Batu Akik Merah
Assalamualaikum IIUMC. Aku ingin berkongsi sesuatu yang baru berlaku pada aku baru-baru ini. Tujuan utama aku menulis ini ialah dengan harapan semoga aku boleh move on cepat dan semoga cerita aku dapat membuka minda semua. Aku nak tulis panjang ni, sebab aku nampak ramai je orang pakai batu akik ni, kalau pakai batu akik yang asalnya memang dari dunia nyata ni takpe. Tapi fikirlah dua tiga kali, kalau nak pakai/ berhias dengan batu akik yang berasal dari haiwan (batu tarik nyawa) atau dari alam bunian/ghaib, please remember my story. Kita ni nak hidup yang diberkati pengakhiran hidup yang husnul khotimah. Fikirlah panjang-panjang.
Aku seorang gadis di pertengah usia 20-an, alhamdulillah seorang hamba Allah yang sentiasa mahu menikmati manisnya nikmat cahaya iman yang Dia suluhkan, berkat belajar dekat uia.
Baru-baru ini seorang tukang urut datang ke rumah mak aku. Rupanya dia juga seorang perawat rukyah. Background mak aku ni complicated sikit, tak tahulah kenapa orang suka ‘hantar’ benda pada mak aku. Oleh kerana itu, tak semua orang boleh mengurut pada mak aku, sebab nanti ada ‘benda’ kacau diorang balik. Jadinya, tukang urut aka perawat rukyah ni, mari kita panggil Kak C bukan nama sebenar, mencadangkan mak aku buat perubatan rukyah ini. Alang-alang dah aku dan adik-beradik aku pun tengah ada dekat rumah, kitorang pun digalakkan mencuba perubatan rukyah ni keesokan harinya selepas mak aku diurut.
Aku nak skip cerita mak aku dan adik aku dirukyah. Aku nak cerita seperti tajuk cerita confession aku;
Batu Akik Merah.
Aku sejujurnya nervous lah bila nak buat rukyah ni, sebabnya aku boleh rasa memang ada benda sedang kacau aku. Tahun ni sahaja, ada banyak benda, mimpi dan sakit pelik-pelik yang aku alami. Korang bolehlah google tanda-tanda ganguan jin. Frankly speaking, aku lalui kebanyakan tanda-tanda itu semua. Tapi aku pilih untuk berdoa, solat banyak-banyak semoga gangguan ini tak lama. Mungkin sebab cara aku dididik dan mungkin sebab arus kemodenan aku rasa tanda-tanda ini semua sangatlah tidak penting.
Ok, semasa nak mula berukyah, aku disuruh duduk melunjur atas sejadah menghadap kiblat, tangan ditadahkan diatas peha. Kak C tuangkan air masak dalam cawan, suruh aku selawat, niat dan minum ikut Sunnah. Baki air diratakan keseluruh muka dan ubun-ubun. Belum mula rawatan, kaki kanan aku dah bergetar, secara spesifiknya peha kanan dan jari kaki kanan aku. Sama juga dengan kaki kiri, tapi getaran kaki kanan lebih ketara. Sepanjang perawatan, Kak C minta aku berzikir dua nama dari 99 nama Allah tanpa henti. Kak C minta juga mata aku fokus pada jari kaki, katanya kalau tutup mata akan lebih mudah terkena histeria. Aku dah cuak dah, tapi aku doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan.
Beza getaran kaki kanan atau kiri ialah, kaki kanan ialah laluan pintu keluar untuk jin saka, kaki kiri ialah laluan pintu keluar untuk jin sihir.
Selepas Kak C selesai menhalau jin (sihir-serious aku rasa macam tak percaya aku terkena benda macam ni) melalui kaki kiri aku, Kak C mula tegur kenapa jari kaki telunjuk kanan aku terangkat.
Aku dengan blur cakap, “entahlah”. Masa ni aku pun macam curious, “eh ada jin saka pada aku?”
Masa Kak C berdialog guna suara, jin saka ni berdialog melalui gerakan jari kaki aku.
“Kau siapa, kau jin syirik ke?” tanya Kak C. Tak semena-mena jari kaki aku berdetak. Aku terkejut lah weh! Tapi masa tu aku macam separa sedar kot. Aku berzikir banyak-banyak dan fokus pada perawatan.
Kak C tanya aku ada mimpi perempuan tua tak sebab dia kata jin saka yang jaga aku ni perempuan tua, dah beratus tahun. Aku tersenyap. Otak aku cuba ingat mimpi-mimpi pelik yang aku alami tahun ni. Aku teringat aku pernah mimpi jumpa perempuan tua dalam pondok. Aku teringat aku pernah mimpi aku melalui sebuah perkampungan penuh dengan orang tua yang tengah kesakitan dalam suasana kemarau/banjir aku pun tak pasti. Mungkin saka perempuan ni ada kaitan dengan ilmu halus kecantikan, Kak C tanya aku lagi,
“Kau ada amal ilmu kecantikan apa-apa ke dik?”
“Saya baca doa tengok cermin lah kak, tapi doa Bahasa melayu je”
“Cuba kau sebut doa yang kau baca dik”
Aku pun cakaplah “ Ya Allah, cantikkanlah/sempurnakanlah akhlak ku sebagaimana Engkau sempurnakan rupa parasku”.
“Ok, takde masalah, kau doa minta kecantikan pada Allah.”
Kak C masih tak yakin dengan jawapan aku, tapi aku kisah apa, aku memang rajin baca doa tu sebab mak aku tampal doa tengok cermin pada cermin bilik aku. Doa selepas berwuduk pun aku amalkan sebab teringat nota yang mak aku tampal pada almari depan tandas. Lepas tu, Kak C tanya jin saka dalam badan aku,
“Kau bagi kecantikan ke pada budak ni?”, tak semena-mena jari kaki kanan aku bergerak lagi. Kak C tanya aku,
“Tu dia jawab ye, apa tu?” dalam nada nak marah tapi terkawal Kak C tanya.
Aku tak tahu nak jawab apa. Aku terfikir kata kunci kecantikan. Aku terfikir loket batu akik merah yang aku pakai.
“Loket batu ni ke kak?, Loket ni mak saya bagi masa saya umur 18 tahun, kononnya batu loket ni macam penyeri. Tapi saya bukannya percaya sangat. Mak saya bagi, saya pakai je lah.”
Kak C terkejut, dan minta aku tanggalkan rantai yang aku pakai. Kak C tanya asal usul loket batu akik merah pada mak aku. Mak aku pun terpaksalah buka cerita yang dia beli batu akik merah daripada seorang lelaki. Asalnya batu akik merah tu dari alam ghaib, katanyalah. Mak aku beli je, sebab masa tu trend gelang batu, jed, kristal etc. Banyak juga batu akik lain yang mak aku beli. Semuanya Kak C minta mak aku keluarkan. Lepas tu Kak C tanya lagi pada jin saka tadi,
“Kau datang dari batu ni ke?” jari kaki kanan aku bergerak-gerak. Kak C puas hati, sebab dah tahu jenis jin saka yang telah ‘jaga’ aku.
“Kau jaga budak ni ke?”, lagi jari kaki kanan aku bergerak-gerak tanpa kawalan.
Pada masa ni, mak aku pergi ke bilik mengambil koleksi batu-batu akiknya. Kak C tanya lagi aku,
“Dik, kau selalu penat sangat, rasa hidup kau susah sangat tak, ramai orang tak suka kau ke?”
“Penat tu ada, tapi sebab saya main sukan. Rasa susah tu ada kot, tapi kalau orang tak suka tu kan normal,” aku balas.
“Tak, ini lain, kalau ramai orang baik-baik tak suka kat kau sebab jin ni lah.. Apa-apa yang kau buat jadi susah sangat pun, jin ni yang susahkan”
Aku pun ber- oh… oh… jelah.
Kak C habiskan sesi rukyah, dan jin tersebut telah dihalau keluar dari badan aku. Alhamdulillah.
….
Keesokkan harinya, selepas solat isyak, aku pun terfikir, patutlah selama ni aku struggle gila nak solat, baca alquran zikir etc. Aku selalu mengantuk masa berzikir. Badan aku banyak angin yang aku sangkakan berpunca dari tabiat pemakanan aku.
Yang paling penting, aku teringat saat aku hampir tak redha dengan setiap ujian Allah. Ujian yang membuatkan aku terjatuh to the lowest point in my life. Ujian yang membuatkan aku severely depressed beberapa tahun. Aku jadi hampir tak redha sebab aku tahu aku berusaha keras dan aku letak sepenuh pengharapan pada Allah, tapi aku tak dapat apa yang aku hajatkan.
Aku betul-betul fikir yang mungkin memang dah takdir Allah memang susun hidup aku macam ni, tanpa aku sedar rupanya segala ujian hidup aku ada kaitan dengan loket batu akik merah yang aku pernah pakai. Kali ni, aku betul-betul redha dengan setiap ujian yang telah aku lalui.
Aku tak salahkan mak aku atau sesiapa. Benda dah jadi, sebab batu akik merah atau bukan, aku tetap sedang dan sentiasa move on bina kehidupan aku.
Jadinya, aku mohon kita semua ambil pengajaran dari secebis kisah hidup aku yang penat aku taip panjang berjela ni. Yang tahu siapa aku, mohon layan aku macam biasa tanpa wajah simpati seumpama dengannya. Jangan tag aku ke apa okay. Tolonglah rahsiakan identiti aku. Sekian, terima kasih IIUMC.
R.
– R.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit