Batas Pergaulan

اسّلام عليكم,

First sekali, terima kasih andai kata confession aku dapat disiarkan. Kalau tak dapat, takpelah. Takde rezeki. Hanya admin sahaja yang baca pun takpe, moga admin sendiri boleh membawa isu ini untuk diketengahkan dalam masyarakat kita sekarang.

Aku nak tegur sikit tentang batas-batas pergaulan lelaki-perempuan tak kira sesama kawan, colleagues, staff-boss. Isu ni ada yang dah celik tapi masih tidak dapat perhatian ramai.

Ramai yang aku jumpa & aku kenal, bila berkawan mereka tak jaga batas pergaulan. Tepuk tampar sana sini. Cubit-cubit. Iyalah, aku faham. Remaja-remaja kan berdarah muda aumm. So curiousity nak try sentuh-sentuh ni, tinggi. Okay takpelah kalau kau dah dibesarkan macam tu, family tak kisah. Tapi tak semua orang kau boleh treat dengan cara yang sama. Kau kena pandai baca dulu orang. Ni tak, Mamat / Minah tu punyalah jaga wudhuk ke apa ke, kau slumber je tepuk badan dia, tangan dia, tarik / cubit tangan dia  Pang kang !

Dalam case colleagues pula. Satu tempat kerja. Ni lagi lah, isu yang sangat serious. Isu yang harus diketengahkan tidak boleh diketepikan. Aku tengok suami orang atau isteri orang, slumber je buat jokes lucah-lucah. Sampaikan ada yang kalau isteri orang tu, pergi cerita lelaki diaorang punya “tuttt” besar mana panjang mana, macam mana action atas katil. Stupid ke tak tahu malu ni ? Yang lelaki pula, amboi share gambar perempuan body hot-hot group, duk main keneng-kenengkan dengan perempuan lain dalam tempat kerja tu. Mana maruah korang ? Mana pegangan agama korang ? Malunya Ya Allah.

Aku kesian dekat suami / isteri orang yang dah menjaga bagai nak mati batas-batas diaorang. Sampai ada yang kena label “kera sumbang”, “anti-sosial”, tapi ada je pengacau-pengacau syaitan ni cucuk line. Main suka hati je sentuh, cubit, whatsapp. Sekarang kan ada social media. So lagi lah. Ada yang sampai semangat tu pergi stalk lelaki orang komen-komen dekat post lelaki orang buat ayat mesra-mesra (bagi yang tak private social media). Kalau ada yang private, Ya Allah, ada yang siap stalk kawan-kawan kepada lelaki / perempuan tu lagi, lepas tu komen lah benda yang tak sepatutnya dikomen yang boleh menimbulkan fitnah. Sumpah, aku tak faham manusia yang terlaku gedik dan gatal macam ni. Apa yang kau mahu ? Kesian betul yang dah menjaga gila-gila. Lagi satu, aku kesian dekat spouse mangsa tu je. Tak pasal ada salah faham. Pastu cerai lah apa lah. Yang dah bertunang, putus tunang. It happened. Sebab apa ? Sebab benda-benda macam tu memang menimbulkan persepsi buruk terhadap mangsa. Orang akan kata “masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin”.

Satu lagi. Faham-faham je lah kalau orang dah tak reply whatsapp personal kau tu. Itu maknanya, orang tu tak nak cipta satu isu yang boleh menimbulkan fitnah. Apa salahnya kau mesej je lah dalam group tu. apa masalah kau ? Apasal ? Kalau mesej group kau tak boleh nak gedik-gedik dah kan ? Ke isi mesej kau tu dah memang salah ? Contohnya, minta tolong orang lain punch card bila kau malas datang kerja ?

Antara staff-boss. Biasa yang aku banyak nampak, boss tu lelaki, staff tu perempuan lah. Banyak sangat dah aku nampak. Perempuan zaman sekarang, ramai yang tengok poket lelaki tebal ke tak (Aku tekankan ye, tak semua tetapi ramai). Asal poket kepuk-kepuk, on ! Dia mulakan lah projek goda boss dia. Kalau tak dapat goda, habis dia tabur fitnah. Jangan main-main dengan perempuan azam kuat ni. Selagi dia dapat laki tu, apa saja dia boleh buat. Bomoh pun takde hal lah. Pakcik aku sendiri kena bomoh dengan bomoh Thai, sampai tinggal sehelai sepinggang. Mujur ada baju nak pakai lagi. Sedih.

Tapi paling sedih sekali bila, kawan kau tikam belakang kau. Harapkan pegar, pegar makan padi. Bila kawan kau sendiri buat dajal dekat kau dengan isteri / suami kau. Amat sedih & geram. Please, take care of this issue well. At least, respect others’ beliefs, others’ lifestyles.

Sekian. Itu sahaja confession aku buat masa ni. Kalau ada rezeki, admin siarkan. Aku akan tulis lagi isu-isu lain. Terima kasih.

Yang amat berharap,
Outside Observer.

– Outside observer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *