Assalamualaikum, kisah saya nak kongsi ni tujuan salah satunya untuk bagi awareness tentang batas pergaulan lagi lagi yang dah berkahwin lelaki mahupun wanita.
(Mohon kalau boleh elakkan jika ada yang nk komen negatif sebab saya dalam tempoh berpantang dan emosi kadang kadang tidak stabil dan ianya berkait dgn kisah yang sy nk kongsi dan maaf jika penulisan agak panjang dan berterabur)
Saya dan suami tinggal dalam kawasan tempat kerja suami. Few months ago, ada seorang staf baru masuk, wanita sebaya suami, pangkat dia juga sedikit tinggi dari suami, tinggal selang beberapa buah rumah dari rumah kami.
Wanita tu dah berkahwin dan ada anak sorang yang masih kecil. Suaminya maybe kerja agak jauh atau kerja shif entahla, sebab kadang2 je ternampak dekat kawasan ni.
Sejak dia pindah sini, saya perasan suami dan wanita tu macam agak rapat. (Saya cuba faham sebab sama satu tempat keje)
Tapi, saya dah tak dapat nak positif bila few weeks ago, suami ada program dkt daerah lain dan wanita tu ditugaskan untuk ke program yang sama (program tu memang 2 orang staf je terlibat dari daerah sini) dan wanita tu ada tanya suami “Pergi dgn siapa? Pergi naik apa?”
Dan bila saya scroll lagi gaya dia whatsapp suami tu macam nak tumpang pergi bersama. (Dapat tahu sbb saya baca whatsapp dari phone suami & program tu juga tidak disediakan kenderaan pejabat)
Red flag dkt situ bagi saya, sebab dia isteri orang dan lelaki yang dia bertanya tu adalah suami orang. Manis ke kalau pergi program kerja hanya berdua naik kereta? Walau cuma urusan kerja, PERLU JAGA BATAS. Tak boleh fikir ke benda tu? Wanita tu ada kereta dan boleh je drive sendiri. So saya nampak suami saya reply yang dia pergi dengan motor.
Next red flag, bila wanita tu bagitahu suami yang dia nak datang rumah lawat saya, nak bagi hadiah untuk baby. Jadinya satu petang tu dia datang, saya minta suami turun bawah dulu pegang anak dan saya nak bersiap pakai baju yang proper sebab baru selesai susukan anak.
Sekejap je saya sarung tukar baju dan saya turun kebawah tengok wanita tu dah ada dkt ruang tamu duduk tepi suami dan dia datang sorang je, tak bawa anak dia. Saya senyum mesra dan bersalaman tapi wanita tu terus cakap pada saya “Eh takpelah kalau nak duduk atas nak berehat” (bilik dekat atas, ruang bawah cuma dapur, tandas dan ruang tamu)
Saya waktu tu macam pelik sikit, kenapa dia bagitahu macamtu sedangkan dia cakap nak lawat saya dan baby, dan jika fikir logik, takkan dia nak berdua je sembang dengan suami dkt ruang tamu bawah dan hanya anak saya yang masih bayi dekat situ. Nak datang lawat saya dan baby ke nak sembang dekat2 dgn suami saya?
Jika menurut dia suruh rehat dekat atas, bagi saya tiada masalah pun untuk layan tetamu datang kan, saya tak penat pun sebab kerja rumah dan urus bayi suami yang banyak buat, saya memang asyik rehat makan bertungku susukan anak, tu je. Tetamu datang takkan la kita nak buat tak tahu baring tido dalam bilik pulak kann..
Ok so saya pun duduk atas sofa dan cakap “takpe, dah rehat tadi, tak penat pun ok je” dia cuma angguk. Saya perhati je dorang berdua duduk macam agak rapat waktu tu.
Saya perhati suami jarakkan sedikit kedudukan dia dengan wanita tu yela maybe sebab saya ada kot kalau saya takda situ,tak jarak la kan? Ha kan ni dah overthinking. So kami sembang sembang kejap je lepastu wanita tu minta diri utk pulang.
Saya dan suami masih dkt ruang tamu dan suami cakap pada saya “ok je kan dia, baik je, dalam ramai2 staf dia tak sombong la macam yang lain” saya pun dalam hati “okayy nampaknya suami, dia memang dah selesa dengan wanita tu” saya hanya angguk dan senyum nipis dkt suami walau dalam hati tuhan je tahu.
Disebabkan dia dah bagi hadiah pada anak, memang cara sesama manusia, akan balas bagi hadiah semula, tambahan pula anak wanita tu masih kecil juga rasanya usia dalam 7, 8 bulan. So saya pun beli hadiah baju dan cakap pada suami, nanti g keje tu bawa la terus hadiah ni nak bagi kat dia.
Suami pun cakap wanita tu tak datang keje, cuti. So saya cakap, takpela letak atas meja dia pun takpe kan. Suami balas “nak bagi by hand depan2 la.” saya cuma diam.
So satu petang, beberapa hari lepas la, suami cakap nak bagi hadiah baby kat wanita tu, sbb suami cakap dia ada je duk depan rumah ngan anak dia. (gaya cakap tu macam happy yee tengok riak muka suami)
Suami dah nak turun bawah dah waktu tu, Saya cakap pada suami “tukarla seluar dulu” (suami pakai seluar pendek atas lutut) dia jawab, “ha takpela kat bawah ada je kain nk tutup.” Saya cuma diam.
Eh suami terus letak semula hadiah tu dan tinggalkan saya kat atas. Gaya dia macam nk marah. Lah pulak suami macam start emosi eh saya tegur seluar pendek dia. Yela kan aurat tu! Pastu nak g hantar hadiah tu dekat wanita tu pulak dgn pakaian macamtu tak kisahla selang berapa buah rumah pun. Rumah kami jenis rapat2 dan takde pagar antara rumah.
Pernah satu hari tempat kerja suami ada buat jamuan bersama keluarga staf, saya senyum mesra je dekat dia, tapi wanita tu tak tegur saya pun. Tapi dia tegur mesra suami sahaja. Dan sepanjang jamuan tu, saya perasan dia lebih selesa bergaul dengan staf lelaki.
Oh dan satu lagi, si wanita tu pun suka call suami jika ada apa apa. Tak kira hal kerja atau bukan hal kerja. Jujur ye, agak menyirap bila tengok dalam phone bahagian call log tu nama wanita tu kerap ada dalam call log.
Oleh sebab beberapa kejadian itu dan saya dah memang perhati lama suami setiap kali cerita bab kerja mesti terselit nama wanita tu, suami siap cakap kesian tengok pegi kerja kadang nampak dia dukung anak sambil jalan etc etc dan kadang whatsapp antara mereka agak mesra ye.
Boleh dikatakan mereka ni “rapat” sebab kalau nak cerita semua memang jadi karangan novel. So saya pun sengaj hantar whatsapp pada suami waktu dia dkt tempat kerja, satu gambar tulisan yang saya ternampak kat fb, gambar tu bertulis,
“Bergaul ada batasnya, bila dah berkahwin, suami isteri perlu jaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita tidak kira ditempat kerja atau dimana sahaja” Saya send macamtu dkt whatsapp sebab memang dia dah kenal gaya saya, benda tu akan dibahaskan bila dkt rumah nanti.
So suami balik kerja, dia pun tanya saya kenapa send ayat macamtu, dan suami pun bagitahu adakah sebab dia dan wanita tu nampak macam rapat?
Saya jawab yang saya tak selesa dengan cara wanita tu tentang hal nk tumpang pergi program bersama, datang rumah nak lawat ibu anak tapi suruh duduk rehat kat atas sedangkan mereka berdua dkt bawah. terus suami macam nak melenting, katanya saya suka fikir bukan bukan.
Jujur la eh, sebagai perempuan, kita kenal kaum kita macam mana. Sebab naluri saya terhadap wanita tu memang rasa macam agak lain. Suami pun start nak marah bila saya sentuh tentang wanita tu.
Suami bangun dan pergi mandi. Usai mandi, suami datang dekat saya dan minta maaf. Katanya tak sengaja marah dan cakap yang bukan2 tadi. Suami cakap pada saya yang dia akan jaga batas pergaulan lagi lagi dengan perempuan. Katanya ada 2 hati yang perlu dijaga, iaitu saya dan anak. Dia akan kurangkan mesra lepasni katanya.
Saya diam sebab memang terasa hati jugakla. Kenapa nak marah kalau betul dia tak rapat dan kenapa terus sensitif bila saya cakap pasal wanita tu.
Suami cakap lagi pada saya, “saya tak rapat pun ngan dia, dengan staf lelaki yang sorang lagi tu ha dia rapatla, kat tempat keje tu dorang siap bergurau bertepuk tampar.”
Isteri orang bertepuk tampar ye dengan staf lelaki dkt tempat kerja. Ye saya tahu ramai je dekat luar sana macamtu. Batas memang kelaut lagi lagi zaman skrg.
Saya cakap pada suami, “hebat eh isteri orang tu, dah awak pun ada gurau bertepuk tampar jugak ke dengan dia?” Suami jawab tak pernah. Wanita tu lebih rapat dengan staf lain katanya.
Saya bagitahu suami macamni, tak kisah kalau nak berhubung urusan kerja, tapi jagalah batas, tak perlu nampak terlalu menonjol rapat berkawan dengan wanita lain.
Sebab saya kenal suami saya bila dia dah rasa selesa dengan someone tu, gaya dia saya kenal. So jangan tipu naluri isteri dan panjang jugakla saya nasihat dia. Suami angguk faham dan minta maaf lagi sekali.
Tolongla jangan normalisasikan gurau bertepuk tampar tak kira la tempat keje ke, tempat belajar ke kat mana mana pun, jangan normalisasikan naik kereta berdua duaan walau urusan kerja!
Jangan normalisasikan duk ber whatsapp mesra jika bukan urusan kerja lebih2 lagi isteri suami orang! Sebab saya dah tengok dekat luat sana macam macam ragam ada. Isteri orang tumpang naik kereta berdua pergi lunch. Suami orang hantarkan kawan perempuan berdua dalam kereta dan macam macam lagii.
Saya tak salahkan wanita tu sorang, sebab saya juga marahhh pada suami. Sebab bagi saya, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau dua dua duk makin melayan terbuai buai memang mendapat nanti.
Andai saya biarkan benda macamtu dan saya diam tak point out, ofkoss suami akan rasa selesa dan terus rapat dan rapat dengan wanita tu. Saya kalau boleh taknak gaduh suami isteri dalam tempoh berpantang ni hmm.
Saya harap suami sentiasa jujur lepasni dan harap batasnya dijaga lebih lagi ditempat kerja. Sebab satu jugakla, suami saya ni suka tolong orang, kucing tepi jalan pun dia suka tolong inikan pula orang.
Sebabtu ramai staf dekat situ tak kira pakcik kebun cleaner sampaila pegawai paling atas tu selesa dengan dia hmm. Doakan la wanita tu kurangkan cari suami saya. Dia dah ada suami tolong fokus suami sendiri. Jangan sampai harimau yang ini mengamuk yee.
Sekian luahan dari jiwa seorang isteri, banyak lagi nak kongsi kisahnya tapi nanti jadi panjang sangat pulak. Itu sahaja setakat ini. Semoga yang baik baik saja untuk kita semua.
– Isteri dia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit