Bau Mulut Kronik

Hi admin. Terima kasih sebab approve confession ni. Tujuan post ni sebab nak highlight beberapa perkara. Isu utama, masalah bau mulut. Pergh. Dah lama perhati dan dah lama mengalami, cuma selama ni sabar. But not this time!

Every damn time aku pergi solat jemaah, mesti ada manusia2 baghal yang tak sensitif bab kebersihan diri. Kalau nak tahu orang tu bersih ke tak, cukup lah ko bau mulut dia. Agak2 ada bau longkang tu, tolonglah jauhkan diri. Lepas tu ada pulak yang bila solat jumaat/jemaah kat masjid2, jubah putih bersih dah tapi mulut bau rokok baiiiiii. Sesak nafas rasa kena duduk sebelah manusia mcm ni. Setiap kali, mesti kena tahan nafas sebab tak tahan dengan bau mulut mcm longkang tu. Kot ye pun nak mati, tolong la jangan heret orang lain sekali. Gi la mati sorang2 sana. Semak tau tak.

Korang yg hisap rokok ni tak rasa ke bau mulut korang iras2 longkang? Tak rasa ke bila baca surah2 time solat jemaah tu, disebabkan bau mulut korang ni orang kat sebelah tak selesa? Apa guna kau baca surah kalau mulut kau busuk? I tot kebersihan itu sebahagian daripada iman? Iman tunggang-langgang ke? Kesian weh kat bini sebab kena cium mulut korang yang bau longkang ni!!! Kalau aku, aku malu weh. Kalau aku jadi bakal bini, the moment aku tahu kau hisap rokok, aku reject beb. Pada pendapat aku, lelaki paling dayus adalah dalam kalangan perokok2 tegar ni. Dah la merokok, ada hati nak jadi pemimpin.

Tolonglah. Dah merokok, pastu takde langsung usaha nak bersihkan diri, is totally unacceptable. Dah tahu nak pergi solat jumaat/jemaah, bawak la siap2 berus gigi dgn ubat gigi. Tak salah pun. Sebab kau bawak diri kau nak hadap tuhan mesti kena bersih. Pastu nak berjemaah bukan dgn diri kau je. Ada orang2 sekeliling kau yang tak selesa dgn kau, tahu tak? Cakap mulut busuk kang kau kata aku orang muda tak beradab. Dah itu je benda yang boleh disampaikan sebab kau seolah2 tak tahu mulut kau bau longkang dan perlu diberitahu.

Cakap bodoh kang marah!

– A bukan nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *