Bawah Payung Awan

Tahun 2024 telah membawa aku flashback balik life aku sebelum-sebelum ni selepas aku layan drama yang tengah trending kat viu dan reels FB, Bawah Payung Awan.

Drama ni macam menjentik memori aku masa aku duduk setinggan kecik-kecik dulu.

Ya aku pernah tinggal di kawasan setinggan tapi setinggan dulu takde la macam dalam drama tu. Elektrik kena kongsi ramai-ramai, kalau nak mandi kena ambik air telaga.

Telaga tu pulak kena tunggu turn kalau nak guna. Standard la life setinggan zaman lewat 90an dulu. Tapi tu bukan point cerita aku. 

Aku anak lelaki tunggal dalam family aku. Bapak aku bercerai dan tinggalkan mak aku masa aku darjah 4. Sejak dorang bercerai memang life kitorang terumbang ambing. Mak aku buat macam-macam kerja untuk sara kitorang berdua.

Dalam rumah aku, tv dan radio tu adalah benda paling mewah yang aku rasa mustahil untuk dapat. Kipas angin pun tak mampu beli. Kalau panas kipas je pakai surat khabar.

Sama macam watak Widad tu, aku berazam nak ubah nasib aku dan mak aku. Bezanya aku takde sape-sape yang boleh bagi aku semangat atau pertolongan. Si Widad tu ada la jugak Sol dan Raykal yang sapot bila ada masalah.

So aku kutip semangat dari orang-orang yang baik hati yang kesiankan aku dan nasihatkan aku. Aku takde awan yang lindungi aku dari panas. 

Bila aku masuk sekolah menengah baru la kitorang pindah ke rumah sewa yang baru jauh dari kawasan setinggan. Life kat rumah sewa baru ni ok la sikit berbanding kat setinggan dulu.

Dipendekkan cerita, aku lulus SPM dengan result yang agak ok dan dapat tawaran masuk ke UiTM. Reaction mak aku sama macam mak si Widad tu, hepi gila.

Walaupun persiapan nak masuk ke UiTM tu ala kadar tapi aku rasa aku dah capai separuh dari azam aku. Aku rasa aku dah berjaya lencongkan nasib hidup aku ke arah yang aku nak.

Ya selama aku masih bersekolah dulu ramai yang nasihat suruh belajar rajin-rajin nanti dapat masuk u lepastu dapat keje dan gaji yang best boleh tolong mak aku. Tapi tak semua yang kita nak kita dapat, yang kita rancang tu belum tentu berhasil. 

Masa aku semester 3, mak aku tak berapa sihat. Mak aku sorang2 kat rumah dan takde sape yang tengok-tengokkan dia. Saudara-mara tak payah cakap la memang takde jenguk pun. Lagipun dorang pun ada life sendiri.

So aku ambik cuti khas untuk jaga mak aku. Cuti khas ni limit cuma 2 kali je boleh apply. So aku apply 2 kali memandangkan mak aku tak berapa sihat dalam jangka masa yang agak lama.

Sepanjang aku cuti khas tu aku keje kat restoran yang aku keje masa aku habis SPM dulu. Bila cuti khas aku dh tamat, mak aku masih tak sihat dengan sakit yang on off dia tu.

Untuk pengetahuan pembaca, sakit on off tu adalah berpunca dari sihir. Kisah disihir tak perlulah aku cerita nanti cerita akan jadi panjang pulak. So aku ambik keputusan untuk quit dari UiTM dan stay dengan mak aku. 

Selama aku quit dari study dan kerja merata sana sini aku cuba-cuba jugak apply SPA9 guna kelulusan SPM. Aku dapat panggilan dan lulus interview dan dapat tawaran untuk jawatan yang tak perlu aku sebutkan disini.

Mak aku tau aku pergi interview tapi tak tau aku lulus dan kena lapor diri untuk jawatan yang aku apply tu. Aku tolak tawaran tu dengan hati yang berat sebab fikir mak aku sorang-sorang kat rumah kalau aku merantau tempat orang.

Kadang-kadang aku rasa ralat dengan dua keputusan yang aku buat dalam hidup aku. Aku quit study dan aku tolak tawaran kerja kerajaan yang orang dok berebut sangat tu lagi-lagi bila aku tengok kawan-kawan sekolah dulu dah berubah life dorang.

Aku selalu terlintas dalam kepala aku kalau bapak dan mak aku tak bercerai ataupun aku ada adik-beradik lain yang boleh jaga mak aku tentu aku tak perlu risau tinggalkan mak aku kat rumah. 

Tapi aku tetap bersyukur dengan life aku sekarang berbanding life aku kat setinggan dulu. Walau tak hepi ending macam drama Bawah Payung Awan tu atleast aku berjaya keluar dari life suram yang dulu.

Walaupun aku ada peluang untuk ubah lencongan nasib aku dulu tapi aku takde ruang yang cukup untuk manfaatkan peluang yang aku ada. Bukan semua orang dapat peluang dan ruang sekaligus. 

Terima kasih pada yang sudi membaca luahan aku. 

– Tony Stuck (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. doa banyak banyak, minta mak doakan sekali. semoga lepas ni ada sinar harapan lebih baik untuk awak berjaya dan ubah nasib. semoga kehadapannya dilancarkan rezeki awak dan dipermudahkan urusan awak.

  2. Terjebak jgk dgn cerita widad tu so boleh relate dgn cerita tt. Selalu kita dengar rebut peluang yg ada tp bila keadaan & masa tak mengizinkan, terpaksa la lepaskan peluang tu. Memang rasa ralat tp percayalah tt akan dapat “peluang” & “ruang” yg lebih besar lepas ni sebab dh mengutamakan “syurga”(ibu) tt. InsyaAllah.

  3. Sedih, bila awak dah ada ‘peluang’ utk baiki kehidupan, tp terpaksa lepaskan demi tanggungjawab utk menjaga ibu yg melahirkan awak.. tak pe dik, Tuhan maha mngetahui niat baik awak, dan insha Allah akn dikurniakan sesuatu yg amat berharga, dgn syarat awak pon patuh dgn perintah-Nya.. ibu awk juga patut bersyukur, kerana punya anak yg berfikir bgmna utk menjaga ibu, dlm msa yg sama bekerja sambilan utk menampung kehidupan ibu dan awk.. semoga Allah swt memberi ganjaran yg baik utk awak & ibu di dunia dan Akhirat.. sabar, syukur, usaha & tawakal selalu.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *