Batin Yang Sengsara

Salam semua. Nama aku Faiz (ofcourse bukan nama sebenar) berumur awal 30an dan isteri setahun tua dari aku dan kami dah berumahtangga selama 5 tahun.

Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata dan sudah berumur hampir setahun. Maaf kalau penulisan ini sedikit berterabur kerana aku tak pandai membuat karangan.

Aku bekerja sebagai IT Engineer disyarikat MNC dan isteri jururawat di syarikat swasta dalam normal shift.

Untuk pengetahuan semua, isteri aku sangat romantik.

Setahun perkahwinan kami semuanya okay dan sempurna.

Aku banyak membantu isteri dari segala hal termasuk wang, mengemas rumah kecuali memasak sebab aku memang tak pandai dalam bab2 memasak ni.. haha.

Apa isi dalam rumah semua kerja aku yang buat kerana aku rasa aku lebih perfect dalam mengemas rumah.

Kalau isteri yang buat aku rasa tak perfect contoh nya vacuum atau mop lantai still akan ada habuk yang tertinggal.

Dari tingkat atas dan bawah rumah termasuk toilet semua kerja aku yang bersihkan.

So aku dah takeover semua kerja2 didalam rumah kecuali memasak. Selepas makan pon pinggan mangkuk aku yang cuci.

Masuk tahun kedua aku mulai rasa perubahan isteri yang mana bila hendak bersama selalu menolak.

Kadang-kadang sebulan hanya 2 atau 3 kali kami bersama itupun selepas beberapa kali aku minta.

Aku paham isteri kadang-kadang penat yela layan ragam customer tapi aku sebagai suami aku rasa nafkah batin tu sangat penting dan dapat mengeratkan lagi hubungan.

Pernah juga dalam sebulan kami tidak bersama kerana isteri aku tidur awal setiap malam.

Kalau kata isteri penat aku pon penat bekerja, habis waktu kerja aku sambung pula kerja2 dirumah. Isteri balik rumah hanya cuma memasak saja.

Kalau weekend aku rajin bawa isteri keluar untuk hilang kan penat dia seminggu bekerja dengan harapan aku dapat bersama malam nya,

Tapi still dikecewakan dimalam hari dengan bermacam alasan yang diberikan.

Dengan nada lembut isteri aku menolak ajakan aku, aku still maafkan kerana aku terlalu sayangkan isteri aku.

Kami juga tidak bergaduh kerana aku terlalu menjaga keharmonian rumah tangga kami.

Dengan kebolehan, aku dah hack semua smartphone dia untuk mencari sebarang tingkahlaku dibelakang aku, tapi tak satu pon yang mencurigakan.

Dan aku percaya isteri aku tak berlaku curang dengan aku.

Masuk tahun ketiga dan keempat, semakin jarang kami bersama kadang- kadang berbulan hanya sekali.

Aku pernah slowtalk dengan isteri, tapi dia still rasa macam tak bersalah.

Bila kami sudah bersama, tunggulah bulan depan nya pula baru bersama semula. Kira sebulan sekali kami bersama.

Sampai kan aku terfikir aku nak berlaku curang kerana nafkah batin tidak dipenuhi.

Tapi aku tak buat sampai kesitu kerana sayangkan isteri aku.

Walaupun situasi kami begini, aku tidak bergaduh dengan isteri dan aku banyak mengalah demi keharmonian rumahtangga kami.

Sampaikan aku rasa malu untuk minta bersama tapi apa guna berkahwin kalau tidak boleh bersama.

Tahun keempat isteri aku mengandung anak pertama dan sepanjang sembilan bulan, hanya sekali kami bersama.

Selepas bersalin, enam bulan aku tak menyentuh isteri aku kerana faham trauma dia bersalin.

Tapi selepas enam bulan aku minta, still menolak dengan alasan trauma bersalin.

Kalau bersama pon aku nampak muka dia seperti tepaksa atau erti kata lain dia rasa seperti dir*gol.

Sejak itu aku tidak meminta kerana kesian dengan isteri aku.

Tapi macam mana pula dengan aku, aku seorang lelaki dan mempunyai satu nafsu sahaja.

Ada juga teringin nak bawa isteri berubat tapi aku segan nak bagi tahu dia takut aku pula dikatakan merepek atau hilang akal.

Kepada isteri diluar sana, adakah aku terlaku demand atau adakah ini satu penyakit wanita?

Aku sangat perlukan bantuan sokongan moral kerana aku rasa tidak keruan dengan sitausi macam ni.

Terima kasih semua.

– Faiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *