faham faham jelah ya?
Tak pernah aku jumpa masalah politik di syarikat2 ni. Suasana kerja aman dan seronok walaupun penat, cuma rezeki dekat tempat tu tak panjang. Masalah kewangan.
Aku dah menyesal dan aku serik. Serik sebab apa? Serik untuk rajin dengan membuat kerja kerja yang di luar skop kerja atau berlebih lebihan dalam menyiapkan kerja.
Tak ada makna kalau kau perform bagus bagus pun. Buat penat diri sendiri je. At least di tempat aku ni lah. Nanti aku ceritakan kenapa.
Lebih sedekad aku bekerja dengan syarikat ini. Banyak cawangannya di Semenanjung. Salah satu cawangannya di kampung halaman aku juga. Seronok kerja di kampung halaman ni ye tak?
Senang dan mudah tanpa perlu banyak fikirannya. Aku jadi bersemangat dan rajin. Dulu masa belajar kaki ponteng kuliah je. Entah kenapa bila di alam kerja ni boleh jadi rajin pun aku pelik.
Sekarang sudah hampir setahun aku berpindah ke cawangan baru yang letaknya jauh di negeri orang meninggalkan kampung halaman.
Adakah aku yang secara sukarela mohon perpindahan ini? Tidak sama sekali. Aku dipindahkan secara “paksa rela”. Take it or leave it kata mat saleh.
Begini ceritanya…
Disebabkan aku ni entah macam mana boleh jadi rajin, aku tak kisah pun untuk multitasking. Kerja hakiki buat, kerja tambahan pun aku terima.
Ini memberikan senyuman lebar kepada orang atasan. Sebab aku jenis tak berkira. Makin banyaklah kerja kerja lain yang bukan hakiki jatuh kat tangan aku. Jenis tak menolak kerja kan? Bawak balik kerja buat sampai 2-3 pagi tu biasa dah.
Salah satu kerja tambahan yang aku kena layan adalah promosi. Untuk syarikat ini bertahan, WAJIB ada promosi yang kuat.
Maka aku tak kisah kalau kena buat promosi atau bahan promosi. Kadang kadang orang tak suruh pun aku buat. Sebab apa? Sebab aku nak syarikat ni bertahan.
Ini kampung halaman aku, mestilah aku nak kerja lama dan kekal stay sini kan? Aku pulak bukan jenis kerja di satu tempat tapi dalam masa yang sama sibuk dengan Plan B untuk cabut ke company lain bila ada peluang, bila mula nampak masalah.
Bagi aku lebih baik sama sama kita naikkan company tempat kita kerja.
Dekat 7 tahun aku layan kerja kerja tambahan ni. Langsung aku tak berkira. Merungut tu ada jugak tapi kerjanya, siap.
Dipendekkan cerita, dalam satu kerja promosi tu, aku ada buat SATU kesilapan, dan ianya blown out of proportion sehingga membuat beberapa pihak “triggered” sungguh nampaknya.
Benda yang aku buat dan nak sampaikan tu betul OK tak ada salah pun, tidak menghina langsung pun malah ianya kebenaran yang hak tapi entah lah, ada tangan tangan ghaib yang sentap.
Tak lama selepas itu, aku dipindahkan atas arahan HQ. Tak ada sebab musabab lain dah. Hampir sedekad aku di cawangan ni kenapa tiba tiba kena pindah pulak kan?
Tapi dalam surat ditulis “Due To Managerial & Manpower Restructuring ”. KEPALA BANA punya reason. Tak mengapalah, hanya sekadar tangan tangan ghaib yang mempunyai kuasa di dunia.
Maka aku redha je lah dengan perpindahan secara paksa ni. Aku bukan jenis nak merayu melutut mengampu guna cable sana guna cable sini untuk melepaskan tengkuk.
Apa yang datang, AKU HADAP sendiri. Aku takde cable pun. Bos cawangan aku pun pelik kenapa aku tak hantar surat permohonan penangguhan pindah.
Masa aku kena hadap orang orang atasan HQ pun ada seorang kawan ni bertanya, “kau takde ke benda yang kau boleh guna guna ke baca baca ke untuk hadap orang orang macam ni?”. Aku geleng je. Tak perlu nak syirik untuk lepaskan diri.
Sekarang hampir setahun aku dipindahkan. Di tempat baru ni aku jadi slow. Malas dah nak beriya iya berlebih lebih bagi output. Aku cukup serik dan down.
Serik kena pindah? Tidak. Yang buat aku serik dan down bila aku dapat tahu punca sebenar aku kena pindah. Angkara tangan tangan ghaib yang kerjanya kuat mengadu domba. Bacul.
Rupanya, selama ini di tempat lama aku ada yang kerjanya memerhati dan menyampai. Spy lah senang cerita.
Setiap benda yang boleh disampaikan, laju disampaikannya. Setiap apa yang boleh di screenshot, laju di sentnya. Ada imbuhan tambahan agaknya.
Aku pulak jenis yang tegas bersuara pada benda yang aku yakin tak betul dan tak kena pada haknya.
Beberapa tahun yang lalu ada khabar angin anak anak buah aku yang kontrak nak di berhentikan. Mereka akan diganti dengan barisan staf tetap yang “tidak kena pada kerja hakiki”.
Aku membantah dengan tegas. Benda tak betul takkan nak diam kan? Anak buah kena backup sebab di situ hak mereka. Rupanya dari situ lah, aku mula diperhatikan. Nama aku mula berada di dalam radar HQ sebagai staf “samseng”. Hahaha….
Dalam grup promosi, kalau ada benda yang tak berapa kena atau tak sesuai, aku tegur dan beri cadangan.
Ada barua yang tak senang rupanya. Habis segala gala yang aku taip di screenshot dan terus singgah ke HQ. Entah berapa banyak screenshot pun aku malas nak pikir.
Macam mana aku tahu semua ni? Sebab itulah yang menjadi belasahan dalam sesi aku mengadap orang di HQ. Dari situ aku tahu adanya barua di dalam organisasi.
Dari situ jugak lah aku simpulkan bahawa keputusan memindahkan aku ini lebih kerana punca itu sebenarnya. Benda yang aku tersilap buat tu cuma sekadar “bola tanggung” yang tiba setelah dinanti sekian lama.
Bila difikirkan balik, macam tak ada makna pun aku selama ni buat kerja beriya bagai. Jasa jasa aku bertahun terhina terbangsat terpadam dengan satu kesilapan. Lebih baik aku low profile di tempat baru ni. Lagi selamat. Sebabnya…
Apa beza dengan staf lain yang low profile memanjang? Menyorok tengkuk selagi boleh? Datang pagi punch in, cukup masa balik. Cukup bulan gaji masuk. Cukup tahun gaji naik.
Apa beza dengan staf yang jarang ambik serius pasal promosi? Yang ada je alasan menolak kalau kena buat promosi? Yang kalau buat promosi pun sekadar terpaksa? Cukup bulan gaji masuk. Cukup tahun gaji naik.
Apa beza dengan staf yang berkali kali dapat non conformance sewaktu audit? Yang berkali kali dapat warning dan dalam perhatian? Cukup bulan gaji masuk. Cukup tahun gaji naik.
Maaf kalau aku di tempat baru ni tak setrampil di tempat lama. Sebab aku serik. Aku sekarang datang kerja selesaikan mana yang hakiki. Cukup masa, balik. Nothing more nothing less.
Tak ada makna nak singgah lepak minum berbasa basi. Sebab mungkin dari situ, segala tutur kata kita boleh di adu dombakan. Dalam grup pun aku bisu. Taip apa yang perlu je. Risau kalau kalau ada jugak kaki screenshot di sini.
Itulah kisah yang aku nak sampaikan. Kepada mereka yang baru bekerja, jangan percaya sangat orang kiri kanan tu. Confirm akan ada barua.
Kau buat kerja kau je. Tak lebih tak kurang. Kalau ada apa apa yang tak kena, nak bersuara tu boleh, tapi mungkin nama kau mula di perhatikan oleh orang yang mudah triggered ni.
Jangan taip sebarangan terutama di dalam grup umum. You’ll never know where that screenshot is gonna land.
Sekian,
– Samseng Kg Dusun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit