Tiada niat untuk hancurkan harapan,
Bukan pula hanya nak mempermainkan,
Mungkin ini takdir yang perlu ditelan,
Perkenalan ini hanya sebuah ujian.
…..
Dewan nikah telah pun siap ditempah, persiapan lain juga hampir semuanya sudah tersedia, masa hanya tinggal lagi dua minggu sahaja. Aku nekad batalkan majlis selepas mohon petunjuk Dia.
Sebelum menjelaskan kenapa, perlu aku tegaskan disini bahawa aku dan dia tidak seperti pasangan lain yang bercinta.
Taaruf kami terlalu “ekspres”. Ibarat harini bertegur di social media, selang sehari dua dia datang jumpa keluarga dan tanpa buang masa, dia dan keluarga aku proceed untuk bincang tentang nikah.
Aku sendiri tertanya-tanya macam mana boleh semudah ini perjalanannya. Aku hanya iyakan walau saat itu, masih ada perkara yang belum SELESAI.
Oleh kerana aku baru sahaja balik dari Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, masih segar di ingatan aku betapa bersungguhnya aku berdoa di depan Kaabah agar Allah hadirkan seseorang yang tepat sebagai jodoh aku.
Sebab tu, hadirnya dia disaat aku sedang CELARU membuatkan aku terdetik – mungkin ini jawapan untuk doa yang aku tunggu.
Jarak umur kami hanya setahun. Umurnya 26. Seorang hafiz yang berada dalam bidang agama, hafalan Al-Qurannya sempurna. Ada rupa paras yang menyenangkan mata dan keluarganya juga baik-baik belaka.
Lifestyle dia : Al-Quran, superbike dan gym. Ya, boleh dikatakan, dia antara lelaki idaman wanita.
Sebelum ni, aku pernah bercinta bagai nak rak. Sayangnya, semuanya tak direstui. Banyak halangan, ujian dan rintangan yang berlaku sana-sini.
Jadi, bila laluan kali ni terlalu mudah jalannya, aku tolak tepi kemahuan diri. Cuba untuk terima dengan hati yang terbuka. “Follow the flow” – ini orang putih kata.
TAPI…
Hakikatnya, bukan dia yang ada dalam fikiran aku setiap hari, bukan panggilan/mesej darinya yang buat aku ternanti-nanti, dan bukan namanya yang ada dalam hati.
Sedaya upaya aku cuba tepis perasaan tak tetap pendirian ni. Tapi aku tetap sangsi. Aku makin kusut memikirkan itu ini.
Ketika rombongan merisik sampai, aku hanya ada selama separuh hari di majlis sendiri.
Selesai sahaja sesi bergambar, aku bawa diri. Berjumpa dengan orang yang sebenar-benarnya aku letak dalam hati. Seorang army.
Kuasa Allah yang takkan dapat ditandingi, tiba-tiba ada sesuatu yang terjadi.
Dari 10 sebab kenapa aku dan dia takkan boleh bersama, kini bertambah lagi satu perkara. Allah izinkan lagi sekali untuk aku mengetahui kerahsiaannya.
Selama ni, memang hidupnya yang penuh rahsia yang membuatkan aku banyak derita.
Ini juga antara salah satu sebab aku buka hati untuk orang selain dia. Aku sedar aku hanya mainan yang dipergunakan olehnya. Kami juga takkan kemana.
Rahsianya yang terakhir, aku genggam dengan amarah. Dia juga silap langkah, mencabar untuk aku kedepan kalau-kalau aku berani bongkarkan.
Aku tak fikir panjang, aku beranikan diri kedepan sebagai orang yang lantang bentangkan kebenaran. Kami saling menghentam. Fasa ni ibarat satu titik hitam.
Hidup makin rumit apabila sepatutnya aku dah patut benci dia lebih dari segala-galanya, tapi aku tetap tak boleh hilangkan nama dia dari jiwa dan raga.
Aku rasa tindakan nikah dengan orang lain untuk sekadar buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa dia bukanlah satu benda yang betul.
Ibarat aku memperguna orang lain untuk lupakan dia pun iya juga. Tak mustahil ianya takkan sepenuhnya berjaya. Hanya akan buat orang lain sengsara.
Dilema. Aku memang tiada hati untuk teruskan majlis disaat banyak ujian menerpa. Aku juga belum bersedia. Aku nekad untuk batalkan semua perancangan dan usaha.
Sekali lagi, aku beranikan diri, kalini kedepan demi hak dan masa depan diri sendiri. Aku hadap kedua-dua belah family.
Sebaik mungkin aku cuba terangkan dengan berhati-hati. Bakal bridesmaid, photographer, make-up artist semuanya aku hubungi untuk maklumkan tentang perkara yang tak jadi.
Hiduplah aku dalam keadaan merawat hati sendiri tanpa sesiapa. Dia atau dia, dua duanya dah tiada. Sekarang watak yang ada cuma diri aku sendiri sahaja.
Untuk kamu, insan yang tak berdosa, aku mohon maaf atas segalanya. Semoga kau bertemu jodoh yang sebenar-benarnya. Yang lebih baik dari aku dan lebih sempurna.
Kita takkan temui cinta dari orang yang telah terbunuh jiwanya.
– Mess (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit