Assalamualaikum.. saja nak berkongsi sedikit tabiat orang sekarang yang suka membawang. Ni aku bercerita sekadar nak berkongsi apa yang berlaku sekarang ni je. Kalau dulu masa baru-baru tahu terasa hangin jugak, tapi sekarang aku lebih kepada masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Malas dah nak ambil port.
Okay, tahun lepas aku memang tidak dapat focus pada kerja, performance aku teruk, kalau rate 1 hingga 5, aku dapat 2 sahaja. Sebabnya awal bulan 3 tahun lepas aku dah di diagnosed dengan penyakit, setiap minggu dapat rawatan dihospital, untuk penyakit tu aku dapat mc paling lama seminggu direct. Belum kira yang mc 1,2 hari. Memang aku juara mc lah tahun lepas. Okay, cerita aku sakit yang ni hanya budak cawangan aku shj yang tahu. Orang lain tak tahu( kot lah, sebab tak dengar pulak gossip pasal yang ni )
Hujung tahun lepas,sekali lagi aku di diagnosed dengan penyakit lain, aku ada tumor yang memerlukan pembedahan dengan segera, selepas biopsy doktor cakap tumor yang aku hadapi tu ada chances untuk dapat cancer, bayangkan dari hari pertama aku buat ultrasound hingga hari aku operate lebih kurang dalam 15hari macam tu dia membesar dari 1.9cm ke 3.5cm. Nasib dapat tahu awal, itupun sebab selalu berjumpa dengan doctor untuk penyakit yang sebelum ni. Dan selepas surgery tu aku diberi mc selama 14hari.
So, selepas habis mc dan naik kerja, pada hari keempat aku bekerja, aku putus cinta. Meraung jugak la aku di ofis. Sedih kot, dah lah bercinta lama. Tapi sekarang aku dah move on, dan anggap kami tiada jodoh.
Okay, bermulalah episod bawang, cerita aku putus cinta boleh dikatakan ramai yang tahu. Tak tahu lah macam mana cepatnya benda tu tersebar. Bila aku berjumpa kawan di cawangan lain ataupun di hq sendiri, ramai yang tanya. “Eh, kau okay tak?”. Dulu aku ingat orang bertanya okay ke tidak tu sebab diorang tahu aku sakit. Rupanya cerita putus cinta aku lebih femes dari cerita sakit aku. Tak terkecuali ramai jugak yang tanya macam mana aku terkena tumor tu, lepas tu bagi semangat. Tapi ada jugak yang tanya tentang sakit aku 5 minit je, tapi berkata tidak puas hati tentang putus cinta aku tu setenggah jam. Haha. Kadang-kadang aku rasa kelakar dengan orang yang suka membawang ni.
Rupanya bukan di peringkat bawahan je yang tahu, malah cerita aku putus cinta sampai ke pengetahuan bos-bos di hq. Satu hari aku pergi ke satu department ni, aku ni kenal dengan ramai orang, tapi bukan bermaksud rapat dengan orang atasan. Sekadar berurusan berkaitan hal kerja. Tetiba Bos tanya aku, “ masih dengan yang dulu ke?” Aku dalam hati, bila masa pulak aku bercerita dekat dia yang aku bercinta dengan siapa-siapa. Aku tanya dia, “maksud puan ape?” Sambil gelak-gelak. Pastu dia cakap, “ala.. takpelah, anggaplah dia tu bukan yang terbaik.” Aku senyum je. Dalam hati, manusia mana lah yang bawak mulut ni.
Lepas tu baru-baru ni ada Region bos datang melawat cawangan, sambil-sambil tu dia turut memperkenalkan manager baru yang akan jaga region kami. Maksudnya nanti apa- apa kami akan report kepada beliau. So, masa sampai kat meja aku, Bos aku ni perkenalkanlah aku kat manager tu, tapi ayat dia. “Tahun lepas dia tak perform, sebab sibuk bercinta, sekejap nak kahwin sekejap tak jadi kahwin. Last sekali putus cinta”. Aku pun terus cakap “ tak baik bos cakap macam tu, last yearkan saya banyak MC sebab sakit. Ni siapa yang bagitahu bos ni” dia balas, “ adalah, saya dengar-dengar orang bercerita”. Tapi lepas tu dia tanya aku macam mana rawatan aku sakit tu, claim dapat ke tak ape semua.okaylah. Tapi masalahnya cerita aku dah tersebar.
Ni tengah nak tengok siapa pulak yang nak concern sangat pasal aku ni. So, aku nak nasihatkan lah. Sudah-sudahlah nak membawang, tak ada faedahnya pun. Kalau rasa nak bercerita pasal orang,cepat-cepat istighfar. Kadang-kadang cerita tu bukan satu version shj, dah bermacam-macam version dh. Sebab kalau tak ada tambah-menambah cerita tak jadi menarik. Betul tak bawang? Haha
Sekianlah cerita dari aku, maaf penulisan agak tak teratur. Maklumlah tak pandai sangat nak buat karangan.
– Manggis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit