Bau Badan Dah Hilang!

Hai semua. Aku seronok sangat. Aku nak kongsikan keseronokan ni dengan korang semua terutamanya yang senasib dengan aku.

Aku ada masalah bau badan. Bau badan yang kronik tau. Yang level-level bau hangit bawang. Masalah ni bermula sejak aku baligh sampailah aku dewasa.

Masalah ni sangat meranapkan keyakinan diri aku sampai aku rasa habis lah aku. Mesti aku bujang sampai tua.. sape yang nak kat anak dara busuk cam aku ni. *pasrah*

Aku dah ikhtiar macam-macam jenis jenama deodorant. Mahal, murah, jenama intenesyenel, jenama lokal,

Tak kira yang spray, yang roll on, yang lelaki, yang wanita, kalau yang pondan punya ada pun aku akan try jugak rasanya. You name it. Semua aku dah try.

Even deodorant Amw*y yang mahal dan femes tu pun tak berapa berkesan. Betapa hardcore nya ketiak aku ni. Huhu.

Mak aku pun turut sama ikhtiar. Dia kasi aku mandi limau purut, daun limau purut tu dia suruh kisar dan sapu kat ketiak. Makan limau purut bagai.

Mujur mak aku tak kambus aku dengan pokok limau purut je lagi. Haha. Sebab satu rumah memang pening dengan bau badan aku ni.

Adik beradik jangan cakap lah. Ejek tu memang makanan aku dah.

Sabun tawas pun aku dah guna. Sampai pedih lah ketiak aku ni. Sebab sifat tawas tu menghakis. Tapi nothing works.

Benda ni berlarutan sampai aku besar.. masuk unibersiti.. dan bekerja. Mujur aku bekerja dalam aircond. Jadi aku kurang berpeluh. Syukur sangat!

Tapi bila ada aktiviti yang buatkan aku peluh, mulalah aku anxiety dan panik. Aku takut orang tak selesa dengan aku.

Hal ni lama kelamaan buatkan aku jadi introvert dan tak nak bersosial dengan orang. Dicop sombong dan kerek. Sebab aku malu dan tak nak orang tahu aku ni busuk orangnya.

Busuk punya olang! Bak kata apek dalam cite Do Re Mi..

Sampailah beberapa bulan lepas, aku ada beli satu deodorant ni dalam shopee. Subhanallah! Berkesan!

Bau badan aku suami aku cakap dah hilang 99%. Ya allah aku rasa nak sujud syukur..

Selama ni aku punya lah cemburu dengan orang yang wangi. Dah la cantik, wangi pulak tu. Lahai teringinnya aku.

Sekarang aku rasa keyakinan aku makin bertambah hari demi hari.

Aku baru rasa nikmatnya hidup seperti orang normal.. tak perlu lagi aku nak bersusah payah bawa baju salin ke mana saja.

Sebab aku ni jenis berpeluh kuat. Even solat pun aku berpeluh. Boleh bayang tak kalau aku bersukan camne aku punya peluh ? Memang macam mandi sungai dah rupe aku.

Bila masalah bau badan ni dah selesai, barulah aku berani sikit dah beraktiviti. Aku siap main badminton lagi dengan kawan-kawan.

Pastu balik aku suruh suami aku cium ketiak aku. Dia cakap “wangi !” HAHAHAHA aku rasa macam nak lompat bintang sampai ke planet musytari! Hepi!!

Kadang aku selalu tanya suami aku, kenapa awak nak kat pompuan busuk cam saya ni.

Dia cakap ketiak awak memang tengik macam syaitan tapi benda dah sayang kan. Terima je tak kisah pun.

Aku tak tahu lah aku nak terharu ke nak marah dengar ayat dia. Tapi aku bersyukur Allah hadirkan jodoh yang benar tulus mencintai aku walaupun hidungnya hampir rosak.

Jadi, apa produk yang aku pakai tu?? Aku tak bole la nak terus terang sini. Nanti admin ingat aku nak berniaga. Padahal bukan. Aku pun pembeli jugak.

Aku just nak share je penawar dengan rakan-rakan yang ada masalah sama.

Ok aku kasi hint. Harga dalam lingkungan sepuluh ringgit saja. Bukan spray.

Ok gudluck mencari! Boleh hadiahkan juga kat sesapa yang tengik. Comel je deodorant nye.

Sesungguhnya benar setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali tua dan mati.

– Bekas Bawang Hangit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *