Hai semua. Cukuplah saya kenalkan diri saya sebagai Ain. Macam biasa cerita rumahtangga yang tak habis-habis dekat confession ni. Macam itu jugalah cerita yang bakal Ain sampaikan.
Cukup akhir bulan 5 ni setahun usia perkahwinan Ain bersama suami. Dan kami masih belum dikurniakan rezeki anak. Is it normal jika Ain rasa give up dengan marriage ni?
Ain dah kenal dengan husband bertahun almost 5 tahun before we decided to get married.
Sebelum kahwin, Ain dah cakap Ain tak nak do all the house works alone. Kita kena buat together. Ain masak dia tolong dishes or potong-potong ke, atau Ain masak dia tolong sidai baju. Kita lipat baju sama-sama.
Weekend kita kemas rumah sama-sama. Ain kemas dapur, dia basuh toilet. Everything la. Ain cakap sepatutnya kita duduk serumah bergerak macam teamwork la.
Tapi hakikatnya bila dah kahwin almost semua benda Ain yang buat urusan kemas rumah.
Bila Ain nak suruh dia buat kerja rumah, alasan penatlah nanti abang buat ye, baru balik kerja ni or baru nak rileks dah kena buat kerja. Rehat kejap ea sayang.
By the way dia kerja site Electrical Engineer yang berhujan panas di Selangor. Kejap dia berzaman. Last-last Ain malas nak suruh dah sebab sakit hati.
Ain pun ada common sense jugak, weekdays memang jarang suruh dia buat kerja rumah sebab tahu his job memang penat.
Kadang-kadang bila mood dia baik, dia rajin juga masakkan untuk Ain. Cuma tak pernah Ain nampak dia kemas rumah.
Kadang-kadang dia nampak je singki penuh pinggan lepas masak. Tapi dia don’t bother sebab Ain tahu dia penat kerja. Weekends pulak bukannya kami keluar berjalan.
Melepek dekat rumah duduk sofa main game sampai berkulat hitam dah sofa tu. Sampai Ain pun dah jadi malas macam dia. Main game sama, solat entah kemana dari pagi sampai malam.
Itu weekends. Ain tak kuat nak berubah. Makin lama Ain dah jadi macam dia. Badan makin besar. Solat entah ke mana. Supposed marriage ni buat kita berubah ke arah kebaikan kan??
Bila masanya Ain nak minta tolong, and dia tolong Ain? I try my best untuk tak nak buat dia rasa terbeban. Sebab Ain tidak bekerja.
Ain ada degree holder dan bebas hutang PTPTN. InsyaAllah bulan 6 ni Ain akan start bekerja. Awal kahwin mampu bagi nafkah sehingga RM500.
Bila dah last-last ni dia bagi RM100-RM200 sebulan. Barang-barang groceries pun sebulan tak sampai RM100. Dia yang beli. Takde bagi duit ke Ain nah ni duit belanja dapur sebulan. Nope takde. Seminggu seekor ayam. Ain langsung tak berkira. Ain bersyukur.
Ain takde bebankan dia dengan bayarkan komitmen Ain atau Ain minta macam-macam. No tak pernah. Duit gaji banyak habis sebab komitmen dia sangat tinggi.
Sebulan 3 ribu lebih sahaja gaji dia habiskan dekat kereta honda RM800, sewa rumah RM800, bayarkan kereta mak dia RM150, bil api air RM100, Minyak kereta RM250, Wifi rumah RM130.
Itu pun dia dahulukan semua komitmen bila dapat gaji. Tengah atau hujung bulan duit claim masuk baru bayar nafkah Ain. Ain tak berkira. Sungguh. Dia juga lansung tak transparent dengan Ain berkaitan duit.
Rasa macam Ain bukan isteri untuk dikongsi segala masalah. Dan untuk pengetahuan almost banyak barang dalam rumah guna dari duit Ain yang Ain kumpul sebelum kahwin. Ain beli meja makan, carpet, almari dapur.
Dan alhamdulillah rumah tu dah nampak macam rumah. Kalau tidak hanya ada sofa je di ruang tamu. Itu pun kawan dia yang bagi and i don’t mind pun tv takde. Sebab phone kan ada.
Apa yang lebih terkilan bila dalam sebulan berapa kali je Ain disentuh. Dan permainan hanya bertahan 5 minit saja.
Bila isu nafkah batin makin ketara, perkara-perkara yang kecil di atas betul-betul bagi kesan dekat Ain. Bila Ain suarakan Ain tak puas lagi, dia kata sekejap nanti sambung.
Tapi takde pun. Bangun pagi-pagi apatah lagi sebab Ain baca kesuburan lelaki waktu pagi memang tinggi. Ain tak pernah kena kejut pagi-pagi untuk penuhi nafkah batin. Never.
Bila Ain yang “nak” disentuhi, banyak sangat alasan dia penat. Dan bila waktu dia “nak” pula memang tak kena timing.
Waktu dia seharian tak tolong Ain tiba-tiba malam minta dipenuhi hajatnya. Waktu Ain cramp sangat sebab almost waktu period. Haish. Ain tahu kenapa dia selalu penat. Sebab dia heavy smoker. Dua hari 1 kotak rokok. Sebab tu bila bertarung dia tewas awal.
Kadang-kadang Ain sampai ada thought kenapa husband tak berahi dengan Ain. Padahal naked je dekat rumah. Pakai jugak seksi-seksi. Dan sampai satu tahap Ain rasa dia hanya berahi bila Ain bermain dengan lelaki lain je kot. Sebab dia memang ada fetish cuckold.
Ain mengaku Ain dan husband berdosa besar dan berzina sebelum kahwin. Even we do the cuck*ld things. Tapi Ain pilih dia jadi husband sebab Ain nak sama-sama berubah. Tapi kalau keadaan makin teruk, Ain rasa cerai adalah jalan terbaik.
Seperkara lagi adalah berkaitan solat. Almost one year kahwin jarang sangat dia ajak Ain solat. Itu pun Ain yang ajak baru solat berjemaah.
Kalau dua-dua lalai memang ada sampai sebulan kami tak solat. Apatah lagi bila keluar musafir, tak pernah ajak pergi masjid solat. Kadang Ain ada paksa untuk solat tapi nauzubillah liatnya. Sedihnya rasa ada suami tak boleh nak bimbing.
Belum ada rezeki anak, Allah dah tunjukkan yang kami tak capable untuk handle marriage ni. Ain tak boleh imagine, macam mana nak handle marriage once ada anak. Ain pulak bukanlah jenis yang penyabar, jadi bagi Ain perkahwinan ni betul-betul uji kesabaran Ain.
Ain rasa semua ni jadi sebab karma kami berdosa sebelum kahwin. Berzina and so on. Sebab tu Allah belum kurniakan lagi anak untuk kami.
Macam mana nak berubah kalau dua-dua tak kuat untuk mencari redha Allah. Maafkan aku Ya Allah
Ain tekad bulan 6 ni Ain akan buat ujian kesuburan. Sekiranya antara kami tidak sihat atau mandul, Ain akan failkan penceraian. Tuntutan fasakh atas sebab kesuburan, tidak solat dan merokok fasik.
Doakan Ain kuat ye semua :)
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit