Assalammualaikum semua dan juga kepada admin, terima kasih sekiranya publish confession ni yang aku harap dipublish.
Aku tak boleh lelap mata. Aku rasa pedih. Benda tahun tahun sebelum ni berulang. Mungkin aku dicop over thinking, cemburu buta, queen control tapi setelah aku berfikir secara rasional dan meminta pendapat teman rapat, aku ingin mengajak semua lelaki dan wanita seluruh dunia agar mengetahui cara-cara untuk bergaul terutama sekali bagi pasangan yang telah berkahwin.
1. Hadkan perbualan yang tidak perlu antara lelaki dan perempuan tidak kira dimana sahaja. Sekiranya penting atas urusan kerja, biar bekerja sahaja, tak perlu melalut benda lain bergurau senda malahan bergossip. Tahukah anda gossip mengeratkan manusia dan buktinya tertubuhnya persatuan bawang semalaysia yang gah serata dunia?
2. Elakkan diri menjadi terlalu rapat dengan rakan yang berlainan jantina lebih lebih lagi suami atau isteri orang. Ya, tidak dinafikan ada orang yang kita rasa selesa sangat, sporting, ada nur, sopan, lemah lembut. Tak perlu ya. Terus istighfar dan sebut mantra ni : aku laki / bini orang. Dia laki / bini orang sebanyak 100 kali sehari.
3. Jangan berwhatsapp atas alasan yang tak konkrit. Walau atas urusan kerja sekalipun, berhenti sejenak dan fikirkan adakah dunia akan kiamat atau kita akan mati sekiranya tidak berchat atau bermesej padam waktu habis bekerja sekarang? Atau boleh lagi tangguh untuk maklumkan esok hari?
4. Jangan mengadu kepada yang berlainan jantina sekiranya kita telah berkahwin atau kepada orang yang telah berkahwin. Kalaupun mengadu pada suami / isteri orang tentang hal kerja. Poin utamanya : mengadu. Hal kerja tu hanya ayat sokongan. Perlu ke aku huraikan? Seeloknya mengadulah kepada rakan sekerja yang sama jantina tuan tuan dan puan puan. Tiada kawan? Lone ranger itu lagi macho / ayu dari mengadu domba kepada isteri / suami orang oh please la guna akal dan common sense. Lagi, siapa suruh tak berusaha nak berkawan dengan orang sama jantina, tak sama jiwa konon.
5. Kalau ditegur pasangan orang yang kita rapat tu. Jangan melenting puan, encik, mahasabah diri. Jangan rasa dianiaya. Jangan rasa seperti tak bersalah langsung. Jangan atas sejadah menangis sampai hati aku difitnah king / queen control. Tak kan nak mesej or berkawan atas urusan “kerja” pun tak boleh? Gini lah tuan tuan dan puan puan. Malam malam isteri / suami orang senyum-senyum berchat dan melayan duka lara aduan awak tu apa ceritaaaa?
6. Kepada pasangan yang melayan your oposite sex, jangan anda mensia-siakan pasangan anda. Anda bersikap kasar memarahi pasangan anda yang susah senang bersama anda, malahan lebih banyak susahnya. Jangan ingat satu hari nanti dia tak akan angkat kaki dan pergi. Zaman sekarang, ramai pasangan yang hati terluka dia memberontak dan mencari kasih sayang di tempat lain. Slogan zaman sekarang kan “malu apa bosskurrr”. Hang buat. Tak kan aku tak boleh buat?
Kepada yang paling di Atas jualah kita memohon doa. Moga kita tak melampaui batas pergaulan, menjaga maruah diri terutama pada hadapan Tuhan kelak.
– Rasionalee
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit