Bau Durian

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession, sebelum tu aku nak ucap ‘Selamat Tahun Baru 2020’. Azam nak kurus tahun lepas dah tercapai ke? Hehehe.

Sebelom memulakan karangan panjang, aku nak beritahu, aku ni tak pandai tulis karangan dan tak pandai bercerita. Jadi jika ayst ku pelik, susunan ayat tak betul atau tak menarik maafkan diriku.

Durian, raja buah, “smell like hell, taste like heaven”. Semua orang tahu durian memang baunya agak tak menyenangkan.

Hujung2 tahun 2019 ada beberapa tempat yang pokok durian nya berbuah termasoklah pokok di kampung ku. ALHAMDULILLAH… Jadi sebagai pengemar durian aku pon balik la kampung ku di Perak untuk menikmati buah durian dan juga ziarah family yang ku sayang.

Seminggu aku di Kampung dan tiba hari balik ke perantauan, aku berhajat bawa balik buah durian ke Shah Alam untuk disedekahkn ke sedara mara sepupu sepapat di Shah Alam.

Aku susun durian di dalam bonet belakang kereta beserta banyak daun pandan sebab petua yang aku baca untuk kurangkan bau durian dalam kereta. Aku bertolak dari kampung pada 1 tengah hari pada hari ahad bersama-sama durian.

Pada hari tersebut tidak ku sangka pertambahan kereta kerana cuti sekolah dan mungkin banyak kenduri kahwin menyebabkan jem seperti musim perayaan.

Kebiasaan dari rumah ku ke Shah Alam estimate time dalam 4 jam ke 5 jam, tetapi disebabkn jem yang teruk masa yang di ambil untuk sampai hampir 12 jam. Boleh bayangkan tak bau durian2 di belakang bonet kereta aku. Bau dia Ya Allah, nasib baik diri ini dah immune dengan bau durian segar.

12 jam untuk aku sampai Shah Alam, bermakna aku sudah lewat untuk ke melaka bersama kawan2 ku atas urusan kerja.

Selepas sampi dirumah sewa ku, aku terlupa mengeluarkan durian2 didalam bonet belakang kereta ku. Aku hanya keluarkan barang penting seperti baju dan barangan peribadi untuk ke Melaka menaiki kenderaan milik kawanku.

Aku hanya parking di kawasan rumah sewa ku dan terus ke Melaka bersama kawanku, jadi tinggallah Durian2 didalam bonet belakang keretaku. Jadi disini boleh kah anda bayangkan durian2 tu dengan baunya yang anda semua maklum. Pendam lagi didalam kereta ku selama 2 hari semasa ku ke Melaka.

Selasa malam aku sampi di Shah Alam dari Melaka. Esoknya baru aku keluarkn durian2 dari kereta ku. Hajat untuk beri pada saudara mara tak kesampaian sebab durian tu mula merekah. Jadi aku hanya masak kuah durian sahaja.

Sebulan dah pun berlalu… Bau durian dari dalam kereta ku masih belom hilang malah baunya bertukar seperti bau durian masam.

Aku dah cuba beberapa tips yang ku google seperti letak roti, arang, baking powder, pandan, jemur letak febreze tapi baunya tetap ada. Tak hilang.

Jadi rakan2 IIUM Confession ada tips lain? Minta komen ^_^

Terima kasih…

– Mr H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *