Terima kasih Admin sudi siarkan. Aku doakan admin dimurahkan rezeki dan sentiasa dipanjangkan umur. Aku tak pandai nak berpuitis bermadah. Confession ni lebih straight forward memandangkan aku jurutera, berfikiran logik dan berjiwa kental (dengan lipas aku kalah). Aku cuba ringkaskan sehabis mungkin sebab aku tau rakyat malaysia malas membaca dan apa yang aku cuba sampaikan sangat penting. Bawang sekalian please alert!
Aku disahkan menghidap kanser minggu lepas. Tuhan je yang tau bertapa hancurnya hati aku bagaikan banduan menunggu hukuman mati. Aku tahan air mata, angguk dan fahamkan setiap patah perkataan dari doktor. Doktor tu yang berair mata. Sebak tengok aku terima berita dalam keadaan tenang.
Sambil jalan kaki balik rumah, Aku fikir. Macamana nak beritahu family aku, nak beritahu boss aku, nak beritahu sahabat2 aku. Aku fikir bertapa sedihnya diaorang semua. Untuk pengetahuan semua, aku kerja di luar negara, seorang diri, jauh dari keluarga. Orang pertama yang tau, adik beradik aku. Alhamdulillah, dorang sokong aku. Bagi aku semangat. Sayang korang dunia akhirat.
Hari kedua. Esoknya aku pergi kerja macam biasa. Dengan hati yang berdebar2, aku gagahkan beritahu boss aku. Alhamdulillah, boss aku sokong aku. Doktor sarankan untuk aku buat pembedahan secepat yang mungkin. Untuk elakkan kanser merebak. Boss aku support aku dari segi mental dan financial. Aku dibenarkan datang kerja bila2 aku rasa sihat. Tak payah apply cuti, dan di bayar gaji macam biasa. Thank you boss. Jasamu dikenang.
Part yang paling susah nak beritahu parents aku. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung ni. Gelap rasa dunia ni. Ayah aku mengucap dan bagi kata2 semangat. Doakan aku. Mak aku biasala nangis tak berhenti bila dapat tahu. Tapi tetap bagi aku kata2 semangat. Aku sedih. Aku rasa diri aku tak berguna. Aku rasa aku dah ada segala2nya. Kerjaya yang bagus, beberapa bulan lagi aku bercadang untuk mendirikan rumah tangga. Tapi hancur. Tuhan tau segala yang terbaik untuk aku. Aku redho. Ku berserah, kepadamu maha esa. Mungkin takdir, telah menentukan segalanya. Eh, ternyanyi pulak.
Kawan2 office aku kat sni, boss aku dengan Doktor nasihatkan aku untuk jalani pembedahan dekat sini (luar negara), sebab utama aku ada medical insurance dan cover 100% untuk public atau private hospital. Syukur aku bayar yang mahal sikit medical insurance untuk hospital sebab konon yakin jodoh aku dengan doktor jadi nak try warded setahun sekali dekat sana. Last2 aku pilih orang yang makan belacan jugak. Doakan aku ya. Haha! Kot2 dia lari lepas tau aku ada kanser. Aku takde medical insurance di malaysia sebab aku duduk di luar negara hampir 6 tahun.
Hari ketiga. Part ni aku bertukar jadi hulk. Daripada perasaan yang sedih bertukar menjadi marah yang membuak2 bila keesokkan harinya parents aku tak benarkan aku buat pembedahan. Dan diaorang nak aku balik malaysia serta merta untuk buat rawatan alternative. sebab Bawang bebal (jiran2 aku) ni takut2 kan parents aku. Katanya Pembedahan ni bahaya. Nanti macam2 rosak dekat badan aku. Chemotherapy ni haram. Doktor tak bagus. Risiko itu dan ini. Suruh aku cuba rawatan alternative ntah dengan doktor mana. Tak tau la pakar ke tak. Bayaran murah. Tak payah risau nak bayar kos pembedahan mahal2. Minum atau makan produk itu ini bagi kecutkan sel kanser. Pakai produk untuk hilangkan sel kanser. Astagfirullahalazim!! Mengucap untuk mengelakkan aku mengeluarkan kata2 kesat. Lepas ni doktor boleh la cuti ya, sebab geng2 bawang bebal ni lebih pakar dari doktor. Jika bawang2 sekalian ingin gunakan produk2 yang overclaim dan mampu menghilangkan kanser ini silakan. Tapi tolong, gunakan untuk diri anda sendiri sebagai bahan experiment dan tolong jangan hasut orang lain untuk bersama2 menangung risiko. Kau terjun gaung aku bagi senyuman yang paling manis dan cakap bye2. Take care!
Aku sedih. Aku marah. Aku kecewa. Aku kesal. Apa yang aku nak sampaikan tentang mentaliti rakyat malaysia yang kebayakkannya bawang bebal. (Aku yakin 80% bawang bijak) Percaya bulat2 tanpa usul periksa. Maaf agak kasar. 2 tahun je lagi nak 2020. Tapi masing2 fikiran astagfirullahalazim!! Aku rasa kalau aku mati bukan sebab kanser, tapi sebab depressed dengan mulut orang. Stress! Ramai orang boleh survive tapi disebabkan sikap sambil lewa, tak percaya doktor, dengar cakap bawang bebal. Benda2 ni la yang mnyebabkan kematian. Siapa yang nak bertanggungjawab??? Bawang bebal macam biasa ayat ikut skrip, dah ajal dia. Tuhan lebih sayangkan dia. Astagfirullahalazim!! Kembang kempis hidung aku
Dengan kuasa tuhan, aku ada kenalan seorang doktor pakar bedah. Hari ketiga juga aku jumpa dia. Tanpa berlengah. Kebetulan doktor ni memang pakar bedah untuk kanser yang aku ada. Aku jumpa dia. Minta dia terangkan satu2 apa sebenarnya yang aku alami. Aku bukan budak medic. Banyak medical term ni aku tak faham. Aku budak engine. Jadi berdasarkan logik akal, yang aku faham. Buat pembedahan secepat mungkin. Bila lambat atau tangguh tu yang jadi masalah. Makin teruk. Dia tak bagi aku balik malaysia memandangkan dia tak bagi aku percaya produk atau rawatan alternative yang boleh kecutkan kanser.
Ayat dia yang betul2 menusuk hati aku, tuhan sayangkan kau. Kalau bukan tuhan gerakkan hati kau untuk jumpa aku, aku rasa ko dengar cakap parents ko disebabkan bawang bebal pengaruh parents ko, balik malaysia, buat rawatan alternative, pakai produk or minum jus untuk kecutkan kanser, kanser merebak, ko mnyesal, patah balik pergi hospital dan dah terlambat. Rezeki kau, kita kenal. Alhamdulillah Ya Allah. Aku sujud syukur. Aku menangis semahunya. Dan selepas selesai sesi penerangan dengan parents aku, diaorang faham dan benarkan aku membuat pembedahan dekat sini. Aku tak salahkan parents aku sebab dorang panik dan dorang nak yang terbaik untuk aku. Yang masalah tu cuma sebab bawang bebal sebagai penasihat dan diaorang terpengaruh. Nak je aku lastik dorang ni macam cicak. Anyway, I love you mom and dad!!
Aku nak tekankan sekeras2nya untuk bawang bebal. Tolong! Tolong jangan kacau pesakit kanser. Tolong jangan pandai2 cakap kawan saya ada kanser, buat rawatan alternative, tak buat pembedahan. Alhamdulillah selamat. Ya, selamat sekarang, akan datang ?? Nauzubillah. Benda melibatkan nyawa ni jangan la buat main. Kalau betul dengan makan product overclaim ni berkesan, minum jus hilangkan kanser, pakai produk kanser hilang sekelip mata, sila kemukakan research paper anda buktikan semua tu. Doktor pakar penat belajar bertahun2, bertungkus lumus nak selamatkan pesakit. Bawang bebal ni tambah lagi masalah. Bab penunggang agama la, doula douli cikebumbum la, krim kilo la ape la. Banyak betul masalah dunia ni. Aku malas nak komen hal ni, korang carila kat confession lain. Sebab benda ni jadi dekat aku, aku nak korang beringat.
Zaman moden ni, semua hujung jari. Tolong la research sesuatu benda sebelum buat sesuatu. Dekat facebook tu banyak page2 doktor pakar. Walaupun aku takde kat Malaysia, aku follow semua yang berlaku dekat sana. Dapatkan nasihat pakar. Tanya orang2 yang berilmu. Sakit jumpa doktor. Aku slalu follow khairul yoi, tapi page tu dah takde. Banyak lagi page yang bagus. Nasib aku bawang bijak. Bukan sebab aku duduk luar negara aku bawang bijak, tapi sebab aku mencari kebenaran yang dipupuskan. Banyak lagi aku nak tulis, tapi badan aku dah sakit. Kanser ni buat aku jadi pelupa. Jadi sebelum aku lupa apa yang berlaku dekat aku, aku pesan dekat korang semua. Aku stop dekat sini. Doakan aku selamat dibedah dan selamat mendirikan rumah tangga. Hehe. Sekian.
Bawang bijak.
– Bawang bijak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit